Rin Nohara dari siri Naruto memainkan peranan yang penting untuk jalan cerita anime ini. Kewujudan gadis ini telah mempengaruhi kedua-dua rakan sepasukannya iaitu Kakashi dan Obito untuk jangka masa yang lama dan sekali gus membangkitkan Mangekyo Sharingan mereka. Ia juga mempengaruhi siri Naruto dari segi plot sehingga menyebabkan peperangan dunia ninja yang ke-4. Walaupun begitu, tidak semua orang tahu tentang Rin Nohara kerana dia telah mati dan tidak ditampilkan dengan banyak dalam siri Naruto.
Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit pengenalan kepada anda mengenai Rin. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kenali Rin Nohara!
Latar belakang Rin

Rin menghabiskan masa kanak-kanaknya bermain dengan kawan rapat, iaitu Obito Uchiha, yang sentiasa menceriakannya setiap kali dia bergelut. Semasa hari upacara kemasukan mereka di Akademi Ninja, Rin hadir tepat pada masa manakala Obito pula tiba dengan lewat. Hal ini menyebabkan Kakashi menganggap Obito seorang yang tidak bertanggungjawab, tetapi Rin tidak berkata apa-apa lalu menyerahkan dokumen kemasukan kepada Obito.
Disebabkan Kakashi tamat pengajian awal daripada rakannya yang lain, Rin merupakan orang pertama yang mengucapkan tahniah kepadanya. Beberapa tahun selepas tamat pengajian di Akademi Ninja, Rin menyertai Team Minato yang diketuai oleh Minato Namikaze bersama kawan rapatnya, Obito serta Kakashi.

Semas perjumpaan pertama, Minato menugaskan Rin dan rakan sepasukannya untuk mengambil dua loceng daripadanya sebagai ujian terakhir mereka untuk menjadi genin. Mereka bermula secara individu sehinggalah Kakashi menegaskan bahawa mereka harus berkerjsama sebagai satu pasukan. Mereka berjaya mengambil loceng tersebut daripada Minato hasil daripada kerjasama antara mereka bertiga.
Ketika perang dunia ninja ke-3, Team Minato telah ditugaskan untuk memusnahkan Jambatan Kannabi. Namun, ketika misi itu dijalankan, Rin telah diculik oleh seorang shinobi daripada Iwagakure. Dia dipukau dengan genjutsu untuk mendedahkan maklumat tentang Konoha. Walau bagaimana pun, Rin terbukti kuat dan tidak patah semangat ketika di bawah kawalan genjutsu musuh.

Kakashi dan Obito segera datang untuk menyelamatkan Rin, walaupun mereka berjaya selamatkan. Separuh badan Obito telah dihimpap dengan batu yang dilalukan oleh shinobi daripada Iwagakure. Obito telah berjaya mengaktifkan Sharingan pada ketika itu lalu menyuruh Rin untuk memindahkan mata kirinya ke dalam mata kiri Kakashi sebagai hadiah kerana berjaya naik pangkat Jonin. Rin memulakan prosedur dan selepas beberapa ketika, Rin dan Kakshi terpaksa meninggalkan Obito kerana bantuan dari shinobi daripada Iwagakure telah tiba.
Selepas Kakashi pulih, mereka meneruskan misi untuk memusnahkan Jambatan Kannabi. Kali ini, Rin telah pergi bersama Kakashi dan Guy. Selepas selesai di jambatan tersebut, Rin telah diculik oleh Uchiha Madara dan dimasukkan Isobu atau Raksasa Ekor Tiga ke dalam badannya. Ini merupakan strategi Madara untuk memusnahkan kampung Konoha di mana seal tersebut akan terbuka sebaik sahaja Rin tiba di sana.

Tetapi selepas diselamatkan oleh Kakashi, mereka dikejar oleh Anbu Kirigakure. Rin telah menyuruh Kakashi untuk membunuhnya apabila dia sedar apa yang sudah terjadi padanya ketika diculik. Kakashi menolak permintaan Rin kerana dia telah berjanji dengan Obito untuk menjaganya tetapi Rin telah membuat keputusan untuk membunuh diri. Dia telah mati di tangan Kakashi.
Ability Rin
Rin bukanlah seorang ninja yang luar biasa, tetapi dia merupakan salah seorang ninja yang kuat dan boleh dipercayai. Dia mampu menahan daripada membocorkan maklumat walaupun sedang dipukau dengan genjutsu. Rin juga mahir dalam menggunakan taijutsu seperti yang dapat kita lihat ketika ujian mengambil loceng.

Selain itu, dia boleh menggunakan jutsu api, air dan transformasi yang. Dia pernah mengajar pertolongan cemas asas kepada rakan seopasukannya. Walaupun usianya masih muda, dia memiliki kemahiran cemerlang dalam jutsu perubatan seperti yang kita dapat lihat ketika dia memindahkan mata Obito ke dalam mata Kakashi. Dia melakukan prosedur tersebut dengan menggunakan alat perubatan asas. Ini menunjukkan betapa mahirnya Rin dalam jutsu perubatan.

Setakat ini, itu sahaja maklumat yang kami ingin kongsikan kepada anda berkenaan Rin Nohara. Saya boleh katakan jika Rin masih hidup, mesti dia akan menjadi guru yang baik. Apa perkara yang paling anda minati tentang Rin? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Naruto, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post