Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Impak Tidak Seperti Manga” — Peminat Kecewa Dengan Kualiti Animasi Episod 9 My Hero Academia S6!

Maira by Maira
November 29, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
“Impak Tidak Seperti Manga” — Peminat Kecewa Dengan Kualiti Animasi Episod 9 My Hero Academia S6!
Share on FacebookShare on Twitter

Hujung minggu yang lalu, episod terbaru My Hero Academia Season 6 telah pun dilepaskan. Kalau anda ingin tahu, inilah episod yang dinantikan oleh ramai pembaca manga, memandangkan ia mempunyai aksi yang hebat ditambah pula dengan kesengitan pertarungan dengan Shigaraki dan hero-hero kita. Malang sekali, kualiti animasi episod My Hero Academia itu agak mengecewakan.

my hero academia

Sebelum kami mulakan, ada beberapa spoiler daripada episod 9 “Bakugo Rising”. Kalau anda tidak kisah dengan spoiler, teruskan membaca!

AMARAN! ADA SPOILER ANIME MY HERO ACADEMIA EPISOD 9!!

Seperti yang kami nyatakan di atas, episod 9 My Hero Academia mempunyai kualiti animasi yang mengecewakan. Terserlah sangat bahawa episod tersebut tidak mempunyai impak yang sama seperti manga. Kebanyakan adegan kelihatan tidak bertenaga malah tidak menyampaikan aksi dengan baik.

Sejak daripada mangan lagi, peminat tidak sabar untuk menonton adaptasinya. Jadi masuk akal kenapa mereka tidak berpuas hati dengannya. Mari kami tunjukkan beberapa contoh panel manga dan anime untuk perbandingan.

Walaupun kualitinya tidak memuaskan, ada beberapa perkara yang membuatkan peminat terima episod ini. Antaranya persembahan hebat daripada pelakon suara. Bukan setakat itu sahaja, kalau anda ada membaca manga My Hero Academia, semasa lagu ending dimainkan, ada easter egg daripada manga telah diletakkan. Walaupun ia telah dibocorkan beberapa hari sebelum tayangan, peminat masih gembira melihatnya.

my hero academia

Nampaknya Studio Bones perlu tingkatkan usaha mereka untuk episod yang akan datang kerana lebih banyak aksi hebat yang akan dipamerkan nanti. Peminat juga mengharapkan yang terbaik daripada syarikat animasi tersebut dan tahu bahawa mereka mampu menghasilkan animasi yang hebat, seperti yang ditunjukkan dalam anime Mob Psycho III.

Anda yang masih belum menonton musim terbaru My Hero Academia, boleh pergi ke platform penstriman seperti Bilibili atau Netflix untuk menontonnya. Kalau ingin membaca manga pula, anda boleh lawati laman web atau aplikasi MangaPlus.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai My Hero Academia daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Boku no Hero AcademiaMy Hero AcademiaMy Hero Academia Season 6Studio Bones
Previous Post

Kerana terlalu “toxic”, Dr Disrespect diban daripada bermain CoD: Warzone 2!

Next Post

PS Store “End of Year Deals” bermula! Lebih 500 game pada diskaun hingga 80%!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PS Store “End of Year Deals” bermula! Lebih 500 game pada diskaun hingga 80%!

PS Store "End of Year Deals" bermula! Lebih 500 game pada diskaun hingga 80%!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd