Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover 351 – Kebenaran tentang Ryu mendapatkan Tengentsu terbongkar!

safwan by safwan
February 20, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Panduan, Tinjauan & analisis
0 0
0
Black Clover 351 – Kebenaran tentang Ryu mendapatkan Tengentsu terbongkar!

Sumber: Deviantart @Danilo39

Share on FacebookShare on Twitter

Dalam bab yang lepas, kita telah didedahkan dengan rancangan Lucius yang sangat kejam di mana dia ingin menguasai seluruh magic yang ada di dunia. Dan dalam bab manga Black Clover yang terbaru, kita telah didedahkan dengan kebenaran mengapa Ryu tidak mempunyai sebarang Yoryoku dan bagaimana dia memperolehi mata “Tengentsu.”

Saya ingin mengingatkan yang artikel di bawah akan mengandungi spoiler manga Black Clover Bab 351.

Kebenaran Sebenar Tentang Ryu

Sumber: Manga Plus

Ryudo Ryuya (Ryu) sebenarnya telah dilahirkan dengan jumlah yoryoku yang sangat banyak bersama-sama dengan bakat yang sangat hebat. Namun, apabila telah mencapai umur 17 tahun, domain Koshu dan Goshu telah diserang dengan wabak yang sangat teruk sehingga mereka yang mempunyai yoryoku lemah mati.

Namun, untuk menghapuskan wabak ini daripada berlarutan, mereka mesti mencari penawar yang dipanggil “Soul-Quickening Grass”. Tetapi rumor mengatakan yang tumbuhan tersebut telah pun pupus.

Sumber: Manga Plus

Walau bagaimanapun, kedua-dua kerajaan tersebut tidak berputus asa untuk mencari tumbuhan tadi dan menawarkan kuasa (Tengentsu) yang ada di Land of the Sun kepada dua orang calon yang mempunyai yoryoku yang sangat kuat iaitu Ryu dan Yosuga.

Sumber: Manga Plus

Tetapi, mereka perlu mengorbankan yoryoku untuk mendapatkan kuasa Tengentsu. Selepas mendengar Yoryoku akan hilang untuk selama-lamanya, Yosuga takut akan kehilangan kuasanya yang sekarang dan tidak akan menjadi orang yang paling kuat serta Shogun di Land of the Sun. Manakala Ryu pula langsung tidak memikirkannya dan sukarela untuk menguasai Tengentsu.

Sumber: Manga Plus

Selepas Ryu menggunakan Tengentsu, ramai penduduk Land of the Sun telah terselamat daripada wabak tersebut. Namun, Ryu tidak berhenti di situ dan terus membantu semua orang sehingga dia mengumpul lebih ramai orang yang menyayangi dan mengaguminya sekali gus memperoleh ramai pengikut.

Adegan pemilihan Shogun yang dinantikan oleh Yosuga dan Ryu kini telah tiba di mana mereka berdua adalah calon yang sangat tepat di mana Ryu mempunyai populariti dan pencapaian yang mengagumkan manakala Yosuga pula mempunyai yoryoku yang sangat kuat dan menjadikan dia adalah pilihan yang terbaik.

Sumber: Manga Plus

Tetapi apa yang berlaku adalah sangat luar jangkaan di mana Yosuga sukarela mengumumkan yang Ryu adalah Shogun dan dia akan menyertai The Ryuzen sebagai ahli yang ketujuh.


Jadi, begitulah ceritanya bagaimana Ryu mempunyai Tengentsu dan hilang semua yoryokunya dalam bab terbaru Black Clover. Apapun, manga Black Clover sekarang sedang bergerak dengan laju dengan pelbagai pendedahan demi pendedahan dirungkai oleh Tabata.

Saya menjangkakan yang pada bab akan datang, kita akan melihat pertarungan yang sangat sengit diantara The Ryuzen Seven dan Five-Headed Dragon. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Black Clover, sila klik pautan ini.

Tags: Black CloverBlack Clover 351Ryudo Ryuya
Previous Post

Fenomena Global MMORPG – REVELATION akan memulakan Ujian Beta Terbuka di Singapura dan Malaysia pada 2 Mac 2023

Next Post

Review Company of Heroes 3 – Alami Perang Dunia Kedua secara realistik!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Review Company of Heroes 3 – Alami Perang Dunia Kedua secara realistik!

Review Company of Heroes 3 - Alami Perang Dunia Kedua secara realistik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd