Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NVIDIA GeForce Now rasmi akan hadir di Malaysia melalui YES 5G!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 7, 2022
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
NVIDIA GeForce Now rasmi akan hadir di Malaysia melalui YES 5G!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, YES 5G telah membuat kenyataan bahawa mereka adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang akan menawarkan perkidmatan 5G kepada pengguna. Kini, syarikat tersebut telah mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjasama bersama NVIDIA untuk membawa perkhidmatan cloud gaming GeForce Now ke Malaysia.

GeForce Now sudah boleh diakses oleh pemain di Malaysia, tetapi perkidmatan tersebut masih belum ditawarkan oleh syarikat tempatan. Sebaliknya, perkhidmatan itu hanya boleh diperoleh daripada syarikat telekomunikasi Singapura iaitu StarHub. Ini bermakna anda bukan sahaja perlu membayar langganan GeForce Now dalam Dolar Singapura tetapi anda juga akan bermain melalui server daripada Singapura.

Menurut laman web GeForce Now US, perkhidmatan ini kini menyokong lebih 1,000 game daripada pelbagai pembangun dan penerbit. Termasuk juga lebih 100 game percuma untuk dimainkan seperti Genshin Impact dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, anda harus memiliki dahulu game yang perlu dibayar sebelum anda memainkannya melalui GeForce Now.

Walaupun YTL sudah memberi pengesahan rasmi, namun mereka tidak memberi pendedahan tentang tarikh pelancaran untuk GeForce Now Malaysia. Jika anda layari laman web GeForce Now oleh YES, anda akan diminta untuk mendaftar dahulu.

Tambahan pula, kami masih tidak nampak server Malaysia di halaman status GeForce Now ketika artikel ini ditulis. Namun, anda masih boleh mendaftar di laman web GeForce Now yang dikuasakan oleh YES.

Borang untuk pendaftaran juga ada menyatakan bahawa pelanggan YES akan mendapat akses untuk “ciri cloud gaming eksklusif”, tetapi YTL tidak memberi sebarang penjelasan lanjut tentangnya. Oleh itu, anda boleh jangkakan butiran lanjut mengenai perkhidmatan ini akan didedahkan oleh syarikat telekomunikasi tersebut tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan anda, NVIDIA GeForce Now pada asasnya ialah perkhidmatan penstriman di mana pemain boleh mengakses komputer maya dan menggunakannya untuk memasang dan bermain game kegemaran mereka. Ini bermakna, secara teknikal, anda tidak memerlukan pekakasan gaming-grade untuk bermain game. Ini kerana anda boleh bermain game melalui laptop, smartphone atau smart TV terpilih.

Sekali lagi saya ingatkan kepada anda, tarikh rasmi pelancaran perkhidmatan NVIDIA GeForce Now di Malaysia masih belum didedahkan lagi. Namun, jika anda berminat untuk mendaftar, boleh tekan pautan di sini.

Jadi sudahkan anda bersedia untuk bermain game kegemaran anda di mana-mana sahaja dengan menggunakan NVIDIA GeForce Now? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Untuk sebarang liputan tentang Geforce Now, boleh tekan di sini.

Tags: geforcenvidiaNVIDIA GeForce NOWYES 5GYTL
Previous Post

Ubisoft kenalkan ‘Fair Play Program’, alat baru untuk membendung gamer toksik

Next Post

Hot Wheels tambah Proton Saga kepada koleksi rasmi, kereta nasional pertama Malaysia!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Hot Wheels tambah Proton Saga kepada koleksi rasmi, kereta nasional pertama Malaysia!

Hot Wheels tambah Proton Saga kepada koleksi rasmi, kereta nasional pertama Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd