Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Battlefield 2042 umum ‘Eleventh Hour’ – Info lengkap bagi Season baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Origin, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Battlefield 2042 umum ‘Eleventh Hour’ – Info lengkap bagi Season baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Bar-baru ini, EA dan DICE telah mengumumkan bahawa Battlefield 2042 akan melancarkan season baharu ‘Eleventh Hour‘ pada 28 Februari 2023. Memandangkan tarikh itu semakin dekat, mereka turut mendedahkan maklumat lanjut tentang kandungan baharu dan perubahan termasuk peta, watak dan banyak lagi.

Untuk gambaran umum, anda boleh lihat trailer gameplay di bawah:

Peta baharu: Flashpoint

Berita pertama ialah peta baharu yang dipanggil Flashpoint. Menurut EA, Flashpoint dahulu pernah adalah lokasi biodiversiti yang berkembang maju di Afrika Selatan Utara tetapi kini menjadi kompleks pembangunan terbiar. Peta ini akan menjadi latar belakang untuk Season 4.

Peta ini dipisahkan kepada enam “zon” yang menampilkan rupa bumi berbeza untuk pemain merentasi. Fokus utama peta adalah pada pertempuran jarat dekat di mana kebanyakan kawasan amat kecil dan sempit untuk berlawan.

Specialist baharu: Camilla Blasco

Season 4 juga akan memperkenalkan Specialist baharu. Berasal dari Sepanyol, Camila Blasco ialah Specialist jenis Recon, dan pakar dalam taktik serangan hendap dengan gajet X-6. Kelebihannya adalah Camila boleh bergerak tanpa dikesan oleh mana-mana teknologi berasaskan gerakan.

Gajet X-6 miliknya pula dapat menghalang sebarang isyarat ‘lock-on’ dari senjata musuh. Ia juga boleh mengganggu teknologi pengesanan serta mewujudkan zon mati bagi komunikasi sehingga musnah atau dinyahaktifkan. Dengan penambahan Blasco, game ini kini mempunyai 14 Specialist berbeza.

Seterusnya, Season 4 akan mengubah sistem kelas di mana para Specialist dibahagikan kepada empat kelas: Assault, Engineer, Recon dan Support.

Senjata baharu

Berikut adalah setiap senjata baharu yang ditambah ke dalam Season 4:

  • Super 500: Pump action shotgun yang bagus untuk menyerang kubu musuh dan pertempuran jarak dekat. Jaraknya yang pendek juga menjadikannya baik sebagai senjata sekunder.
  • RM68 Assault Rifle: Assault rifle gen-baru yang memberi kestabilan dan kawalan recoil lebih baik. Ia dikuasakan oleh peluru 6.8mm dan mempunyai skop siap sedia. Amat disyorkan untuk digunakan dalam pertempuran dekat.
  • AC9 SMG: Submachine gun ringan yang dibuat untuk mereka yang ingin menembak dengan pantas. Kadar tembakannya pantas dan mudah dikendalikan kerana saiznya yang kecil.
  • RPT-31: Prototaip LMG yang mempunyai kadar tembakan rendah tetapi mengandungi lebih banyak peluru. Reka bentuknya yang moden menjadikan LMG ini lebih mudah untuk dibawa berbanding LMG lain.

Kenderaan baharu

Kenderaan berperisai baharu bernama CAV-Brawler boleh dipakai pada Season 4. Juga hebat dalam pertempuran jarak dekat, ia dilengkapi dengan ciri pengesan yang menunjukkan sama ada musuh berdekatan atau tidak. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan ‘grenade launcher’.

Gajet baharu

Gajet terbaharu adalah ‘SPH explosive launcher’. Ia membolehkan pemain menembak bahan letupan yang akan melekat pada sasarannya sebelum meletup. Gajet ini boleh menembak sehingga dua peluru sebelum perlu diisi semula.

Battle Pass

Seperti biasa, Battle Pass akan menampilkan banyak ganjaran percuma dan premium termasuk skin Legendary ‘Greenback’ milik Irish dan skin ‘Fault Line’ milik Blasco.


Battlefield 2042 boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Origin manakala season baharu ‘Eleventh Hour’ akan tiba pada 28 Februari 2023.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Battlefield 2042, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Battlefield 2042
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: DICE
Release Date TBC
Microsoft Windows, Origin, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Battlefield 2042 menawarkan empat mode, tujuh peta All-Out War/Hazard Zone, enam peta Portal Battlefield klasik dan 10 Specialist untuk dimainkan (lebih banyak akan datang pada musim akan datang). Saya akan cuba ringkasan supaya anda semua faham.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Battlefield 2042Eleventh HourFPS
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Cara Untuk Melepaskan Gojo Daripada Prison Realm [SPOILER]

Next Post

Persona 3 Portable & Persona 4 Golden Review (PS5) — Alami Sisi Terbaru Persona di Konsol Moden!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Persona 3 Portable & Persona 4 Golden Review  (PS5) — Alami Sisi Terbaru Persona di Konsol Moden!

Persona 3 Portable & Persona 4 Golden Review (PS5) -- Alami Sisi Terbaru Persona di Konsol Moden!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd