Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS Plus November 2022 bawa seluruh koleksi Kingdom Hearts, Rainbow Six & Elder Scrolls 5: Skyrim!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 10, 2022
in Promosi, PS Plus, PS4, PS5, Senarai
0 0
0
PS Plus November 2022 bawa seluruh koleksi Kingdom Hearts, Rainbow Six & Elder Scrolls 5: Skyrim!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mengumumkan barisan game baru untuk menyertai PlayStation Plus (PS Plus) pada bulan November ini! Khususnya, sebanyak 20 game akan ditambah untuk pelanggan PS Plus Deluxe dan Extra pada 15 November 2022, yang terdiri daripada seluruh koleksi Kingdom Hearts, beberapa game Tom Clancy, Elder Scrolls 5: Skyrim dan banyak lagi.

The PlayStation Plus Game Catalog lineup for November includes:

➕ Skyrim
➕ Rainbow Six Siege
➕ Kingdom Hearts
➕ The Gardens Between

And many more. pic.twitter.com/f9vI6gqEfj

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) November 10, 2022

15 daripada game tersebut tersedia untuk kedua-dua pelanggan Extra dan Deluxe manakala baki 5 hanya tersedia untuk ahli Deluxe. Berikut adalah senarai game lengkap untuk PS Plus bulan November:

  • Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMIX
  • Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue
  • Kingdom Hearts 3
  • Kingdom Hearts: Melody of Memory
  • Ghost Recon Breakpoint
  • Rainbow Six Siege
  • The Division 2
  • The Elder Scrolls 5: Skyrim – Special Edition
  • The Gardens Between
  • What Remains of Edith Finch
  • Chorus
  • Earth Defense Force: Iron Rain
  • Earth Defense Force: World Brothers
  • Oddworld: Soulstorm – Enhanced Edition
  • Onee Chanbara Origin

Sekilas pandang, barisan game untuk bulan ini memang banyak. Buat sesiapa yang berminat dengan francais Kingdom Hearts tetapi tidak sempat cuba, kini korang dapat bermain hampir seluruh francais dengan tambahan PS Plus Extra, manakala peminat Ubisoft boleh mencuba Rainbow Six Siege, Ghost Recon Breakpoint dan The Division 2. Bagaimanapun, The Elder Scrolls 5 : Skyrim pasti adalah tambahan yang mengejutkan memandangkan Bethesda kini di bawah milik Microsoft.

PS Plus Deluxe

Pada masa yang, pelanggan PS Plus Deluxe dapat menikmati 5 tambahan game lagi iaitu siri klasik Ratchet & Clank! Sudah diumumkan sebelum ini, Ratchet & Clank, Ratchet & Clank 2: Going Commando, Ratchet & Clank: Up Your Arsenal, Ratchet: Deadlocked, dan Ratchet & Clank Future: Tools of Destruction akan menyertai PS Plus Deluxe sebagai sebahagian daripada tawaran November 2022.

  • Ratchet & Clank
  • Ratchet & Clank 2: Going Commando
  • Ratchet & Clank: Up Your Arsenal
  • Ratchet & Clank: Deadlocked
  • Ratchet & Clank Future: Tools of Destruction

Adakah korang suka senarai game PS Plus bulan ini? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Tags: Elder Scrolls 5: SkyrimKingdom Heartsps plusrainbow six
Previous Post

Keputusan mahkamah memihak kepada Moonton berbanding Riot!

Next Post

Tak sampai 2 hari, orang Malaysia dapat Platinum God of War Ragnarok – Ke-3 terpantas di dunia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Tak sampai 2 hari, orang Malaysia dapat Platinum God of War Ragnarok – Ke-3 terpantas di dunia!

Tak sampai 2 hari, orang Malaysia dapat Platinum God of War Ragnarok - Ke-3 terpantas di dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd