Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

League of Legends: Panduan Season 2023 – info lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2023
in Artikel, Berita, MOBA, PC, Senarai
0 0
0
League of Legends: Panduan Season 2023 – info lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Riot Games secara rasminya memulakan League of Legends Season 2023 dengan video khas yang menunjukkan kandungan akan datang dalam game utama dan pada bahagian Esports – yang turut berfungsi sebagai pusat info untuk menjelaskan tentang kandungan akan datang pada tahun ini.

Di sini pasukan LoL membincangkan tentang Ahri ASU (Art and Sustainability Update), Aurelion Sol CGU (Comprehensive Gameplay Update), Mid-Year Ranked Reset, roadmap untuk Champion 2023 dan banyak lagi. Pada masa yang sama, League of Legends Esports mengumumkan acara kompetitif serba baharu, Season Kickoff, untuk meraikan permulaan Season 2023, yang akan bermula pada 10 Januari.

Berikut adalah rumusan:

Permulaan Season 2023

Musim Ranked telah bermula secara rasmi! Selesaikan misi Ranked dan dapatkan ganjaran berikut:

  • 2 peti Hextech dan kunci
  • 6 icon
  • Precision Icon
    • Domination Icon
    • Sorcery Icon
    • Resolve Icon
    • Inspiration Icon
    • Rune Book Icon
  • 3000 Blue Essence
  • 8 Champion shard
    • Yasuo
    • Zed
    • Sejuani
    • Pantheon
    • Wukong
    • Aatrox
    • Yorick
    • Katrina
  • Season 2023 Kickoff Icon dan Season 2023 Icon
  • Skin Mark Maker Ward

Champion 2023

Ahri ASU tiba! Nantikan kemas kini tentang base, skin, VFX, dan splash unik. Pemain juga boleh menantikan lebih banyak kemas kini mid-scope untuk menyegarkan fantasi gameplay Champion yang lebih lama dan untuk memodenkan senarai keseluruhan roster.

Just a little more tempting… Ahri's new look is now on PBE. 🔮 pic.twitter.com/W7CO2HsbU9

— League of Legends (@LeagueOfLegends) January 7, 2023

Pemain Aurelion Sol boleh mengharapkan kit abiliti yang dikemas kini sepenuhnya dalam CGU serba baharu. Berikut adalah perubahan baru Aurelion Sol:

  • Passive – Cosmic Creator
    • Abiliti yang melakukan damage memberikan Stardust, lantas meningkatkan kekuatan abilitinya secara kekal. Setiap bonus bagi abiliti disenaraikan dalam bahagian masing-masing.
  • Q – Breath of Light
    • Salurkan ke arah kursor selama beberapa saat, lalu membuat damage pada musuh pertama manakala splash damage berkurangan pada musuh berdekatan. Setiap kali musuh terkena abiliti ini selama 1 saat, Breath of Light memberikan damage tambahan. Burst damage pada musuh Champion akan memberikan Stardust.
    • Breath of Light memberi damage tambahan kepada Champion dan jaraknya meningkat mengikut level Aurelion Sol.
    • Stardust meningkatkan burst damage.
  • W – Astral Flight
    • Aurelion Sol terbang melintasi objek ke arah sasaran, tetapi didedahkan melalui Fog of War kepada musuh berdekatan semasa terbang. Aurelion Sol boleh menggunakan abiliti lain semasa terbang. Pada masa ini, Breath of Light tidak mempunyai tempoh cooldown atau tempoh saluran maksimum dan melakukan damage tambahan.
    • Tempoh cooldown Astral Flight dikurangkan apabila musuh Champion yang diserang oleh Aurelion Sol baru-baru ini mati.
    • Stardust meningkatkan jarak maksimum Astral Flight.
  • E – Singularity
    • Menyeru lubang hitam selama beberapa saat, lakukan damage pada musuh dan perlahan-lahan menariknya ke pusat. Singularity memberikan Stardust sesaat untuk setiap musuh Champion di dalam lubang hitam.
    • Pusat lubang hitam membunuh musuh di bawah peratusan kesihatan maksimum mereka, dan memperoleh Stardust berdasarkan jenis musuh yang dibunuh.
    • Stardust meningkatkan saiz Singularity (termasuk zon tengah) dan jarak pembunuhan.
  • R – Falling Star / The Skies Descend
  • Falling Star: Hempaskan bintang ke bumi, memberikan magic damage dan stun musuh yang terkena. Falling Star memberikan Stardust untuk setiap serangan yang terkena musuh Champion.
    • Stardust meningkatkan saiz Falling Star. Mengumpul 75 Stardust mengubah Falling Star kepada The Skies Descend.
  • The Skies Descend: Menyeru bintang gergasi turun dari langit, meningkatkan saiz zon hentaman dengan drastik, meningkatkan damage yang dilakukan dan knock-up musuh berbanding stun mereka. Gelombang besar akan merebak daripada pinggir zon hentaman, sambil melakukan damage dan memperlahankan musuh Champion yang terkena.
    • Stardust meningkatkan saiz zon hentaman.

Pada tahun ini, dua Champion akan ditambah. Seorang bernama Milio adalah seorang enchanter lelaki dari Ixtal, manakala seorang lagi bernama Naafiri, dan merupakan midlane assassin kaum Darkin.

Skin dalam 2023

Pada tahun 2023, Kalista, Aurelion Sol, Ivern dan Kled akan menerima skin baru! Tema skin akan datang pada tahun 2023 termasuk barisan Faerie Realms baharu dan barisan Cats vs. Dogs kegemaran peminat. Untuk acara pertama pada tahun baru, Lunar Gods dan Mythmakers turun ke Rift. Jadi nantikan skin berikut dalam update 13.1 dan 13.2:

  • Lunar Empress Ashe
  • Lunar Guardian Kha’Zix
  • Lunar Empress Qiyana
  • Lunar Guardian Malphite
  • Lunar Emperor Thresh
  • Mythmaker Galio
  • Mythmaker Garen
  • Mythmaker Irelia (Legendary)
  • Mythmaker Sivir
  • Mythmaker Zyra
  • Prestige Mythmaker Sivir
  • Prestige Porcelain Lissandra

Prestige Porcelain Lissandra
Lunar Guardian Thresh
Lunar Guardian Malphite
Lunar Guardian Kha_Zix
Lunar Empress Qiyana
Lunar Empress Ashe

Mythmaker Galio
Prestige Mythmaker Sivir
Mythmaker Sivir
Mythmaker Zyra
Mythmaker Irelia
Mythmaker Garen

Ranked 2023

Mulai tahun ini, LoL akan mempunyai Ranked Split dan Ranked Reset di antaranya, dengan ganjaran untuk diperolehi, dalam usaha untuk membawa LoL ke jangkaan zaman moden dan untuk menangani isu tekanan semasa perlawanan atau penurunan pangkat di tengah-tengah tahun.

Ranked Reset: Apabila Split 2 untuk musim Ranked bermula, reset itu tidak seberat seperti bulan Januari memandangkan permainan tidak akan berubah secara mendadak. Ini untuk menjamin pemain memperoleh semula rank mereka pada tahap yang sama. Reset semasa Pertengahan Tahun juga menjadi kurang penting jika pemain tidak bermain banyak permainan sejak Januari.

Ganjaran: Pemain kini boleh memperoleh ganjaran ranked penuh pada setiap Ranked Split, termasuk ikon & emote, Ranked border dan Ranked skin. Ini bermakna akan ada dua skin untuk Ranked tahun ini, serta beberapa ganjaran tambahan.

Di samping itu, pemain tidak lagi perlu mencapai keperluan ranke Emas untuk memperoleh skin Ranked dan sebaliknya boleh memperolehnya berdasarkan jumlah permainan Ranked bergantung kepada Rank yang dicapai.

Chromas masih akan diberikan berdasarkan rank terakhir anda di penghujung Split.

Acara di permulaan Musim

Dari 10-11 Januari, LCS, LEC, LCK, LPL, LJL, CBLOL, LLA, PCS dan VCS akan menganjurkan acara siaran khas dua hari yang menampilkan isi untuk musim 2023 dan menyenaraikan pemain LoL Esports untuk dilihat pada tahun ini.

Semua pasukan pro dalam setiap liga akan menghantar pemain untuk bersaing dalam acara Kickoff. Terpulang kepada setiap rantau untuk menentukan cara pasukan dirangka, jadi anda mungkin melihat kaedah yang berbeza dalam LCS berbanding PCS. Game ini akan menjadi best-of-3 di Summoner’s Rift tanpa sekatan pada Champion atau ulangan. Setiap pasukan pro yang diwakili dalam pasukan yang menang dapat mencipta emote dengan pereka kami untuk ditambahkan ke dalam League of Legends.

Acara Kickoff akan menggantikan Acara All-Star League of Legends. Walaupun All-Stars telah menyediakan pemain dan peminat dengan detik-detik istimewa yang tidak terkira banyaknya selama ini, kalendar semasa boleh mencabar ramai pemain All-Star. Menggantikan All-Stars dengan acara Kickoff Musim menyediakan rehat yang sangat wajar untuk pemain pro dan platform baharu yang menarik untuk peminat – yang akan menambah pertandingan dan perayaan tempatan.

Untuk maklumat lengkap tentang League of Legends 2023 dan LoL Esports, sila layari leagueoflegends.com dan lolesports.com

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: League of legendsMOBAPCRiot Games
Previous Post

Joker mengandung! Musuh sejati Batman ada anak – kejutan dunia komik!

Next Post

Game RPG Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation – Quest of Memories diumumkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!
Acara

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!

May 13, 2025
Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!
Berita

Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

May 13, 2025
Game Masak Co-op ‘SEDAP! A Culinary Adventure’ Akan Datang 22 Mei, Menyokong Bahasa Melayu
Berita

Game Masak Co-op ‘SEDAP! A Culinary Adventure’ Akan Datang 22 Mei, Menyokong Bahasa Melayu

May 13, 2025
Next Post
Game RPG Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation – Quest of Memories diumumkan!

Game RPG Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation - Quest of Memories diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd