Selepas penerimaan baik game Persona di PC, nampaknya Atlus membawa tajuk-tajuk game Persona seperti Persona 3 Portable, yang dahulunya di konsol PSP dan Persona 4 Golden. Kedua-dua tajuk ini telah lama terperangkap di konsol handheld dan kini ia boleh dimainkan di PS5. Dalam review ini, kami akan lebih tumpukan pada prestasi port game ini memandangkan game ini sudah lama dikeluarkan. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca review Persona 3 Portable dan Persona 4 Golden versi PS5!
Persona 3 Portable
Dalam Persona 3, watak utama kita baru sahaja berpindah di Tatsumi Port Island dan hadir ke sekolah Gekkoukan High School. Macam-macam perkara terjadi dan dia kini terlibat dengan SEES, sekumpulan pelajar yang akan meneroka menara Tartarus yang muncul pada “dark hour” masa misteri setelah tengah malam. Semasa dark hour, ramai orang telah berubah menjadi keranda dan shadow mula menyerang dan memberi mereka penyakit “Apathy Syndrome”.

Walaupun ditemani dengan pelbagai kerenah pelajar sekolah, penceritaannya yang serius akan pasti akan membuatkan pemain susah melupakannya. Watak-wataknya pula sudah mengenali antara satu sama lain, memandangkan mereka ini pergi ke sekolah yang sama. Sehingga sekarang, ramai peminat Persona pasti mengingatinya walaupun game itu sudah lama dikeluarkan.

Persona 3 Portable merupakan port game P3 ke PSP. Memandangkan PSP tidak mampu untuk lakukan kerja yang sama seperti konsol PS2, ada beberapa perubahan yang diberikan kepada game ini. Tetapi perubahan itu sudah tentu mempunyai kelebihan serta kekurangannya tersendiri.
Jika P3 FES, kita dapat meneroka dunia game secara keseluruhan dengan grafik 3D malah ia juga mempunya cutscene anime berbanding P3P yang menggunakan gaya visual novel untuk menyampaikan ceritanya. Walaupun P3P untuk konsol moden ini versi remaster, tetapi ia masih mempunyai model yang masih lagi kelihatan berkotak. Nasib baik tiada langsung masalah semasa pada frame rate game dan ianya boleh dimainkan dengan lancar.

Gameplay
Bercerita tentang gameplay, P3P merupakan sebuah game turn-based RPG di mana pemain akan menaiki menara Tartarus sambil mengalahkan shadow yang berkeliaran di dalamnya. Kalau anda pernah bermain P5, rasanya anda akan tahu sedikit sebanyak tentang combat game. Bukan setakat itu sahaja, kita boleh kawal pemain itu sendiri tanpa bergantung kepada AI sepenuhnya. Ini antara ciri yang tiada dalam game P3 yang awal dan kami sangat menghargainya.

Kalau anda ingin tahu, P3 yang memperkenalkan sistem kalendar di mana, kita sendiri membuat pilihan untuk meluangkan masa lapang. Inilah masanya untuk anda berinteraksi dengan watak-watak lain sambil memenuhkan Sosial Link mereka. Lebih tinggi level social link kita dengan watak tertentu, lebih banyak EXP akan hadir apabila kita hasilkan Persona di Velvet Room.

Memandangkan P3P tidak mempunyai mode extra “The Answer”, penambahan lain telah diberikan iaitu protagonis perempuan. Jalan ceritanya hampir sama seperti protagonis lelaki, tetapi kita akan mempunyai social links yang berbeza sedikit. Jadi pemain boleh ulangi P3 banyak kali untuk alami pengalaman penuh game.
Persona 4 Golden
Persona 4 Golden mengikuti kisah pelajar yang tinggal bersama pakciknya di sebuah bandar terpencil, Inaba. Bandar yang aman itu telah gempar dengan penemuan mayat selepas habisnya kabus. Kita sebagai protagonis tiba-tiba menjumpai fenomena yang dipanggil “The Midnight Channel”. Pada waktu tengah malam semasa hujan, dikhabarkan bahawa seseorang akan muncul pada saluran TV yang pelik itu. Rupa-rupanya mereka ini telah pun dicampak masuk ke sebuah dunia berbeza dan dibunuh oleh shadow dunia tersebut. Inilah masanya untuk mencari dalang kepada semua pembunuhan yang berlaku serta bongkarkan misteri di sebalik Midnight Channel.

Jika nak dibandingkan dengan P3, P4 mempunyai suasana yang lebih cerah dan santai. Walaupun masalah serius telah berlaku, kumpulan mereka ini sangatlah bersahaja dan sentiasa berfikiran positif. Anda juga pasti akan “enjoy” bersama-sama mereka sepanjang game.

Gameplay
Bercerita tentang gameplay Persona 4 Golden, ia tidaklah begitu berbeza dengan Persona 3. Kita masih boleh menggunakan melee, menukar Persona protagonis, serang kelemahan shadow untuk mendapatkan turn tambahan, dan jika anda tumbangkan semua shadow, anda boleh buat All-Out Attack. Social Link (S-Link) pula sedikit berbeza kerana pasukan anda boleh mendapat skill tambahan apabila level S-Link meningkat.

Untuk dungeon, Persona 4 Golden mempunyai beberapa dungeon bertema, mengikut ciri-ciri boss untuk dungeon tersebut. Ia hampir sama seperti apa yang kita lihat dalam Persona 5, di mana setiap boss mempunyai palace tersendiri. Jadi, ia tidaklah membosankan dan memberikan pace yang lebih baik, berbanding menara Tartarus dalam P3 yang kelihatan sama sahaja.

Kesimpulan
Persona 3 Portable dan Persona 4 Golden merupakan JRPG hebat yang anda patut cuba walaupun sekali. Walaupun kedua-dua game ini mempunyai mood yang berbeza, tetapi ia mempunyai penceritaan serta barisan watak yang menyeronokkan. Walaupun grafiknya agak ketinggalan zaman, tetapi ia masih memberikan pengalaman sama malah lebih baik dengan beberapa penambahan quality-of-life yang baik. Anda tidak akan rasa rugi apabila anda habiskan pengembaraan anda dalam kedua-dua game ini.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Persona daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post