Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Final Fantasy VII Remake Dilancarkan Di E3?

Baca Untuk Berita Lanjut

Jade Ice by Jade Ice
May 26, 2019
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Demo Final Fantasy VII Remake Dilancarkan Di E3?
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lalu, satu kebocoran maklumat mengenai Final Fantasy 7 Remake telah beredar di internet, yang dikatakan telah mendedahkan maklumat-maklumat penting game ini sebelum acara di E3 akan datang. Antara yang menarik minat adalah akan ada kejutan pengumuman demo yang boleh dimainkan oleh mereka yang tidak dapat menghadiri E3, tetapi bukan boleh di akses oleh semua orang.

Jika maklumat bocor ini boleh dipercayai, demo yang boleh dimainkan ini akan tiba sejurus selepas permbentangan dari Square Enix di E3 nanti ataupun seminggu selepas E3 tamat. Tetapi hanya pelanggan Playstation Plus sahaja boleh mendapatkannya, bermakna yang tidak melanggan tidak akan dapat memainkannya ketika E3 sedang berlansung.

Tetapi maklumat bocor itu tidak memberi perincian demo ini. Adakah demo untuk mereka di rumah sama seperti dengan demo yang berada di acara E3? Barangkali demo ini sama seperti yang kita pernah lihat sebelum ini; iaitu di peringkat awal permainan ketika Cloud dan Barret cuba memusnahkan reaktor Shinra di Midgard.

Tetapi kita harus ingat maklumat bocor ini mungkin tidak tepat. Walaupun Square Enix ada mengatakan lebih banyak maklumat berkenaan game ini bakal dikongsi bulan Jun nanti, mereka tidak mengatakan secara spesifik tentang apa-apa demo.

E3 kali ini juga dijangkakan dapat menjawab banyak persoalan tentang Final Fantasy 7 Remake. Sebagai contoh, Square Enix baru-baru ini mengesahkan tentang game ini mengandungi beberapa bahagian dan ketika ini tidak diketahui berapa bahagian ianya bakal dibahagikan. Daripada maklumat bocor itu, demo game ini dikatakan terdapat 2 bahagian.

Apa pun, kita harus tunggu waktu pembentangan Square Enix di E3 nanti, pada 10 June jam 6:00pm, iaitu pada jam 9 pagi, 11 Jun waktu Malaysia.

Sumber: Gamerant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: barretcloudFinal Fantasy 7 Remakesquare enix
Previous Post

Cadangan Tariff Baru Cukai 25% Ke Atas Konsol oleh Trump

Next Post

Ketagihan Permainan Akan Dikelaskan sebagai Penyakit ‘Gaming Disorder’ Oleh WHO pada tahun 2022

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ketagihan Permainan Akan Dikelaskan sebagai Penyakit ‘Gaming Disorder’ Oleh WHO pada tahun 2022

Ketagihan Permainan Akan Dikelaskan sebagai Penyakit 'Gaming Disorder' Oleh WHO pada tahun 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd