Liga Asia Tenggara untuk semifinal PUBG Mobile Club Open (PMCO) baru sahaja bermula pada 8 Mei yang lepas, di mana negara kita diwakili oleh lima pasukan yang terbaik. Ia diadakan di Shanghai, China bermula dari 8 Mei sehingga 11 Jun 2019. Sebanyak 24 pasukan dari seluruh rantau Asia Tenggara akan bersaing dalam tempoh 5 minggu untuk melayakkan diri ke Liga SEA Grand Finals PMCO 2019. Terdapat juga hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM681,000 (RM24,000 diberikan pada setiap minggu) untuk semifinal ini.
24 pasukan (20 daripada Final Kebangsaan dan 4 pasukan Wildcard) akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap pasukan akan melalui 40 perlawanan. Antara pasukan-pasukan tersebut termasuklah:
- Malaysia

- Thailand

- Indonesia

- Vietnam

- Pasukan Wildcard

Seperti yang kita tahu, negara kita diwakili oleh Team Secret, Victorious In Play, Yoodo Gank, Junior Talent dan AROV Esports! Perlawanan mereka sudah pun bermula di Shanghai sekarang. Jadi, kami di Gamer Santai ingin ucapkan selamat maju jaya dan teruskan usaha dalam mengharumkan nama Malaysia! Pada minggu pertama ini, kami sempat menemuramah Team Secret, ViP dan Yoodo Gank, jadi korang boleh pergi ke Youtube Gamer Santai untuk melihat video tersebut!
Sumber: Liquipedia
@gamersantaimy
Discussion about this post