Seperti yang dikongsikan di State of Play PlayStation pagi tadi, DLC Monster Hunter World: Iceborne telah dimaklumkan akan hadir di pasaran pada 6 September 2019. Tapi ada satu berita gembira buat semua peminat Monster Hunter! Korang berpeluang untuk mencuba kemaskini DLC (free trial) ini secara percuma di platform konsul bermula harini 10 May 2019
Misi pemain untuk DLC kali ini adalah untuk menyiasat kawasan yang belum diterokai. Bahagian ‘The Research Commission” memulakan penyelidikan dari wilayah baru ‘ice-cold’ yang dikenali sebagai ‘Hoarfrost Reach’. Wilayah baru ini masih belum diterokai, jadi terjumpa dengan raksasa baru dan kehidupan endemik akan menjadi matlamat penting suruhanjaya.
Disini kitorang nak kongsikan antara benda baru yang akan ada dalam DLC ini;
Kedudukan Baru : Master Rank
Kedudukan terbaru yang diberi nama ‘Master Rank’ ini ditambah di atas kedudukan yang rendah dan tinggi. Bahan material baru dan raksasa yang hebat boleh didapati di peringkat kedudukan ini.
Lokasi Baru : ‘Hoarfrost Reach’
Kawasan yang sejuk diliputi salji dan ais. Ia mungkin kelihatan terlalu susah untuk bertahan hidup, tetapi ia sama dengan kehidupan endemik yang unik. Mempunyai pelbagai kawasan yang berbeza, kadang-kadang pemain harus menempuh salji yang tebal, misi menyiasat disini turut sukar. Kemudian untuk Untuk mengelakkan kesan daripada sejuk, pemain boleh kumpulkan lada panas untuk mencipta minuman panas.
Raksasa Baru: Misteri Naga Tertua- Velkhana
Naga tua dengan kuasa beku. Menurut legenda purba, ia bebas mengawal sejuk dan melepaskan letupan ais melalui penafasan.
Raksasa di ‘Hoarfrost Reach’
‧Banbaro : Raksasa yang mempunyai dua tanduk sebesar tembok. Menyerang ketika menggali menggunakan tanduk di tanah dan turut mengaut terus pokok-pokok dilaluannya.‧Beotodus : Sejenis ‘piscine wyvern’ yang menggunakan sirip tajam di kepalanya untuk memotong tanah beku dan berenang bebas melalui salji. Melontar salji pada mangsa menggunakan sirip kaki.
‧Nargacuga : Sejenis ‘wyvern’ terbang yang dilindungi bulu hitam likat. Sangat tangkas, terutamanya di atas tanah, bergerak dengan kelajuan bahan letupan.
Perubahan Tindakan Pemburuan
Gudang senjata pemain yang sedia ada telah berkembang dengan banyak langkah-langkah baru dan Gabungan ‘Slinger’ untuk pengalaman memburu yang lebih baik!
‧ Alat baru; Clutch Claw : Cengkaman klac Clutch Claw’ merupakan lanjutan dari penyalur, yang membolehkan pemain lawan raksasa menggunakan cangkuk tajam dan cakaran. Gerakan terbaru tersedia apaibila pemain dapat berpaut atas raksasa untuk mengawal pergerakkannya.
‧ Tindakan Slinger Ditingkatkan : Anda kini boleh menyalakan penoreh ketika menggunakan senjata! Pelbagai barang juga boleh digunakan semasa menyiapkan Slinger korang.
Juga terdapat pelbagai lagi penggerakkan baru yang akan diberitahu melalui video oleh pihak CAPCOM kelak.
Jadi jangan lupa Pre-order Monster Hunter World: Iceborne bermula harini di platform PlayStation 4 dan di PC pada musim sejuk nanti.
Untuk Pra-pendaftaran boleh (tekan sini )
@gamersantaimy
Discussion about this post