Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 umum ‘beta update’ baharu – tambah Discord Voice Chat, sokongan VRR untuk 1440p & banyak lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 3, 2023
in Aplikasi, Artikel, Berita, PS4, PS5, Teknologi
0 0
0
PS5 umum ‘beta update’ baharu – tambah Discord Voice Chat, sokongan VRR untuk 1440p & banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk memantapkan lagi servis konsol PlayStation 5, hari ini Sony mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan ‘beta update’ baharu untuk PS5 yang termasuk Discord Voice Chat, dan sokongan VRR untuk resolusi 1440p dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, mereka juga memperkenalkan pelbagai UX, ciri kebolehaksesan dan peningkatan sistem sosial yang menjadikan pengalaman ‘bermain dengan rakan-rakan lebih mudah berbanding sebelum ini. Malangnya, beta ini hanya tersedia di A.S., Kanada, Jepun, U.K., Jerman dan Perancis tetapi ‘update’ ini dijangka akan dikeluarkan secara global dalam beberapa bulan akan datang.

Berikut adalah antara isi kandungan penting daripada update baharu:

Sertai Discord Voice Chat pada konsol PS5 Anda

Korang boleh menyertai Discord voice chat pada konsol PS5 dan bersembang dengan mudah dengan rakan di platform gaming lain. Untuk bermula, link akaun Discord dan PlayStation Network di konsol PS5 mengikut langkah-langkah ini. Kemudian, gunakan aplikasi Discord pada peranti mobile atau komputer untuk buka Discord voice chat pada konsol PS5 anda.

Korang juga boleh membiarkan rakan Discord melihat apabila diri sedang ‘online’ dan game yang sedang dimainkan.

Muat naik screenshot secara manual ke PlayStation App

Korang boleh memilih dan memuat naik screenshot atau klip permainan secara manual ke PS App daripada konsol PS5 anda, kemudian berkongsinya dengan mudah di media sosial atau dengan rakan-rakan. Sebelum ini, fungsi auto-upload sudah wujud pada PS App.

Sokongan Variable Refresh Rate (VRR) untuk 1440p

Korang boleh menikmati prestasi visual yang lebih lancar apabila menggunakan paparan HDMI 2.1 yang serasi dengan VRR pada resolusi 1440p, apabila bermain game yang menyokong VRR.

PlayStation juga telah membuat beberapa update pada parameter ujian output 1440p di PS5, yang membolehkan sokongan 1440p untuk julat paparan HDMI yang lebih luas. Untuk menyemak sama ada peranti HDMI anda serasi, pergi ke [Settings] > [Screen and Video] > [Video Output] > [Test 1440p Output].

Pemindahan ‘save data’ PS4 ke PS5

Sony memudahkan kita mengakses save data di PS4 pada konsol PS5 melalui dua cara:

  • Apabila memuat turun atau install game PS4 di konsol PS5, notifikasi tentang “save data di PS4 tersedia dalam PlayStation Network cloud storage” akan dipaparkan (jika konsol PS5 belum mempunyai save data untuk gamete). Tekan notifikasi untuk memuat turun save data tersebut.
  • Apabila memuat turun atau install game PS5 yang boleh memuatkan data PS4, notifikasi yang sama akan muncul.
    • Online cloud storage memerlukan langganan PlayStation Plus.

Update wayarles untuk DualSense

Korang boleh mengemas kini peranti DualSense tanpa sambungan wayar USB. Jika anda menghadapi masalah mengemas kini secara wayarles, sambungkan controller ke konsol PS5 menggunakan kabel USB.


Sekali lagi saya ingatkan, update PS5 ini akan dilancarkan secara rasmi dalam beberapa bulan akan datang. Jadi buat pemain yang ingin menyembang bersama rakan-rakan di Discord memakai PS5, korang perlu bersabar lagi. Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DiscordPS4ps5
Previous Post

Way of the Hunter: Aurora Shores bakal dilancarkan tidak lama lagi! Terokai rantau Alaska serba baru!

Next Post

MtG bakal melancarkan set seram baharu – Phyrexia: All Will Be One pada 10 Feb 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
MtG bakal melancarkan set seram baharu – Phyrexia: All Will Be One pada 10 Feb 2023!

MtG bakal melancarkan set seram baharu - Phyrexia: All Will Be One pada 10 Feb 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd