Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game PS Plus untuk Mac 2023 – Battlefield 2042, Minecraft Dungeons, Code Vein!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 2, 2023
in Artikel, Berita, Game Percuma, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Game PS Plus untuk Mac 2023 – Battlefield 2042, Minecraft Dungeons, Code Vein!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, PlayStation Asia telah mendedahkan game percuma bulanan untuk PlayStation (PS) Plus bagi Mac 2023. Seperti yang diumumkan pada State of Play minggu lepas, tawaran kali ini adalah ‘Battlefield 2042‘, ‘Minecraft Dungeons‘ dan ‘Code Vein‘ – yang bakal tersedia untuk ahli PS Plus pada hari Selasa, 7 Mac hingga Isnin 3 April 2023.

Minecraft Dungeons, Code Vein, and Battlefield 2042 are your PlayStation Plus Monthly Games for March. pic.twitter.com/hRycECWjK0

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) March 2, 2023

Battlefield 2042 | PS4, PS5

Battlefield 2042 ialah ‘first-person shooter’ yang menandakan kepulangan gameplay perang habis-habisan yang membuatkan francais itu terkenal. Terletak dalam dunia hampir futuristik, anda perlu menyesuaikan diri dan mengatasi medan pertempuran dinamik dengan bantuan skuad dan senjata/kenderaan canggih.

Dengan sokongan untuk 128 pemain di PlayStation 5, Battlefield 2042 membawa skala besar ke medan pertempuran yang luas. Sertai perang besar-besaran, daripada pelbagai mode multiplayer yang dikemas kini seperti Conquest dan Breakthrough hingga ke Hazard Zone serba baharu.

*Sehingga 64 pemain disokong pada PlayStation 4.

Minecraft Dungeons | PS4

Berjuang melalui game action-adventure serba baharu, diilhamkan oleh genre klasik ‘dungeon crawler’ tetapi berlangsung di alam semesta Minecraft. Beranikan diri meneroka dungeon seorang diri, atau bekerjasama dengan rakan-rakan bagi mengatasi cabaran.

Sehingga empat pemain boleh bertarung bersama-sama melalui level yang penuh aksi dan harta karun termasuk berpuluh-puluh item dan senjata unik demi menyelamatkan penduduk kampung dan menumpaskan Arch-Illager yang jahat. Lawan secara jarak dekat, jarak jauh, atau campurkan kedua-dua gaya untuk menewaskan musuh – semuanya terpulang kepada pemain.

Code Vein | PS4

Berganding bahu dengan rakan kongsi AI atau rakan co-op multiplayer untuk terokai dunia penuh kemusnahan dalam game dungeon narrative yang visualnya seperti anime. Dengan gameplay ala Dark Souls, gunakan kebijaksanaan untuk merancang pendekatan anda semasa menghadapi musuh atau mempertahankan satu sama lain daripada serangan mengejut daripada raksasa yang kuat.

Pilih daripada pelbagai senjata seperti bayonet, kapak, lembing dan banyak lagi. Tingkatkan abiliti watak dengan Blood Code yang berkuasa, peroleh peralatan baharu, naikkan level watak dan jadi lebih kuat untuk menentang ‘Lost’.


Sebelum barisan game percuma diubah, saya mengingatkan kepada semua ahli PlayStation Plus agar menebus Evil Dead: The Game, OlliOlliWorld, Destiny 2: Beyond Light, Mafia: Definitive Edition selewat-lewatnya hingga Isnin 6 Mac sebelum katalognya berubah.

Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Battlefield 2042code veinMinecraft Dungeonsps plus
Previous Post

Mario + Rabbids Sparks of Hope Hadir Dengan DLC Pertama Serta Demo Percuma Untuk Pemain!

Next Post

PlayStation umum kolaborasi bersama LeBron James, bakal keluarkan aksesori PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
PlayStation umum kolaborasi bersama LeBron James, bakal keluarkan aksesori PS5!

PlayStation umum kolaborasi bersama LeBron James, bakal keluarkan aksesori PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd