Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tom Clancy’s Rainbow Six Invitational 2023 akan bermula pada 7 Februari, rebut prize pool lebih RM12 juta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 2, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, PC
0 0
0
Tom Clancy’s Rainbow Six Invitational 2023 akan bermula pada 7 Februari, rebut prize pool  lebih RM12 juta!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa Tom Clancy’s Rainbow Six Invitational 2023 akan berlangsung dari 7 hingga 19 Februari, di Montreal dan Laval, di Kanada. Sebagai acara kompetitif paling hebat dalam Rainbow Six Siege, acara itu akan menyaksikan 20 pasukan terbaik di seluruh dunia bersaing untuk gelaran Juara Dunia dan prize pool bernilai USD $3,000,000.

Buat pertama kalinya sejak Six Invitational 2020, acara akan dibuka kepada orang ramai untuk 3 hari terakhir acara, dari 17 hingga 19 Februari, di Place Bell, di Laval, Kanada. Acara ini akan menampilkan beberapa aktiviti di tapak untuk peminat, termasuk demo booth bagi mencuba Season terbaharu dalam game, sesi meet & greet dengan ahli Dev Team Rainbow Six Siege, sesi meet & greet dengan pemain profesional, kedai barangan, dan banyak lagi.

Acara ini akan dibahagikan kepada 3 fasa berbeza:

  • Group Stage: dari 7 hingga 11 Februari – Tidak terbuka kepada orang ramai.
  • Playoffs Part 1: dari 13 hingga 15 Februari – Tidak terbuka kepada orang ramai.
  • Playoffs Part 2 & Grand Final: dari 17 hingga 19 Februari – Terbuka kepada orang ramai, di Place Bell.

Selepas selesainya satu musim kompetitif, 16 pasukan akan layak ke acara dengan menjaringkan mata tertinggi dalam liga masing-masing dan semasa Six Majors. 4 pasukan terakhir dapat melayakkan diri melalui Last Chance Qualifiers di rantau masing-masing. Berikut adalah 20 pasukan yang akan bertanding di Six Invitational 2023:

  • w7m esports (Latin America)
  • Team BDS (Europe)
  • Wolves Esports (Europe)
  • DarkZero Esports (North America)
  • Team Liquid (LATAM)
  • Astralis (North America)
  • KOI (Europe)
  • M80 (North America)
  • Oxygen Esports (North America)
  • G2 Esports (Europe)
  • FaZe Clan (Latin America)
  • Soniqs (North America)
  • Heroic (Europe)
  • MNM Gaming (Europe)
  • Elevate (Asia-Pacific)
  • Cyclops athlete gaming (Asia-Pacific)
  • Dire Wolves (Asia-Pacific Qualifiers)
  • Team Secret (European Qualifiers)
  • LOS ONE (Latin American Qualifiers)
  • Spacestation Gaming (North American Qualifiers)

Butiran lanjut tentang Rainbow Six Invitational 2023 termasuk format kompetitif, aktiviti di tapak, jadual, dan lain-lain, boleh didapati di SINI. Untuk segala liputan kami tentang Rainvow Six, sila tekan pautan ini.

Tags: EsportsRainbow Six SiegeTom Clancy’s Rainbow Six Invitational 2023
Previous Post

Like a Dragon: Ishin! – Pedang, pistol, penumbuk, ‘combat’ serba boleh!

Next Post

Interview Atomic Heart bersama CEO Mundfish – “Satunya harapan manusia untuk hentikan ancaman robot”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Interview Atomic Heart bersama CEO Mundfish – “Satunya harapan manusia untuk hentikan ancaman robot”

Interview Atomic Heart bersama CEO Mundfish - "Satunya harapan manusia untuk hentikan ancaman robot"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd