Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Scream 6 akan tiba 9 Mac 2023 di Malaysia – Ghostface kembali!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 15, 2022 - Updated on April 10, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Scream 6 akan tiba 9 Mac 2023 di Malaysia – Ghostface kembali!
Share on FacebookShare on Twitter

[UPDATE]

Filem Scream 6 nampaknya tiada tayangan di Malaysia. Sehingga sekarang tiada maklumat lanjut mengenainya.


[Petikan artikel asal]

United International Pictures Malaysia secara rasminya mengumumkan filem sekuel “horror slasher” Scream 6 akan ditayangkan di Malaysia pada 9 Mac 2023. Bersama pengumuman itu, mereka turut mengeluarkan teaser trailer pertama yang korang boleh tonton di bawah:

Trailer bermula dengan tajuk Scream 6  (yang memberi penghormatan kepada Scream 4) dan mendedahkan bahawa filem kali ini akan berlangsung di New York City pada malam Halloween. Adik beradik, Samantha dan Tara Carpenter memasuki kereta api dan mendapati semua orang memakai kostum seram berdasarkan filem popular untuk meraikan Halloween. Tetapi secara tiba-tiba, mereka kini diburu oleh “Ghostface”.

Berikut adalah sinopsis:

“Berikutan pembunuhan bersiri Ghostface, empat mangsa yang terselamat berjaya meninggalkan Woodsboro dan memulakan kehidupan baharu di mana adik beradik Samantha dan Tara Carpenter dan kembar Chad dan Mindy Meeks, telah meninggalkan Woodsboro untuk memulakan babak baharu di New York City. Malangnya, mereka sekali lagi diganggu oleh siri pembunuhan yang dilakukan oleh Ghostface baru.

Scream 6 diarahkan oleh Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett, ditulis oleh James Vanderbilt dan Guy Busick, manakala penulis dan pencipta francais asal Kevin Williamson kembali sebagai penerbit eksekutif.

Senarai pelakon:

  • Courteney Cox sebagai Gale Weathers – mangsa yang terselamat daripada pembunuhan bersiri Ghostface
  • Melissa Barrera sebagai Sam Carpenter, anak tidak sah kepada Billy Loomis
  • Jenna Ortega sebagai Tara Carpenter, kakak tiri Sam
  • Hayden Panettiere sebagai Kirby Reed, mangsa yang terselamat daripada pembunuhan bersiri Ghostface
  • Jasmin Savoy Brown sebagai Mindy Meeks-Martin, anak buah kepada Randy dan kembar kepada Chad
  • Mason Gooding sebagai Chad Meeks-Martin, anak buah Randy dan kembar Mindy
  • Roger L. Jackson sebagai suara Ghostface

Sekali lagi saya ulang, Scream 6 akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 9 Mac 2023. Untuk segala liputan kami tentang berita filem terkini, sila tekan pautan ini.

Tags: filemScream 6Seram
Previous Post

Hogwarts Legacy Gameplay didedahkan, pemain boleh gunakan Hippogriff & Avada Kedavra!

Next Post

Goat Simulator 3 Review — Pengalaman Menjadi Kambing Paling “Cool”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Goat Simulator 3 Review — Pengalaman Menjadi Kambing Paling “Cool”

Goat Simulator 3 Review -- Pengalaman Menjadi Kambing Paling "Cool"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd