Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fenomena Global MMORPG – REVELATION akan memulakan Ujian Beta Terbuka di Singapura dan Malaysia pada 2 Mac 2023

Buktikan dan Asah Skil Anda Menerusi Pertempuran PvP Dalam Dunia Fantasi 3D Yang Hebat!

safwan by safwan
February 20, 2023 - Updated on February 24, 2023
in Artikel, Berita, Game Baru, MMO, MMORPG, RPG, Tempatan
0 0
0
Fenomena Global MMORPG – REVELATION akan memulakan Ujian Beta Terbuka di Singapura dan Malaysia pada 2 Mac 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah 5 tahun dibangunkan dengan pelaburan yang mencecah hampir 70 juta dolar AS, Revelation akhirnya bersedia untuk dimainkan pemain di Singapura dan Malaysia pada 2 Mac 2023, 11 am (GMT+8). Dibangunkan oleh NetEase menggunakan Unreal Engine, Revelation merupakan permainan mudah alih MMORPG yang diadaptasi berdasarkan harta intelek global terkenal – Revelation Online yang telah menempa pencapaian luar biasa di Korea Selatan, Jepun, China, Hong Kong dan Taiwan, dipenuhi dengan pemain berdedikasi yang menyaingi permainan gergasi Genshin Impact dan Moonlight Blade Mobile.

Walaupun Revelation dijadual untuk melancarkan Ujian Beta Terbuka pada bulan Mac, pengambilan rasmi kumpulan pemain di Singapura dan Malaysia telah pun bermula pada Februari dan ianya memberi keterujaan kepada pemain lokal yang menantikan pertempuran PvP luar biasa dalam sistem permainannya. Ianya bakal menguji kekuatan dan skil mereka, serta menjadi medan pertempuran untuk menyaksikan siapakah pemain terhebat antara dua negara ini! Keterujaan dalam kalangan komuniti pemain terus memuncak apabila sehari lalu, media saluran rasmi permainan ini memuat naik video treler cuitan kolaborasi mereka dengan seorang selebriti wanita tempatan. Walaupun identiti selebriti itu belum didedahkan secara rasmi, cuitan tersebut mencetuskan kekecohan dalam talian lantas memperhebatkan lagi harapan pemain terhadap pelancaran akan datang itu. Spekulasi dalam komuniti permainan turut mengatakan pempengaruh internet seperti Elizabeth Tan, Dolla, Cathryn Li, XiaXue dan ramai lagi memainkan peranan dalam meningkatkan lagi minat warga lokal terhadap Revelation.

Awal tahun lalu, ratusan pemain tegar dari seluruh rantau Asia Tenggara telah dipanggil untuk melakukan Ujian Beta Tertutup (CBT) bawah talian terhadap Revelation. Dan penilaian mereka? 9 daripada 10 bintang. Pemain profesional tersebut menguji setiap aspek daripada grafik, pengalaman permainan sehinggalah ke daya saing sewaktu ujian tertutup tempatan itu dilakukan. Selepas itu, sebuah CBT rasmi telah dijalankan di rantau tersebut dimana pemain bersaing untuk memohon slot terhad bagi mendapatkan pra-pengalaman untuk bermain dengan lebih awal, membuktikan lagi keterujaan yang ada terhadap permainan ini.

Bagi meraikan pelancaran Revelation yang akan datang, pemain di rantau Asia Tenggara berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM100,000 apabila mereka mendaftar dan bermain permainan ini dari sekarang hingga 16 Mac 2023. Menangi hadiah premium dan eksklusif seperti berlian 1.2 karat, beg tangan Lady Dior oleh jenama fesyen mewah Dior, dan iPhone Pro Max.

Pemain yang mengambil bahagian dalam pra-pendaftaran juga akan menikmati pelbagai hadiah dalam permainan yang disediakan secara eksklusif seperti yang berikut:

[wpdatatable id=149]

*Pemain perlu mendaftar akaun dan mencipta watak sebelum 4 Mac untuk menerima pek hadiah; semua kod hadiah akan dihantar melalui e-mel.

Faktor populariti Revelation di Asia bukan sahaja kerana sistem pertarungan terbukanya yang mengujakan dan mengagumkan pemain MMO yang paling berpengalaman, tetapi juga kerana gaya seninya yang menakjubkan dan berinspirasikan oriental.

Menunggangi kejayaan Revelation Online, Revelation terus teguh membawa pemain mengeksplorasi dunia 3D penuh fantasi dan imaginatif di mana mereka boleh menerokai pelbagai jenis perjalanan misteri, daripada persekitaran alam bebas hingga ke lautan dalam yang dibangunkan dengan Unreal Engine, alat penciptaan 3D masa nyata yang paling canggih di dunia untuk mencipta pengalaman yang mengasyikkan.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan kecerdasan buatan terbaik (AI), Revelation membolehkan pemain untuk menyesuaikan avatar mereka dengan personaliti unik dan ciri wajah dengan teknologi acuan muka 3D terkini. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita melihat tahap perincian dari asas bentuk dan kulit tetapi Revelation mampu untuk melakukannya!

Bagi membolehkan pemain merasai sendiri pengalaman secara langsung mengenai ciri acuan muka 3D tersebut, Revelation akan membuka fungsi ciri penciptaan wataknya mulai 27 Februari untuk membolehkan pemain log masuk dan memperibadikan penciptaan watak mereka terlebih dahulu sebelum pelancaran rasminya. Pemain akan dapat memperibadikan penampilan watak mereka sehingga ke butiran kecil dengan pelbagai pilihan penyesuaian, daripada gaya pakaian dan aksesori sehinggalah ke bulu mata dan anak mata avatar mereka. Pemain yang menyertai pertandingan reka bentuk watak Revelation rantau Asia Tenggara juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah dalam permainan!

Menerusi ulasan hebat di peringkat global dan visual serta prestasi yang menakjubkan, Revelation boleh dikategorikan sebagai sebagai permainan fantasi MMORPG yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2023! Revelation bakal dilancarkan secara eksklusif oleh VNG GAMES di rantau Asia Tenggara, dan ianya kini tersedia untuk pra-pendaftaran. Untuk berita terkini dan kemas kini tentang Revelation, lihat laman web rasmi permainan dan halaman sosial di bawah:

Laman Web Rasmi: https://revelation.vnggames.com  

Halaman Facebook: https://www.facebook.com/RevelationSGMY  

Kumpulan Facebook: https://www.facebook.com/groups/rvlsgmy/?ref=share&mibextid=tejx2t

7 Ciri Utama Revelation Mobile 

Revelation menggunakan teknologi Unreal Engine dalam membangunkan grafik dunia terbukanya serta teknologi acuan muka yang inovatif, membolehkan pemain untuk menyesuaikan dan memperibadikan watak impian mereka!

Dalam dunia tanpa sempadan yang kita diami ini, perpaduan tidak seharusnya menjadi topik asing bagi manusia. Pemain dari pelbagai negeri, negara dan juga benua berlainan boleh bertemu melalui platform permainan dan membina persahabatan yang bermakna dan berkekalan. Permainan tak bererti tanpa kawan-kawan, bukan?

Melawan Bos sentiasa menjadi keutamaan dalam mana-mana permainan baharu. Oleh itu, semua profesion dibuat dengan teliti dibawah Sistem Pekerjaan Sosial dan pemain dipastikan untuk bermain dalam ekosistem yang pelbagai di mana setiap permainan akan kelihatan berbeza.

Dengan lebih seratus pilihan pakaian, aksesori, dan solekan, suai padankannya untuk mencari gaya unik anda dan jadikan watak anda tersendiri. Tonjolkan kelainan dan jadi yang paling bergaya!

Pandangan mata anda pasti terpukau dengan visual indah dunia fantasi Revelation yang dipenuhi dengan langit dan lautan luas. Dibangunkan dengan pemikiran eksplorasi tanpa had, hayati dunia hebat ini yang dibina menggunakan hanya enjin grafik terbaik.

Bosan mendengar dialog yang sama oleh watak bukan pemain (NPC)? Dalam Revelation, pembangun meneliti penciptaan NPC yang menyerupai orang sebenar. Dialog kini lebih hidup dan realistik!

Revelation telah berjaya mentakrifkan “neo-MMORPG” disamping mengekalkan konsep permainan watak (RPG) sebagai terasnya. Pemain boleh memilih dan menentukan laluan dan takdir sendiri dalam permainan yang memenuhi harapan dan impian mereka.

Tags: RevelationVNG Games
Previous Post

DE-EXIT – Eternal Matters bakal tiba pada Musim Bunga ini di PS, Xbox & PC!

Next Post

Black Clover 351 – Kebenaran tentang Ryu mendapatkan Tengentsu terbongkar!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Black Clover 351 – Kebenaran tentang Ryu mendapatkan Tengentsu terbongkar!

Black Clover 351 - Kebenaran tentang Ryu mendapatkan Tengentsu terbongkar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd