Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kerana terlalu “toxic”, Dr Disrespect diban daripada bermain CoD: Warzone 2!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 29, 2022
in Artikel, Berita, Game, Shooter, Streamer/influencer
0 0
0
Kerana terlalu “toxic”, Dr Disrespect diban daripada bermain CoD: Warzone 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai seorang streamer yang terkenal dengan mempunyai sifat kompetitif dan personaliti yang menarik, Dr Disrespect selalu dikritik kerana kerap melebih dengan trash-talk di dalam game seperti CoD: Modern Warfare 2 dan CoD: Warzone 2. Ini terbukti kerana streamer popular ini telah digantung selama tujuh hari daripada bermain CoD: Warzone 2 akibat menggunakan proximity chat secara berlebihan.

Untuk korang yang tidak tahu, proximity chat ialah ciri di dalam CoD: Modern Warfare 2 dengan tujuan untuk menyatu pemain dengan menggunakan fungsi voice chat. Ciri ini membolehkan pemain mendengar ahli skuad musuh jika mereka cukup dekat dan juga mampu mendengar perbualan antara mereka. Namun kerana pemain Call of Duty sangat kreatif, mereka menggunakan proximity chat untuk perkara lain juga.

Ketika live stream yang berlangsung pada 24 November lalu, Dr Disrespect telah mengumumkan bahawa dia diban daripada bermain game CoD: Warzone 2 selama tujuh hari kepada peminatnya kerana penggunaan proximity chat secara toxic.

Walaupun kerap bermain game ini semasa live stream, Dr Disrespect tidak pernah berhenti mengkritik CoD: Warzone 2, tidak kira mode DMZ yang baru dikeluarkan ataupun looting system. Walaubagaimanapun, dia mengaku bahawa dia sedar tindakannya sendiri yang membuatkan dia digantung daripada bermain game tersebut.

Kini, Dr Disrespect bermain CoD: Warzone 2 dengan menggunakan akaun alternatif.

Ini bukan akaun saya. Mereka ban akaun saya selama tujuh hari kerana menggunakan proximity chat. Percaya atau tidak. Jadi, saya bermain pada akaun alaternatif.

Disebabkan streamer Youtube dan Activision tidak mempunyai hubungan yang baik, Dr Disrespect tidak mendapat jemputan ke acara pencipta CoD: Warzone 2 menyebabkan dia berasa kecewa. Tetapi dia masih mengkritik Activision secara terbuka kerana membuatkan dia tidak dapat berhubung bersama pemain kerana penggantungannya.

Pada awal bulan November, Dr Disrespect telah berhenti dan uninstall CoD: Modern Warfare 2, dengan menyatakan bahawa dia tidak ingin bermain game itu buat selama-lamanya. Dia menyatakan beberapa kali tentang betapa teruknya Activision dan pembangun Call of Duty sambil menyelit tentang penggantungan tujuh hari yang berlaku sehari sebelum kejohanan yang menawarkan $100,000 bermula.

Walaupun kebanyakan peminatnya lebih memihak kepadanya, namun ada yang mula tertanya-tanya dan berfikir sama ada sudah tiba masanya untuk Dr Disrespect berundur dan memilih jalan yang lebih bagus.

Jadi apa pendapat korang tentang akaun CoD: Warzone 2 Dr Disrespect yang digantung selama tujuh hari akibat kelakuan yang toxic, adakah ia patut atau mereka tidak perlu layan dengan perangai streamer ini? Boleh kongsikan pendapat korang di ruangan komen di bawah.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Call of Duty: Warzone 2dr disrespectDr Disrespect ban
Previous Post

Guardian of the Galaxy Holiday Special – Mantis sebenarnya “sister” kepada Star Lord

Next Post

“Impak Tidak Seperti Manga” — Peminat Kecewa Dengan Kualiti Animasi Episod 9 My Hero Academia S6!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
“Impak Tidak Seperti Manga” — Peminat Kecewa Dengan Kualiti Animasi Episod 9 My Hero Academia S6!

"Impak Tidak Seperti Manga" -- Peminat Kecewa Dengan Kualiti Animasi Episod 9 My Hero Academia S6!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd