Overkill Software telah mendedahkan visual awal untuk game terbaru mereka, iaitu Payday 3 yang akan dikeluarkan untuk konsol dan PC tahun ini. Bersama-sama dengan logo yang didedahkan, mereka juga telah menyediakan halaman kedai Steam untuk memudahkan peminat menambah ke senarai Wishlist mereka dan mungkin butiran lanjut game ini akan diberikan dalam masa terdekat.

Trilogi game ini bermula dengan Payday: The Heist yang memperoleh review yang bercampur pada tahun 2011, namun Payday 2 berjaya meraih populariti dan menjadi genre co-op shooter kegamaran pemain sejak dikeluarkan.
Siri Payday meletakkan pemain sebagai krew rompakan yang mengandungi watak seperti Dallas, Chains, Hoxton dan Wolf di mana mereka memulakan kehidupan sebagai penjenayah dan perompak. Pemain harus bekerjasama untuk merancang dan melakukan pelbagai rompakan di lokasi yang berbeza, daripada rompakan bank kecil kepada rompakan kasino di Vegas. Disebabkan DLC mantap yang dikeluarkan untuk Payday 2, ia berjaya memastikan game ini kekal di pasaran selama lebih sedekad.

Berdasarkan trailer yang bertajuk “A New Criminal Dawn” itu, peminat dapat melihat logo baru untuk game ini serta reka bentuk monokrom yang ringkas dan bersih yang mengetepikan warna merah atau biru daripada tajuk sebelum ini. Video itu mengezum keluar dari pandangan bandar New York untuk mendedahkan krew yang sedang menghadap Jambatan Brooklyn. Trailer itu juga telah mengisytiharkan bahawa “ini adalah tahun Payday 3” sekali gus memastikan game ini akan keluar tahun ini.
Hanya beberapa butiran mengenai game telah didedahkan setakat ini, seperti bandar New York yang berteknologi moden. Payday 3 akan memfokuskan kepada semua jenis teknologi dan konsep seperti mata wang kripto dan pengawasan besar-besaran yang boleh memberi impak besar pada game ini. Selain itu, saya harap mereka menambah alat baru yang mampu memberi pemain pilihan menarik semasa sesi bermain mereka.
Anda boleh tonton video trailer di bawah:
Payday 3 akan beralih kepada Unreal Engine dan bukan lagi dibangun menggunakan enjin Grin seperti game sebelum ini untuk memberikan visual menarik dan menambah kehidupan dalam bandar New York.
Pasti ramai diantara anda tidak sabar untuk bermain game ini. Setakat ini masih belum disahkan melalui konsol apa Payday 3 akan dikeluarkan tetapi ia akan tersedia untuk PC melalui Steam, anda boleh menambah ke Wishlist sekarang.
Untuk banyak lagi liputan menarik tentang game, ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post