Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

E3 2019 Square Enix: Gameplay Final Fantasy 7 Remake baru didedahkan di E3!

Remake ini menumpukan kepada real-time action dan tactical attack.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2019
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
E3 2019 Square Enix: Gameplay Final Fantasy 7 Remake baru didedahkan di E3!
Share on FacebookShare on Twitter

Producer Final Fantasy 7 Remake, Yoshinori Kitase memberi lebih banyak maklumat tentang bagaimana game baru RPG ini boleh dimainkan semasa di persidangan media E3 Square Enix yang menunjukkan pertempuran real-time dengan campuran gameplay strategik “Tactical Mode”.

Kalian boleh bertukar main antara Cloud Strife atau Barret Wallace, dan perbuatan ini akan meningkatkan Active Time Battle (ATB) meter ketika pemain melakukan basic attack. Apabila meter ini dipenuhi, pemain boleh memperlahankan masa secara drastik dengan menggunakan ATB, dan memilih spell atau Special Combat Move. Pemain hanya mengawal satu watak pada satu masa, tetapi ini tidak bermaksud watak lain akan berdiri tegak sahaja. Mereka juga akan menyerang musuh secara automatik. Musuh juga memiliki meter istimewa. Apabila meter ini penuh selepas terkena serangan pemain, musuh akan berada dalam situasi staggered di mana mereka akan lumpuh sebentar.

Kitase juga menunjukkan gameplay yang menarik berlawan menentang musuh lama, Scorpion Sentinel iaitu sebuah mesin sekuriti yang Cloud dan Barret perlu menumpas dengan cara berganding baju, mengambil tempat teduh untuk mengelak serangan laserm dan menggunakan serangan istimewa masing-masing. Gameplay tersebut memang sangat menakjubkan dengan penambahan letupan dan kesan khas.

Final Fantasy 7 Remake merupakan satu game bersifat berepisod, tetapi ini tidak bermakna ini akan menjadi satu game yang pendek atau kecil. Bahagian pertama Final Fantasy 7 Remake akan menumpukan dan mengembangkan jalan cerita yang berlangsung di Midgard, dan berlaku di dalam dua cakera Blu-ray.

Final Fantasy 7 Remake bakal hadir di PlayStation 4 pada 3 Mac, 2020.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2020E32019Final Fantasy 7 RemakePlayStation 4square enix
Previous Post

E3 2019 Ubisoft: Rainbow Six: Quarantine Adalah Game Co-Op 3 Orang Terbaru!

Next Post

E3 2019 Ubisoft: Filem The Division dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal dan Jessica Chastain akan hadir di Netflix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
E3 2019 Ubisoft: Filem The Division dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal dan Jessica Chastain akan hadir di Netflix!

E3 2019 Ubisoft: Filem The Division dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal dan Jessica Chastain akan hadir di Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd