Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece akan berlangsung lebih 10 tahun lagi – Bak kata seiyuu Luffy, Mayumi Tanaka!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 17, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Seiyuu
0 0
0
One Piece akan berlangsung lebih 10 tahun lagi – Bak kata seiyuu Luffy, Mayumi Tanaka!
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika acara pentas yang diadakan untuk memperingati kejayaan One Piece Film: Red yang ditayangkan di pagawam Jepun, pelakon suara Monkey D Luffy, Mayumi Tanaka telah memberikan kenyataan bahawa anime One Piece mungkin tidak akan tamat dalam masa 10 tahun akan datang.

Sumber: Oricon

Ketika acara pentas yang diadakan di Tokyo pada 15 Januari 2023, ia telah dihadiri oleh beberapa barisan pelakon suara daripada filem anime tersebut, iaitu Mayumi Tanaka (seiyuu Luffy), Shuichi Ikeda (seiyuu Shanks) dan Kaori Nazuka (seiyuu Uta).

Pada acara tersebut, Mayumi Tanaka telah menerima ucapan tahniah daripada kedua-dua pelakon suara itu buat ulang tahunnya yang ke-68 dan menerima sejambak bunga yang berbentuk topi jerami (straw hat) gergasi.

Sumber: Oricon

Selepas menerima bunga tersebut, dia telah menyatakan bahawa dia akan terus melakukan yang terbaik untuk menyuarakan Luffy untuk selama 10 tahun lagi. Hal ini sekali gus menyatakan seolah-olah bahawa anime One Piece tidak akan tamat dalam masa terdekat.

Sebaik sahaja mereka memulakan perbualan, barisan pelakon suara itu berubah dengan menyuarakan watak-watak mereka dalam siri One Piece. Topik perbualan mereka secara automatik berubah ke Arc terakhir One Piece. Ikeda meminta Tanaka untuk menjadi lanun yang hebat dan berkata bahawa dia akan tunggu Luffy untuk mengembalikan topi jerami Shanks.

Sumber: Oricon

Tanaka juga mempunyai jawapan untuknya:

“Tolong buat yang terbaik? Adakah awak faham ceritanya? Untuk mengembalikan topi kepada Shanks… Awak juga harus melakukan yang terbaik! Adakah pengakhiran di mana saya tidak dapat memulangkan topi ini? Awak patut lakukan yang terbaik juga.”

Sumber: Oricon

Pelakon suara itu mendedahkan pada awal tahun 2022 bahawa anime One Piece mungkin akan tamat dalam 7-8 tahun lagi. Dalam temu bual kemudiannya, dia berharap agar siri ini akan tamat ketika dia masih hidup.

“Saya mempunyai dua perasaan tentang One Piece. Yang pertama ialah ia telah menjadi sesuatu yang kita ambil mudah, jadi saya akan sedih jika ia hilang. Sebaliknya, saya harap ia akan berakhir sementara saya masih hidup!”

Jadi, apa pendapat anda tentang tempoh anime One Piece akan diteruskan selama lebih 10 tahun seperti yang dikatakan oleh pelakon suara Luffy, Mayumi Tanaka? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Anda boleh baca manga One Piece di Shonen Jump Plus.

Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber: LiveDoor

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaMayumi Tanakaone piece
Previous Post

Ditangkap Plagiat Poster, Staf Evangelion Meminta Maaf Kepada Artis Asal!

Next Post

Koleksi UT UNIQLO Shin Japan Heroes Universe bakal tiba bulan Mac nanti!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Koleksi UT UNIQLO Shin Japan Heroes Universe bakal tiba bulan Mac nanti!

Koleksi UT UNIQLO Shin Japan Heroes Universe bakal tiba bulan Mac nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd