Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Indiana Jones and the Dial of Destiny bakal tiba di pawagam Malaysia pada Jun 2023!

safwan by safwan
December 2, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Indiana Jones and the Dial of Destiny bakal tiba di pawagam Malaysia pada Jun 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan acara Comic Con Experience 2022 (CCXP) di Brazil, Lucasfilm telah mendedahkan trailer pertama untuk ansuran terbaru Indiana Jones selepas 15 tahun iaitu Indiana Jones and the Dial of Destiny. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh pawagam Malaysia pada 30 Jun 2023!

Melalui trailer yang didedahkan, kita boleh lihat ramai pelakon yang kembali memagang watak mereka dan ada juga watak baru ditampilkan. Turut bersama Harrison Ford dalam Indiana Jones and the Dial of Destiny ialah Phoebe Waller-Bridge, Antonio Banderas, John Rhys-Davies, Shaunette Renee Wilson, Thomas Kretschmann, Toby Jones, Boyd Holbrook, Oliver Richters, Ethan Isidore dan Mads Mikkelsen.

Trailer tersebut bermula dengan dialog “I miss the desert, I miss the sea and I miss wake up every morning” di mana kita telah ditunjukkan dengan adegan kejar-mengejar, Professor Jones yang sedang berjalan di sebuah bandar (mungkin pergi ke institut) dan sebuah tengkorak yang berada di dalam air.

Dalam trailer ini juga, mereka mendedahkan yang Professor Jones sedang mengajar dengan paparan artifak bersejarah (mungkin Dial of Destiny) di hadapan kelas. Kita juga dapat melihat Jones bersama Helena sedang meneroka di bawah tanah.

Terdapat juga beberapa adegan flashback di mana Indiana Jones nampak mudah lebih daripada 10 tahun telah ditangkap dengan berpakaian seperti askar Nazi. Dan apa yang kami pasti adalah ini ialah Indiana Jones semasa Perang Dunia ke-2 di mana sebelum semua filem Indiana Jones berlaku.

Banyak lagi perkara yang didedahkan dalam trailer tersebut termasuk seorang yang tidak dikenal pasti sedang membuka kotak kayu yang mempunyai logo Nazi. Tidak pasti apa yang ada di dalam kotak itu, tetapi dengan reaksi muka yang ditunjukkan, kita boleh mengagak yang sesuatu yang agak berharga ada di dalam kotak tersebut.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Indiana Jones adalah satu francais di mana seorang lelaki yang bernama Dr. Henry Walton “Indiana” Jones Jr. mengembara satu dunia untuk mencari artifak yang berharga sebelum ia terjatuh pada tangan yang salah. Ini merupakan ansuran ke-5 dalam francais ini di mana filem pertama telah dikeluarkan pada tahun 1981 dengan tajuknya ialah Raiders of the Lost Ark.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Indiana Jones and Dial of Destiny akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada Jun 2023. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Harrison FordIndiana Jones 5Indiana Jones and the Dial of Destiny
Previous Post

Monster Hunter Rise akan tiba di PS5, Xbox Series, PS4 & Xbox One pada 20 Januari 2023!

Next Post

Guardians of the Galaxy Volume 3 akan keluar 5 Mei 2023, dedah rupa Adam Warlock!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Guardians of the Galaxy Volume 3 akan keluar 5 Mei 2023, dedah rupa Adam Warlock!

Guardians of the Galaxy Volume 3 akan keluar 5 Mei 2023, dedah rupa Adam Warlock!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd