Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SD Shin Kamen Rider Ranbu akan tersedia untuk Switch & PC pada 23 Mac 2023!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 11, 2023 - Updated on January 12, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Baru, Nintendo Switch, PC, Platformer, Tokusatsu
0 0
0
SD Shin Kamen Rider Ranbu akan tersedia untuk Switch & PC pada 23 Mac 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat tokusatsu dan siri Kamen Rider kerana Shin Kamen Rider Production Committee telah mengumumkan game baru yang bergenre side-scrolling beat ’em up iaitu SD Shin Kamen Rider Ranbu. Game ini akan tersedia untuk Nintendo Switch serta PC dan akan dikeluarkan pada 23 Mac 2023.

Menurut sumber, dalam game SD Shin Kamen Rider Ranbu, anda akan bermain sebagai Kamen Rider dan berlawan dengan organisasi jahat yang dipanggil sebagai SHOCKER. Selain itu, pemain mempunyai pelbagai variasi aksi untuk menggerakkan watak di dalam peta side-scrolling tersebut.

Pemain juga dapat meningkatkan keupayaan Kamen Rider dengan makanan, coin dan peralatan lencana yang boleh diperoleh melalui pertarungan. Yang paling menarik, watak yang anda mainkan boleh menjadi lebih kuat jika ia menanggalkan kot yang dipakai olehnya. Namun, perkara ini masih belum disahkan lagi. Maklumat lanjut tentang game ini akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Kalau kita ingat kembali, kali terakhir game Kamen Rider dikeluarkan ialah pada 29 Oktober 2020 iaitu Kamen Rider: Memory of Heroez. Dalam game tersebut, ia menggabungkan tiga siri Kamen Rider, iaitu Kamen Rider W, Kamen Rider OOO dan Kamen Rider Zero One.

Salah satu bandar tarikan pelancong, iaitu Sector City telah ditimpa bencana. Jadi ketiga-tiga Kamen Rider perlu berkerja sama untuk mencari “Professor Aida” kerana meraka percaya wanita misteri itu mempunyai kaitan mengenai bencana tersebut.

Jika kita lihat pada tajuk game, kita boleh jangkakan untuk memainkan watak daripada siri Shin Kamen Rider, tidak pasti sama ada akan ada watak Kamen Rider yang lain untuk di mainkan.

Untuk pengetahuan anda, Shin Kamen Rider ialah sebuah filem superhero Jepun yang terbaru berdasarkan siri TV Kamen Rider 1971. Ia diumumkan sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-50 Kamen Rider dan dijangkakan akan ditayangkan pada bulan Mac tahun ini.

Sekali lagi saya ingatkan, SD Shin Kamen Rider Ranbu akan tersedia untuk Nintendo Switch dan PC pada 23 Mac 2023. Kami akan kemas kini maklumat selepas mendapat info lanjut.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Kamen Rider daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gamekamen riderSD Shin Kamen Rider RanbuShin Kamen Rider
Previous Post

Siapakah Soul King? Kisah “Tuhan Sebenar” di dalam dunia Bleach!

Next Post

Alice In Borderland: Perbezaan Antara Manga Dan Siri Live Action!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Alice In Borderland: Perbezaan Antara Manga Dan Siri Live Action!

Alice In Borderland: Perbezaan Antara Manga Dan Siri Live Action!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd