Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond – Pertalian kesaudaraan tidak akan putus

safwan by safwan
February 3, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Movie Review, Movie/siri, Review, TGV Cinemas
0 0
0
[Review] That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond – Pertalian kesaudaraan tidak akan putus
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tamatnya musim 2, That Time I Got Reincarnated as a Slime telah kembali dengan memberikan para peminatnya sebuah filem non-canon yang bertajuk That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond. Ia telah mula ditayangkan di Malaysia pada 12 Januari 2023. Berikut adalah sinopsis filem ini:

Selepas orang-orangnya dilenyapkan oleh Orc, Hiiro ingat dia adalah Ogres terakhir. Sejak itu, dia telah menemui sebuah rumah di negara kecil Raja dalam perkhidmatan kepada permaisuri muda mereka. Bagaimanapun, keadaan tidak berjalan lancar untuk negara kota itu.

Sumpahan misteri telah berulang kali mengotori sumber air mereka dan kesihatan permaisuri mereka jelas merosot. Tetapi apabila Hiiro pergi mencari bantuan, dia terserempak dengan Orc yang bertanggungjawab atas kematian semua orang yang dia sayangi di negara Tempest yang berhampiran.

Plot 

Pada pengawalan filem ini, kita diperkenalkan dengan pertempuran epik yang boleh menarik minat anda sebagai peminat That Time I Got Reincarnated as a Slime. Perlawanan tersebut adalah diantara Orge dan Orc di mana Orc berkeras untuk menghancurkan perkampungan Orge. Sepanjang perlawanan tersebut, mereka telah memfokuskan kepada watak baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini iaitu Hiiro. 

Dia telah dikalahkan oleh tentera Orc lalu diselamatkan oleh kerajaan Raja. Sejurus bangun daripada koma, dia terus terbang ke perkampungannya yang kini hancur dan musnah. Dia berasa sangat sedih dan ingin membalas dendam terhadap Orc.

Semasa di kerajaan Raja, Puteri Towa mempunyai satu kuasa (tiara) yang telah dianugerahkan oleh “God” untuk melindungi rakyat dan menstabilkan ekonomi mereka. Namun, di sebalik kuasa tersebut, terdapat satu sumpahan yang akan dikenakan kepada penggunanya sehingga mati. Semakin banyak menggunakan kuasa daripada tiara yang digunakan, semakin banyak sumpahan yang disedut olehnya. 

Jadi, untuk mencari kesembuhan kepada Puteri Towa, Hiiro bersama dua menteri kerajaan tersebut mencari jalan sehingga berjumpa dengan Rimuru. 

Pada pendapat saya, plot yang disediakan adalah cliche sama di mana Rimuru membuat penampilan hanya untuk menolong kerajaan tersebut dan berjaya membuat “connection” serta mengetahui lebih banyak tentang negara luar. 

Namun, dengan adanya filem ini, peminat That Time I Got Reincarnated as a Slime mungkin sangat bahagia apabila melihat watak-watak mendapat perkembangan yang sepatutnya dan interaksi diantara mereka sangat menghiburkan. 

Tetapi apabila anda tidak mengetahui apa-apa tentang siri ini, mungkin ia terasa agak bosan dan kosong. Walaupun movie ini adalah standalone, saya rasa ia mempunyai kesinambungan kepada siri tersebut. 

Emosi

Sepanjang filem ini, saya langsung tidak merasa sebarang perasaan yang mendalam selain gembira melihat adegan yang pelik sehingga membuatkan saya ketawa. Semasa saya menonton filem ini, ramai juga penonton lain yang ketawa melihat adegan-adegan tersebut.

Bagi saya, filem ini gagal menimbulkan emosi yang sebenar dan sekali gus memberikan pengalaman yang membosankan. Terdapat adegan di mana watak mati dan hidup balik. Sepatutnya mereka berasa terkejut melihat perkara itu, tetapi apa yang ditampilkan adalah berbeza sama sekali dengan muka yang tidak mempunyai sebarang reaksi bagi sesetengah watak.

That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond

Sedikit Spoiler [terdapat dua watak mati dengan dramatik dan tiba-tiba dihidupkan kembali dalam adegan yang sama]. Saya rasa jika watak pertama tadi mati dan tidak dihidupkan kembali, ia sudah cukup untuk menghabiskan filem ini. Tetapi tidak, mereka membunuh dua watak dan hidupkannya kembali dengan segera. (Satu hall gelak tonton adegan ini). 

Watak

Di dalam filem ini, mereka membawa watak-watak popular di dalam siri seperti Rimuru, Benimaru, Geld, Shuna, Souei, Gabiru, Hakurou, Shion, Diablo dan ramai lagi. Mereka juga memperkenalkan watak baharu seperti Hiiro, Towa, Raja Minister dan lain-lain.

Setiap daripada mereka dapat memberikan impak yang baik walaupun screen time mereka hanya sedikit bagi sesetengahnya. 

That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond

Hiiro sebenarnya adalah kawan kepada Benimaru dan yang lain semasa mereka kecil sehingga dia dianggap seperti abang kandung mereka. Jadi, ikatan diantara mereka sangat kuat sehingga mereka sanggup merayu kepada Rimuru untuk menolong Hiiro. 

That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond

Tetapi penampilan Rimuru dalam filem ini sangat biasa kerana dia langsung tidak menunjukkan skill lain selain Beelzebub. Yeah, dalam filem ini, Rimuru menggunakannya dua kali walaupun melawan villain utama iaitu Lacua. Sedang elok melihat adegan kejar-mengejar, tiba-tiba Lacua berhenti kerana dimarahi oleh tuannya lalu dia musnahkan diri sendiri dan cuba untuk mengalahkan Rimuru dengannya.

Malang sekali, Rimuru sempat menggunakan Beelzebub dan menyedut semua letupan yang digunakan oleh Lacua. Tidak tahu mengapa, tetapi saya dapat merasakan yang ianya anti-klimatik.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond. tidak memberi banyak impak kepada saya sepanjang menontonnya. Namun, bagi peminat anime That Time I Got Reincarnated as a Slime, mereka mungkin akan mendapat sesuatu daripada filem ini. 

Dari segi animasi, filem ini dapat menyampaikan segala aksi dengan baik tetapi terdapat beberapa bahagian yang patut diberikan perhatian yang lebih. Seperti aksi yang dilakukan oleh setiap watak yang sangat sedikit. 

Kadang-kadang, terdapat sesetengah adegan yang mempunyai lagu latar tetapi saya rasa ia langsung tidak masuk dengan situasi yang berlaku. Selepas sahaja tamat menonton filem ini, saya rasa tidak puas dan merasakan yang filem ini sepatutnya dijadikan siri (filler) dan bukan filem semata. 

KLIK DI SINI untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai filem, game, teknologi dan banyak lagi.

Tags: That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bond
Previous Post

MtG bakal melancarkan set seram baharu – Phyrexia: All Will Be One pada 10 Feb 2023!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]

Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd