Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man: Senarai kematian yang sangat tragik dalam siri buat masa ini! [Spoiler]

safwan by safwan
February 21, 2023
in Anime, Artikel, Fakta & Trivia, Manga, Panduan, Senarai
0 0
0
Chainsaw Man: Senarai kematian yang sangat tragik dalam siri buat masa ini! [Spoiler]
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun lepas, kita telah dapat adaptasi daripada manga yang agak popular iaitu Chainsaw Man. Bermula pada awal bulan Oktober 2022, anime Chainsaw Man telah sampai ke penghujungnya pada hujung bulan Disember 2022. Terdapat pelbagai watak yang telah dikenalkan dan ada juga watak yang mati tanpa belas kasihan dalam siri Chainsaw Man ini. Mari kita lihat satu per satu.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa kandungan di bawah akan mengandungi spoiler daripada manga Chainsaw Man. Mari kita mulakan.

AMARAN! Ada spoiler manga Chainsaw Man di bawah!

7. Himeno

Dalam anime Chainsaw Man, sedang Aki berlawan dengan Katana Man, Himeno telah mengorbankan dirinya untuk membantu dan sekali gus menyelamatkan Aki daripada terbunuh. Dia yang membuat kontrak bersama Ghost Devil telah lenyap daripada pandangan. Sementara dia menggunakan kuasa Ghost Devil, satu per satu anggota tubuhnya hilang sebagai pertukaran.

Apabila hampir membunuh Katana Man, Akane Sawatari (kawan kepada Katana Man) telah memanggil Snake Devil untuk membunuh Ghost Devil. Akibat kekalahan Ghost Devil, mayat Himeno langsung tidak kelihatan.

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA CHAINSAW MAN!!!

6. Galgali

Walaupun nama samarannya Violence Fiend yang menunjukkan dirinya sangat kejam, Galgali sebenarnya adalah orang yang sangat baik dengan perwatakannya yang “cool” dan apa yang lebih mengejutkan adalah dia sangat benci keganasan. Malah apabila dia melakukan kesilapan yang tidak sengaja, dia terus meminta maaf dan merendah diri.

Walaupun dia orang yang baik Galgali telah mati dengan cara ang sangat mengerikan di mana badannya telah terkoyak keseluruhannya. Sebelum badannya dikoyakkan, Galgali telah diseksa dan dicacatkan dengan tikaman daripada senjata yang tajam.

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA CHAINSAW MAN!!!

5. Beam

Beam ialah watak yang menyeronokkan dan merupakan salah seorang kawan Denji yang paling setia. Apabila bercakap tentang pertarungan, Shark Devil selalu digambarkan sebagai watak yang tidak takut dalam keganasannya terhadap musuhnya sehingga sanggup mempertahankan dan melindungi orang yang disayangi.

Sebelum dirobek masuk ke Hell, Beam langsung tidak takut dengan kematiannya sendiri. Sebaliknya, dia menumpukan perhatian dan usahanya untuk menyelamatkan Denji. Dia juga sanggup menawarkan darahnya untuk memastikan kawannya itu sembuh.

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA CHAINSAW MAN!!!

4. Reze

Denji sebenarnya telah jatuh cinta pada Reze. Dia yang mempunyai kontrak bersama Bomb Devil turut mengembangkan perasaannya terhadap Denji walaupun misinya adalah untuk membunuh Denji.

Satu serangan yang Reze lakukan terhadap sasarannya tidak mencukupi untuk menghalang Denji daripada menyelamatkannya daripada kumpulan Devil Hunter yang ingin membunuhnya. Pada saat terakhir mereka bersama, Denji memberitahunya yang dia ingin berjumpa dengannya lagi. Adegan ini dikejutkan dengan kematian Reze di tangan Makima sekali gus memberikan satu lagi kematian yang paling tragis buat Denji.

3. Pochita

Pochita adalah satu jelmaan Chainsaw Devil yang menggunakan bentuk seperti anjing untuk bertahan dalam pertempuran dengan empat devil. Bermula dari situ, Pochita telah menjadi makhluk yang paling rapat dengan Denji.

Semasa berlawan dengan Zombie Devil, Pochita telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Denji. Tambah pula dengan Denji yang hampir mati akibat menerima serangan Zombie Devil yang sangat teruk, Pochita mengorbankan dirinya untuk menjadi jantung Denji dan menyelamatkan nyawa Denji.

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA CHAINSAW MAN!!!

2. Aki

Public Safety Devil Hunter, Aki menghabiskan masa yang lama untuk cuba menjatuhkan musuhnya, Devil Gun. Ia adalah misi membalas dendam yang berpunca daripada amukkan Gun Devil yang membawa kepada kematian ibu bapa dan adik Aki. Ia juga membawa kepada salah satu adegan yang paling menyedihkan dalam siri Chainsaw Man.

Aki akhirnya dapat membalas dendam semasa pertempuran epik bersama Gun Devil. Walau bagaimanapun, apabila pertarungan telah selesai, Gun Fiend yang masih berdiri memasuki mayat Aki yang baru mati. Gun Fiend pulang ke rumah Aki dengan niat kejam di mana dia ingin membunuh semua orang yang disayanginya.

Sebaliknya, dia akhirnya dikalahkan dan dibunuh oleh Denji. Satu sebab Aki menjadi Devil Hunter pada mulanya adalah untuk membalas dendam terhadap musuh ketatnya iaitu Gun Devil.

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA CHAINSAW MAN!!!

1. Power

Ikatan antara Power dan Denji adalah salah satu arc yang paling penting dalam siri ini. Sebagai devil , Power pada mulanya tidak mempunyai nilai dalam kehidupan manusia, tetapi persahabatannya dengan Denji dan Aki secara beransur-ansur mendorongnya untuk mengubah dirinya. Kedatangan Makima akhirnya membawa malapetaka untuk Power kerana Chainsaw Man ingin membunuhnya dengan “cold blood”.

Denji memandang dalam sekelip mata, Makima telah mengeluarkan isi perut Power tanpa sebab yang jelas. Penceritaan dan watak dalam filem ini hanya diteruskan sehingga kematian Power. Ia adalah pengakhiran yang agak suram kepada Power kerana dia mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapatkan arc-nya sendiri. Ini merupakan satu lagi kehilangan yang sangat tragis kepada Denji.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda hari ini. Siri anime Chainsaw Man kini boleh ditonton di pelbagai platform penstriman. Manga juga tersedia secara percuma untuk dibaca melalui MangaPlus.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai anime, manga dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chainsaw ManSpoiler
Previous Post

Anime One Piece berehat selama 2 minggu, akan kembali 19 Mac

Next Post

Jujutsu Kaisen: Cara Untuk Melepaskan Gojo Daripada Prison Realm [SPOILER]

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Cara Untuk Melepaskan Gojo Daripada Prison Realm [SPOILER]

Jujutsu Kaisen: Cara Untuk Melepaskan Gojo Daripada Prison Realm [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd