Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Aizen menyelamatkan Soul Society daripada Quincy, geng Shinigami tertewas

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 24, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: Aizen menyelamatkan Soul Society daripada Quincy, geng Shinigami tertewas
Share on FacebookShare on Twitter

Bleach: Thousand-Year Blood War telah mencapai klimaks untuk perang besar pertama antara Shinigami dan Quincy, di mana episod terbaru anime telah mendedahkan bagaimana Aizen Sosuke, secara tidak langsung, telah menyelamatkan Kurosaki Ichigo dan seluruh Soul Society.

Inilah rumusan Bleach TYBW episod 7! AMARAN SPOILER!

Pencerobohan askar Quincy di Soul Society terbukti sangat berjaya dengan kelebihan abiliti mencuri “Bankai”. Setiap Kapten sedar betapa kuatnya setiap askar elit Quincy sehingga Kapten Komander seluruh Gotei 13, Yamamoto Genryusai Shigekuni, terpaksa turun ke medan perang untuk menghadapi Raja Quincy, Yhwach.

Malangnya, kuasa Yamamoto pun tidak cukup dan dia tertewas lalu dibunuh oleh Yhwach.

Rupanya, matlamat sebenar Yhwach menceroboh Soul Society adalah untuk bercakap dengan Aizen supaya dapat merekrut penjahat tersebut ke Wandenreich. Semua ini berlaku semasa Yamamoto berlawan Yhwach palsu di mana versi sebenarnya melawat Aizen yang terkurung di markas First Division. Walaupun tawaran ini nampak bagus, Aizen tetap menolak dan Yhawch, tanpa perlu banyak cakap, telah beredar.

Apa yang kita tidak tahu adalah Aizen sebenarnya berjaya melakukan sesuatu tanpa disedari oleh Yhwach.

Di masa kini, kita dapat melihat seluruh askar Quincy menghancurkan Soul Society, sambil membunuh Shinigami yang masih hidup. Semasa melihat Soul Society terbakar dan runtuh di sekelilingnya, Yhwach mengisytiharkan bahawa zaman Shinigami sudah “tamat”.

Pada masa yang sama, Ichigo menemui Kuchiki Byakuya, Kapten Divisyen 6 yang berada dalam keadaan hampir mati selepas pertarungannya dengan As Nodt. Tahu dia tidak mempunyai banyak masa lagi, Byakuya mengakui dia tidak dapat menghentikan askar Quincy yang menceroboh Soul Society dan mengaku keputusannya telah mengakibatkan banyak kematian dan kesedihan. Sambil menitiskan air mata, Byakuya merayu kepada Ichigo untuk melindungi Soul Society.

Ichigo terus mara ke Yhwach.

Maka, bermulalah pertarungan Ichigo dan Yhwach, tetapi jelas sekali terdapat jurang kuasa yang besar antara mereka berdua. Pada satu tahap, leher Ichigo ditusuk oleh Pedang Reishi tetapi dia masih hidup berkat abiliti Blut Vene (abiliti hanya Quincy sahaja ada) yang membuatkan Raja Quincy mempersoalkan asal-usulnya. Di hujung pertarungan, antagonis itu memberitahu Ichigo bahawa dia tidak tahu kisah sebenar tentang dirinya atau ibunya sendiri, yang menyebabkan Ichigo mengingati Kurosaki Masaki.

Walaupun Ichigo dapat bertahan hingga ke penghujung, pertarungan ini mungkin boleh berakhir dengan lebih teruk sekiranya Aizen tidak membantu. Semasa Yhwach bercakap dengan Aizen, nampaknya Aizen berjaya mempengaruhi derianya.

Walaupun menegaskan mereka sepatutnya mempunyai masa yang cukup, Yhwach akhirnya sedar bahawa Aizen telah mengelirukan persepsinya tentang masa semasa mereka bercakap.

Ini bermakna dia dan askar Quincy lain telah kehabisan masa untuk beroperasi di Soul Society dan terpaksa berundur sebelum sempat menghabiskan pencerobohan. Sebagai tanda terakhir, Yhwach mematahkan pedang Ichigo lalu meninggalkan hero kita.

Apa pendapat anda tentang episod 7 Bleach: TYBW? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AizenanimebleachYhwach
Previous Post

“Football Festival” tiba di eFootball 2023, menampilkan Matthew Davies!

Next Post

Kenapa Batman tidak membunuh musuhnya? Rupanya Dark Knight ada 2 personaliti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Kenapa Batman tidak membunuh musuhnya? Rupanya Dark Knight ada 2 personaliti!

Kenapa Batman tidak membunuh musuhnya? Rupanya Dark Knight ada 2 personaliti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd