Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ditangkap Plagiat Poster, Staf Evangelion Meminta Maaf Kepada Artis Asal!

Maira by Maira
January 17, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Ditangkap Plagiat Poster, Staf Evangelion Meminta Maaf Kepada Artis Asal!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem terakhir untuk siri Evangelion telah pun tersedia di pelbagai platform penstriman. Peminat akhirnya dapat menonton penamat kepada penceritaan baru kepada siri tersebut. Baru-baru ini, terdapat pula kontroversi apabila poster promosi filem Evangelion: 3.0 + 1.0: Thrice Upon A time ditangkap plagiat poster filem lain.

Dilaporkan bahawa poster filem Evangelion yang dihasilkan oleh Huang Hai telah meniru poster karya Nico Delort, yang merupakan poster untuk filem Where the Wild Things Are. Anda boleh melihat gambar di bawah untuk melihat perbandingan antara kedua poster tersebut.

https://twitter.com/xiao55344/status/1614277405807607812?s=20

Selepas mendapati bahawa poster tersebut mempunyai unsur plagiat, kedua-dua akaun Twitter anime telah mengumumkan bahawa pihak mereka telah memadam poster filem tersebut. Tambah mereka lagi, visual pada poster tersebut dihasilkan secara bebas di China dan tiada sebarang kaitan dengan staf filem serta Studio Khara.

Pihak mereka juga menyatakan bahawa elemen yang digunakan dalam poster tersebut dilakukan tanpa kebenaran artis asal dan ia dilepaskan kepada umum tanpa pemeriksaan yang sewajarnya. Mereka telah pun berhubung dengan Nico Delort berkenaan isu ini dan ingin menawarkan pampasan kepadanya.

Sumber: JFF

Anda mesti tertanya-tanya siapa sebenarnya, Huang Hai, artis yang menghasilkan poster Evangelion tersebut. Kalau anda ingin tahu, dia bersama-sama Beijing ZhuYe Culture Studio telah menghasilkan pelbagai poster untuk filem-filem Cina serta filem luar negara. Poster yang dihasilkannya juga terkenal kerana ia ada mencerminkan budaya Cina serta naratif filem. Antara poster yang dihasilkannya ialah My Neighbor Totoro, Spirited Away, Star Wars dan Departures.

Isu plagiat sememangnya tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi kepada penggiat industri. Harap-harap perkara seperti ini menjadi pengajaran kepada artis dan studio terlibat.

Untuk mendapatkan liputan menarik lain daripada kami mengenai anime, boleh klik pautan ini.

Tags: EvangelionEvangelion 3.0+1.0: Thrice Upon A Time
Previous Post

Demon Slayer season 3 bakal tiba di pawagam, tarikh tayangan masih belum diumumkan

Next Post

One Piece akan berlangsung lebih 10 tahun lagi – Bak kata seiyuu Luffy, Mayumi Tanaka!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
One Piece akan berlangsung lebih 10 tahun lagi – Bak kata seiyuu Luffy, Mayumi Tanaka!

One Piece akan berlangsung lebih 10 tahun lagi - Bak kata seiyuu Luffy, Mayumi Tanaka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd