Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Goat Simulator 3 Review — Pengalaman Menjadi Kambing Paling “Cool”

Maira by Maira
December 15, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
Goat Simulator 3 Review — Pengalaman Menjadi Kambing Paling “Cool”
Share on FacebookShare on Twitter

Kami telah berikan pandangan pertama kami mengenai game Goat Simulator 3, kali ini tiba masa untuk review penuh pula. Setelah habiskan masa hampir 6 jam dalam game ini, banyak juga benda menarik lain yang tersedia. Belum lagi cerita tentang segala misi-misinya yang agak huru-hara. Tanpa membuang masa, inilah review penuh kami untuk Goat Simulator 3! Terima kasih banyak-banyak kepada Epicsoft Asia kerana memberi peluang kepada kami untuk bermainnya!

Untuk anda yang tidak mengetahui tentang game ini, ia merupakan sebuah game sandbox di mana watak anda ialah seekor kambing. Tiada penceritaan khas yang ada jadi, anda bebas untuk melakukan apa sahaja dalam dunia tersebut.

Awal game dimulakan dengan sedikit pengenalan ringkas sebelum anda memulakan pengembaraan di Meadows Ranch. Daripada situ, anda diperkenalkan dengan Goat Tower yang berfungsi seperti teleporter. Jadi nasihat kami untuk anda yang nak main, silalah aktifkan kesemua Goat Tower. Senang untuk anda melihat segala misi yang tersedia malah senang untuk pergi ke bandar-bandar lain.

Dalam Goat Tower itu, anda akan diperkenalkan pula dengan Goat Castle. Anda boleh mendapatkan pelbagai ganjaran di sini. Tetapi dengan syarat anda perlu mengumpulkan “Illuminati point” dan membuka rantai di sebuah pintu gerbang besar. Goat Castle juga akan lebih besar dan anda akan menjumpai bilik-bilik mengikut misi yang telah dilakukan. Ada satu kejutan menanti selepas anda membuka pintu gergasi tersebut.

Kalau anda bosan dengan rupa kambing anda, boleh sahaja anda ubah menggunakan “wardrobe” dalam game. Hampir setiap bahagian badan boleh diubah suai seperti kepala, badan, bahagian belakang, kaki, bulu dan juga tanduk. Kalau anda ingin jadi makhluk lain pun boleh kalau tidak mahu jadi kambing.

Anda juga boleh mendapatkan beberapa aksesori melalui misi ataupun kedai dengan menggunakan “karma”. Jadi, lebih banyak pilihan yang anda boleh pilih untuk dipadankan. Dengan rupa baru, sudah tentu anda boleh menarik hati penduduk di bandar.

Bercerita tentang misi pula, kebanyakannya agak mudah untuk diselesaikan. Tetapi ada juga yang agak memakan masa. Sebagai contoh, anda perlu mencari dan mengumpul 40 bungkusan penghantaran. Kami habiskan masa hampir sejam ulang-alik di seluruh bandar itu. Sabar sahajalah. Ada juga misi yang boleh dikatakan parodi kepada dunia sebenar. Kalau ingin tahu, kenalah main game ini.

Terdapat juga pelbagai minigame yang tersedia tetapi hanya boleh diakses melalui multiplayer secara lokal ataupun dalam talian. Disebabkan kami tidak dapat main dalam talian, kami membuat keputusan untuk main secara lokal. Skrin anda akan terbahagi kepada dua semasa main lokal. Masa inilah untuk buat onar kepada kawan anda semasa bermain.

Walaupun ia tiada ray-tracing, ia masih lagi memberikan grafik yang baik dan sesuai sangat dengan game tersebut. Kami telah menggunakan tetapan paling tinggi iaitu “Epic” sepanjang bermain Goat Simulator 3. Suasana dalam game memang cantik, sambil anda membuat huru-hara di mana-mana sahaja.

Animasinya bagi kami biasa-biasa sahaja. Ia tidak begitu sama dengan pergerakan kambing sebenar, lebih-lebih lagi untuk bergerak ke kiri dan ke kanan. Memang pelik sedikit mengenainya. Tetapi komedi merupakan elemen penting game ini. Jadi memang ia sesuai sangat dengan mood game tersebut.

Hitbox untuk game ini memang pelik. Bayangkan anda hanya ingin mengambil basikal di tepi jalan, tiba-tiba terpelanting hingga ke hujung dunia. Tetapi ia agak berfungsi juga, alang-alang kami ingin pergi ke tempat yang jauh. Sesat pun ada juga. Nasib baik ada peta, teleport sahaja ke Goat Tower terdekat. Kami juga ada terlanggar kerusi untuk persembahan, siap ada orang berdiri atasnya. Walaupun kerusi tersebut dilanggar, orang itu masih lagi terapung di udara.

Selain daripada masalah hitbox, kami ada juga kena teleport secara tiba-tiba semasa menyesuaikan rupa kambing kami. Ia sangat tiba-tiba, sampai kami pun pelik dengan apa yang terjadi. Tetapi rasanya ia bug yang tersengaja, kerana itu kali pertama dan terakhir kami terkena begitu semasa di menu penyesuaian. Selebihnya, game berjalan dengan sangat lancar dan baik.

Akhir kata, Goat Simulator 3 bagi kami ia menyeronokkan dan sesuai untuk dimainkan beramai-ramai. Kalau anda jenis yang suka buat huru-hara, memang kami syorkan anda untuk bermain Goat Simulator 3 ini. Paling penting, jangan lupa untuk “baa” kepada orang sekeliling.

Kalau anda berminat untuk membeli game ini, boleh lawati laman web rasmi game! Untuk membaca review terbaru daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Goat Simulator 3

7 Score

PROS

  • Sebuah game sandbox yang seronok dimainkan
  • Prestasi game yang stabil walaupun bermain secara lokal

CONS

  • Hitbox yang pelik
  • Susah untuk mencari pemain untuk bermain online

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Goat Simulator 3review
Previous Post

Scream 6 akan tiba 9 Mac 2023 di Malaysia – Ghostface kembali!

Next Post

[Review] PGA Tour 2K23 – Game sukan golf yang mesra beginner!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post
[Review] PGA Tour 2K23 – Game sukan golf yang mesra beginner!

[Review] PGA Tour 2K23 - Game sukan golf yang mesra beginner!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd