Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

WWE 2K23 ‘comeback’ dengan DLC & game mode baharu – sesi Q&A khas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2023
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS4, PS5, Simulator, Steam, Sukan/lumba, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
WWE 2K23 ‘comeback’ dengan DLC & game mode baharu – sesi Q&A khas!
Share on FacebookShare on Twitter

Game simulasi sukan aksi WWE 2K23 akan tiba pada 14 Mac 2023, dengan John Cena sebagai atlet muka depan. Saya tahu ramai peminat gusti sedang menantikan entri terkini oleh 2K dan Visual Concepts yang janji akan membawa banyak penambahbaikan dan tambahan baharu termasuk senarai watak lebih luas yang terdiri daripada superstar aktif dan legenda WWE pada masa lalu.

Di sini, saya berpeluang untuk menghadiri sesi developer bersama pasukan pemaju, jadi berikut adalah rumusan info untuk segala DLC dan game mode baharu yang diumumkan:

DLC

DLC termasuk ahli Hall of Famers daripada masa lalu, superstar semasa dalam WWE dan NXT dan sejumlah wajah baharu yang baru pertama kali membuat debut dalam francais game seperti Rick Steiner, “The King” Harley Race, Zeus, dan lain-lain.

Pasukan pemaju bertungkus lumus membuat kerja dan menggunakan teknologi MoCap untuk merakam semua abiliti, gerakan dan teknik ikonik watak masing-masing supaya personaliti dan perwatakan mereka diserlahkan dengan tepat dalam WWE 2K23.

Pek DLC pertama termasuk:

  • Scott Steiner
  • Rick Steiner
  • Top Dolla
  • Ashante Adonis
  • B-Fab – Manager sahaja. Bukan watak yang boleh dimainkan.

Baca lagi di SINI.

MyGM

MyGM meminta pemain untuk berperanan sebagai Pengurus Besar (GM – General Manager) WWE. Kita boleh merangka jadual, mengurus belanjawan, menandatangani ejen percuma, memilih pelbagai jenis perlawanan, lokasi arena, elemen produksi dan banyak lagi, dengan matlamat untuk mengalahkan pesaing lain daripada segi rating untuk rancangan.

Untuk edisi WWE 2K23, game akan menambah sejumlah GM baharu seperti Mick Foley, Eric Bischoff, Tyler Breeze, Xavier Woods, dan sebagainya. Pada masa yang sama, dua jenama baharu untuk pemain urus juga akan ditambahkan iaitu NXT 2.0, WCW. Seterusnya, jenis perlawanan baharu telah ditambah termasuk; Triple Threat, Fatal 4-Way, Steel Cage, Backstage Brawl, Falls Count Anywhere, Submission, Iron Man, Last Man Standing, dan Tornado Tag.

Satu lagi ciri baharu adalah Keepers yang memberi peluang kepada GM untuk mengekalkan senarai ahli gusti untuk draf musim seterusnya, bergantung pada kos untuk meletakkan jawatan dan nilai semangat (gembira bersama kami atau tidak) mereka. Satu lagi tambahan baharu ialah Hall of Fame. GM terbaik yang memperoleh sepuluh trofi Hall of Fame dengan melengkapkan Seasonal Challenges akan digolong sekali dalam Hall of Fame.

Creation Suite

Fokus terbesar untuk Creation Suite kali ini ialah untuk merapatkan jurangan antara para superstar dan beribu-ribu ahli gusti ciptaan pemain yang dibuat setiap tahun. Pasukan pemaju sedar ada perbezaan yang besar antara watak yang dicipta dan superstar WWE di mana aspek paling ketara adalah ‘ketulenan’ dan ‘kelancaran’ yang dimasukkan ke dalam model.

Mereka cuba menutup jurang itu dengan membuat kajian ke atas 16 etnik berbeza melaksanakan tambahan fungsi dan reka bentuk pada model ciptaan pemain bagi memastikan ia kelihatan sehebat seperti superstar WWE.

Pada masa yang sama, pasukan membenarkan komuniti mengambil ‘entrance’ daripada superstar sedia dan menggunakan alatan penciptaan canggih dalam creator, mereka dapat mencipta ‘entrance’ sendiri. Creation suite edisi WWE 2K23 turut membolehkan pemain untuk customize dan mencipta arena dengan menambahkan prop, bahagian pentas dan juga menukar templat berlainan.

MyRISE

Pasukan mendengar peminat dan mengekalkan apa yang komuniti suka tentang format MyRise entri sebelum dan juga membawa kembali beberapa ciri-ciri yang peminat mungkin terlepas daripada versi MyCareer sebelum dengan memperkenalkan jalan cerita yang unik antara satu sama lain.

Menampilkan dua jalan cerita berbeza untuk divisi lelaki dan wanita (“The Lock” dan “The Legacy”), pemain harus bermula daripada seorang Rookie, hingga menjadi legenda dalam dunia WWE.

  • The Lock (kisah Lelaki): Anda seorang superstar terkenal yang baru sahaja memulakan kerjaya dan dilihat sebagai “bintang besar seterusnya”.
  • The Legacy (kisah Wanita): Anda adalah bakat generasi ke-2 yang ingin mengikut jejak langkah makcik anda, seorang Hall of Famer.

Pemain boleh memilih banyak pilihan dalam kedua-dua cerita yang dapat menjejaskan kesimpulan anda. Penambahan terbesar ialah pemain juga boleh mengeksport watak mereka, yang merupakan sesuatu yang tidak dapat mereka lakukan dalam WWE2K22 – ke dalam mode lain di dalam game.

MyFACTION

Kumpul, urus dan upgrade kad WWE Superstar and Legend anda untuk membina pasukan 4 orang paling terunggul dalam MyFACTION. Kini menampilkan online multiplayer, MyFACTION membolehkan anda berlawan dengan pemain daripada seluruh dunia dalam cabaran Weekly Tower dan Faction War. Kad dan cabaran bertema baharu akan ditambah secara konsisten sepanjang tahun.

Universe

Mode sandbox (dunia ciptaan sendiri) WWE terbaik yang meletakkan bertanggungjawab ke atas pemain untuk menguruskan dunia WWE mereka sendiri, termasuk senarai ahli gusti, permusuhan yang berlaku, siapakah juara, rancangan apa yang berlangsung setiap minggu dan acara khas! Update kepada mode Universe dalam WWE 2K23 adalah seperti sistem cerita yang diolah semula dan banyak lagi.

Sebagai contoh, anda boleh memilih aksi dan cutscene yang anda mahu berlaku sebelum atau selepas perlawanan, lantas memberikan anda kawalan penuh ke atas perkembangan jalan cerita.

Sesi Q&A

Dengan John Cena sebagai muka depan game WWE 2k23, bagaimanakah pengalaman belajar tentang seluruh kerjaya WWE-nya dan melaksanakannya ke dalam WWE 2K23 Showcase?

Jawapan: Kami peminat John Cena sejak permulaan kerjayanya. Memang menyeronokkan untuk menonton John Cena, seorang lelaki yang mengejar impiannya, dan ia hebat untuk menyerlahkan kerjayanya. Kami pernah mempamerkan dia sebelum ini dalam 2k15 -yang lebih kepada kisah pesaing- jadi ini membolehkan kami mula dari permulaan kerjaya WWE-nya sehingga perlawanan Summerslam dengan Roman Reigns.

Dapat duduk bersama dan membincangkan macam-macam hal untuk setiap perlawanan sebenarnya amat menarik kerana dia memberitahu kami perkara yang kami tidak tahu. Dia juga memberi kami beberapa pendapat sangat terperinci tentang beberapa perlawanan yang dia alami sepanjang karier ketika berdepan dengan pihak lawan.

Salah satu sorotan untuk WWE 2K23 ialah Slingshot Tech. Adakah terdapat sebarang cabaran yang dihadapi oleh pasukan semasa melaksanakan ciri ini yang membenarkan peralihan lancar daripada gameplay kepada rakaman aksi langsung?

Jawapan: Ya. Biasanya cabaran adalah semasa memadankan dan mendapatkan bingkai terus dari cutscene ke video lalu kembali semula [ke cutscene]. Kami ingin memastikan bahawa kamera berada dalam jarak yang sama supaya model tidak ‘melompat’ dan menjadi lebih besar atau lebih kecil semasa transisi.

Kami melaksanakan Slingshot Tech buat kali pertama pada tahun lepas. Walaupun kali pertama, kami secara am berjaya melakukannya, dan selepas itu hanya membuat perubahan kecil daripada sana. Kami mempunyai beberapa orang baharu yang menyertai pasukan dan terpaksa mempelajarinya, tetapi ini adalah sesuatu di mana ‘apabila anda berjaya melakukannya, anda boleh menjadikannya lebih baik setiap kali.’

Ia memberikan cabaran baharu setiap kali kita melakukannya. Apabila melihat beberapa tempat perlawanan di dunia sebenar, kami perlu memastikan pencahayaan dan konstruksi adalah betul dengan siaran WWE. Kami perlu memikirkan perkara untuk menjadikannya nampak berbeza apabila beralih antara video dan gameplay.

Ia mewujudkan satu masalah baharu untuk setiap perlawanan yang kami cuba , dan kami sentiasa perlu mengambil kira perkara itu. Tetapi itulah yang mendorong kami.

Antara ciri terbesar yang masuk ke dalam siri ini tahun ini ialah Wargames, yang sangat popular di kalangan peminat. Terdapat banyak perkara yang akan berlaku dalam perlawanan ini, jadi ia sukar untuk memasukkan jenis perlawanan ini ke dalam game?

Jawapan: Wargames adalah salah satu perkara yang kami ingin masukkan ke dalam game selama bertahun-tahun, dan untuk mana-mana tahun, ia nampak terlalu sukar untuk dibuat, di samping kita perlu menyiapkan game dalam masa setahun. Kami sedar tahun lepas bahawa kami perlu memulakan beberapa perkara dan membina asas yang kemudian memberi kami peluang untuk melakukannya pada tahun berikutnya.

Dengan 2K23, ini adalah perkara pertama yang kami mulakan dan jurutera kami dapat mencipta versi yang berfungsi dalam game dengan cepat. Kami harus mengumpulkan pasukan arena, pasukan untuk entrance, pasukan prop, pasukan audio – semuanya mempunyai tanggungjawab unik untuk Wargames yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Ini mungkin contoh terbesar kami untuk kerjasama sebagai pasukan di dalam projek.

–

Itu sahaja untuk artikel kali ini; game WWE 2K23 akan tersedia untuk PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X|S pada 17 Mac manakala untuk PC melalui Steam pula akan tersedia pada 18 Mac. Untuk maklumat lanjut game ini, boleh pergi ke laman web rasmi.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Jom join giveaway PS5, kena ambik gambar kat Lot 10 bersama dengan Spider-Man 2 Art Installation je! Arahan lebih lanjut ada dalam video!#ps5 #playstation5 #playstation #ps5malaysia #LiveFromPS5MY #GamerSantaiPS5 pic.twitter.com/MFgeWyBAr7

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 6, 2023
Tags: interviewPreviewWWE 2K23
Previous Post

65 Review — Terhempas ke Bumi Penuh Dinosaur!

Next Post

Exoprimal Akan Lancar Pada Julai Ini, Open Beta Test Tersedia Pada 17 Mac 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Exoprimal Akan Lancar Pada Julai Ini, Open Beta Test Tersedia Pada 17 Mac 2023!

Exoprimal Akan Lancar Pada Julai Ini, Open Beta Test Tersedia Pada 17 Mac 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd