Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Makan bajet RM 699 juta, Callisto Protocol gagal pulangkan balik untung – rugi besar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 16, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Industri, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Makan bajet RM 699 juta, Callisto Protocol gagal pulangkan balik untung – rugi besar!
Share on FacebookShare on Twitter

Game seram baru “The Callisto Protocol” dianggap sebagai salah satu game paling menakjubkan secara visual pada dekad ini, tetapi tidak disukai oleh para gamer kerana isu gameplay. Menelan kos bajet yang besar untuk dihasilkan, malangnya The Callisto Protocol tidak dapat mencapai jangkaan orang ramai. Kini, kami menerima laporan bahawa penerbit sedang mengalami kerugian besar.

Menurut VGC, The Callisto Protocol menelan kos lebih daripada 200 juta won (RM 699 juta) untuk dihasilkan, tetapi gagal menjana keuntungan semula. Disebabkan game itu tidak mencapai sasaran jualan, pelabur Krafton terpaksa “menurunkan harga saham sasaran”.

Semasa mula-mula merancang, Krafton menjangkakan game ini akan menjual kira-kira dalam lima juta salinan, tetapi jualan kumulatif setakat ini untuk The Callisto Protocol hanyalah cecah sekitar dua juta salinan. Dalam situasi ini, ramai broker saham berpendapat ia akan menjadi satu cabaran untuk mencapai sasaran itu. Sebagai perbandingan, Resident Evil Village sebuah lagi game horror survival, berjaya menjual enam juta unit dalam tempoh enam bulan pertama.

Jadi apa masalah utamanya?

Dikeluarkan pada 2 Disember 2022, The Callisto Protocol tidak digemari kerana ramai pemain menganggap gameplay bersifat repetitif, jalan cerita yang membosankan, dan variasi musuh yang tidak unik. Walalupun begitu, memang tidak boleh dinafikan visual grafiknya adalah antara yang terhebat saya pernah lihat setakat ini.

Walaupun kos RM 699 juta untuk membuat Callisto mungkin nampak ekstrem, ada beberapa game lain yang membuat kesilapan yang sama. Contoh paling besar adalah Cyberpunk 2077 oleh CD Projekt Red yang menelan duit sebanyak $174 juta (anggaran RM 750 juta) untuk dibuat.

Pada zaman sekarang, kos untuk membuat sebuah AAA semakin meningkat, jadi ini bermakna pembangun dan penerbit terpaksa mengambil risiko yang besar apabila membangunkan sebuah judul. Jika tidak dihasilkan sebaik mungkin, mereka juga yang akan rugi besar dan dibenci.

Tetapi jangan biarkan info ini menghalang anda untuk cuba game ini! Jika berminat, The Callisto Protocol kini tersedia di semua platform gaming utama.

Lihat di sini
The Callisto Protocol
Publisher: KRAFTON
Developer: Striking Distance Studios
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 5, Xbox Series X|S
Callisto Protocol adalah permainan seram survival orang ketiga yang akan dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2022. Permainan ini sedang dikembangkan oleh studio Striking Distance, yang diasaskan oleh Glen Schofield, yang sebelumnya telah bersama-sama membuat siri Dead Space.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Callisto ProcotolSeram
Previous Post

Haikal raih #1 di ranking dunia eFootball 2023! Malaysia boleh!

Next Post

Manga Isekai baru mempunyai “tajuk paling panjang di dunia” – boleh jadi sinopsis!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Manga Isekai baru mempunyai “tajuk paling panjang di dunia” – boleh jadi sinopsis!

Manga Isekai baru mempunyai "tajuk paling panjang di dunia" - boleh jadi sinopsis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd