Haritu kita dengar akan Dark Souls di Remastered. Dan kita dengar lagi akan port out Dark Souls Remastered ke Nintendo Switch, tapi, kali ni, dengar pulak yang Dark Souls Remastered Nintendo Switch, ditunda. Kenapa eh? Jom, ikut aku dalam entri ni.
Bandai Namco umumkan tentang penundaan Dark Souls Remastered ke Nintendo Switch. Yang dikatakan sebelum ini, akan dilancarkan pada Mei 25. Untuk tarikh baru yang pasti, belum diperolehi, tetapi, dengar khabar, game ni akan dilancarkan pada Summer nanti. Amiibo Solaire of Astora jugak akan dikeluarkan sekali bersama gamenya Summer nanti.
Menurut Bandai Namco, tarikh yang baru akan memberikan Developer masa yang cukup untuk memastikan pemain Nintendo Switch akan menghargai bermain Dark Souls yang sebenar setiap masa, di mana sahaja, terima kasih kepada ciri Nintendo Switch yang portable.
Untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga versi PC, akan dikeluarkan pada 25 Mei ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post