Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] PGA Tour 2K23 – Game sukan golf yang mesra beginner!

safwan by safwan
December 15, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] PGA Tour 2K23 – Game sukan golf yang mesra beginner!
Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan pada 11 Oktober 2022, PGA Tour 2K23 adalah ansuran seterusnya dalam francais PGA Tour di mana ia adalah game sukan golf yang realistik dan agak popular bagi peminat golf. Tetapi adakah ia sangat sesuai untuk dimainkan oleh peminat yang ingin berjinak-jinak dengan sukan golf?

Untuk mengetahui jawapannya, jom baca review PGA Tour 2K23 ini.

Mudah untuk beginner

Sebagai permulaan, game ini akan memberikan anda pilihan untuk memilih tahap kesukaran dengan menyediakan banyak tutorial termasuk mengajar teknik asas swinging, slicing dan bermacam-macam lagi. Mereka juga memberikan arahan untuk mengikut langkah demi langkap seperti mengawal bawal seperti putaran, menukar sudut dan banyak lagi.

Di dalam game ini, mereka juga menyediakan mode practice di mana anda boleh mencuba pelbagai skill yang disediakan dan kebanyakan skill itu adalah sangat susah jika ingin mahir dalam masa singkat. Di dalam mode practice, terdapat beberapa jarak yang berbeza untuk anda berlatih dan ia juga menampilkan Approach dan Putter untuk membantu para beginner seperti saya untuk memukul bola ke dalam lubang.

Bagi mode TopGolf, ia sangat sesuai kepada sesiapa yang ingin mencuba atau berlatih skill kerana mode ini boleh dimainkan bersama rakan-rakan di mana pemain perlu memukul bola ke kawasan yang ditetapkan pada setiap padang. Setiap kawasan mempunyai skor yang berbeza dan setiap pukulan pula mempunyai beberapa kawasan yang boleh menggandakan skor. Sesiapa yang mempunyai skor paling tinggi selepas 10 pukulan adalah pemenang.

Dalam mode ini, anda boleh mengelak daripada memilih padang, cerun dan lain-lain. Dengan ini, anda boleh fokus kepada pemilihan Club dan jarak hayunan lalu memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pemain baharu.

Disebabkan saya tidak pernah ambil tahu tentang golf, saya mulakan game ini dengan bermain pada tahap kesukaran “Beginner” di mana semua kandungan tambahan yang ditunjukkan dan terdapat beberapa fungsi yang akan ditetapkan secara automatik. Walau bagaimanapun, anda masih perlu menetapkan beberapa fungsi lain secara manual seperti kelajuan, arah angin dan cerun.

Apabila telah biasa dengan mode Beginner, anda boleh tukar tahap kesukaran yang lain di mana terdapat beberapa kandungan tambahan yang akan hilang dan secara tidak langsung memberikan cabaran dalam gameplay.

Mode Career

Setiap game sukan seperti PGA Tour 2K23, sudah pasti adanya mode career di mana pemain mencipta watak dan berkembang menjadi superstar golf dengan menyertai pelbagai kejohanan. Watak yang telah siap direka juga boleh diubah suai pada bila-bila masa. Dengan adanya battle pass, anda akan mempunyai lebih banyak pilihan seperti pakaian, skin club dan bermacam-macam lagi.

Selain itu, watak juga boleh dipertingkatkan atributnya mengikut jenis pukulan yang anda suka. Namun, untuk meningkatkan atribut, anda perlu menaikkan level watak terlebih dahulu bagi mendapatkan mata.

Dalam mode career ini, mereka telah menyediakan beberapa kejohanan seperti kejohanan yang berada di dunia sebenar seperti “18 hole golf” yang menampilkan ukuran dan ulasan professional secara langsung. Jika dibandingkan dengan versi 2K21, mode career kali ini lebih bebas di mana anda diberi peluang untuk menyertai mana-mana kejohanan dan besar kemungkinan anda akan jumpa pemain golf sebenar.

Kos Golf boleh diubah suai

Permainan ini membolehkan anda membuat padang golf impian anda, bagaimana perincian semua trek diletakkan, dibentangkan, ketinggian rupa bumi, dsb., boleh disesuaikan oleh pemain. Dengan sokongan merentas platform, anda juga boleh berkongsi ciptaan anda dengan dunia untuk permainan dalam talian dan tempatan.

Walau bagaimanapun, bagi pendatang baru, Padang golf tersuai sebenarnya tidak begitu penting kerana anda sama sekali tidak tahu apa yang perlu anda lakukan, elemen mana yang sangat penting untuk padang dan mana yang tidak. Dalam mod ini, anda hanya akan memuat turun padang golf pemain lain untuk merasai pengalaman! Tetapi bagi mereka yang bermain golf dari semasa ke semasa, keupayaan untuk menyesuaikan fairway harus menjadi pengalaman yang hebat.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, PGA Tour 2K23 adalah game golf yang sangat “beginner friendly” kerana menyediakan pelbagai kandungan tambahan untuk pemain baharu seperti saya. Mode practice yang sangat membantu dan sangat mudah dapat memberikan pengalaman yang baik kepada pemain baru. Jika anda baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia sukan golf, saya sememangnya menyarankan anda untuk dapatkan PGA Tour 2K23.

PGA Tour 2K23 kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, filem dan banyak lagi, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PGA TOUR 2K23
Previous Post

Goat Simulator 3 Review — Pengalaman Menjadi Kambing Paling “Cool”

Next Post

JoJo’s Bizarre Adventure Part 9: JOJOLands akan bermula Februari 2023

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
JoJo’s Bizarre Adventure Part 9: JOJOLands akan bermula Februari 2023

JoJo’s Bizarre Adventure Part 9: JOJOLands akan bermula Februari 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd