Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MtG bakal melancarkan set seram baharu – Phyrexia: All Will Be One pada 10 Feb 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 3, 2023
in Artikel, Berita, Kad Strategi, Tabletop
0 0
0
MtG bakal melancarkan set seram baharu – Phyrexia: All Will Be One pada 10 Feb 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Wizards of the Coast bakal melancarkan Phyrexia: All Will Be One, set terbaharu untuk salah satu permainan kad popular di dunia, Magic: The Gathering. Sebagai ansuran ketiga dalam jalan cerita Phyrexia, “All Will Be One” menyaksikan pemain alami keindahan dan kengerian warga Phyrexia sebagai penjahat paling tua dan diingati dalam francais; dan rancangan mereka untuk mengambil alih multiverse. Set ini mengandungi 271 kad dan akan tersedia untuk beli mulai 10 Februari.

Selama beribu-ribu tahun, warga Phyrexia telah berusaha untuk menguasai dunia lain dengan menyebarkan kuasa mereka dan mengubah setiap makhluk hidup menjadi raksasa seram biomekanikal. Para “Planewalkers” sentiasa berjaya menghentikan pencerobohan ini… sehingga sekarang! Pemimpin Phyrexia, Elesh Norn – Mother of Machines telah memikirkan cara untuk menyusup ke seluruh Multiverse, termasuk merosakkan beberapa watak Magic yang paling ikonik dan heroik.

Phyrexia: All Will Be One menumpukan pada kengerian Phyrexia di mana mekanik dalam set akan mencerminkan ciri ini. Dua mekanik bertema Phyrexia bersifat ‘Corrupted’, di mana permainan memberi ganjaran kepada pemain jika pihak lawan mempunyai tiga atau lebih ‘Poision Counter’, dan ‘Oil Counter’ yang menunjukkan keluasasn kuasa Phyrexia di seluruh Multiverse.

Pada masa yang sama, mekanik popular “Proliferate” turut kembali untuk bersinergi dengan mekanik baharu yang disebutkan tadi.

Untuk menangkap aspek seram Phyrexia, set ini menampilkan beberapa seni ekslusif, semuanya diilhamkan oleh “body horror”. 40 kad pilihan tangan menampilkan seni Ichor, manakala 10 Planeswalkers digayakan dalam seni manga. Elesh Norn juga memiliki rekaan sendiri selaku ketua Phyrexia, yang dihasilkan oleh artis manga Jepun popular, Junji Ito.

Phyrexia: All Will Be One akan tersedia dalam Draft Boosters, Set Boosters, Collector Boosters, Jumpstart Boosters, dek Commander, bundle dan edisi Compleat Bundle. Untuk maklumat lanjut tentang set ini, korang boleh layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: magic thePhyrexia: All Will Be One
Previous Post

PS5 umum ‘beta update’ baharu – tambah Discord Voice Chat, sokongan VRR untuk 1440p & banyak lagi

Next Post

[Review] That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond – Pertalian kesaudaraan tidak akan putus

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
[Review] That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond – Pertalian kesaudaraan tidak akan putus

[Review] That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond - Pertalian kesaudaraan tidak akan putus

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd