Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview bersama Team Aster – Wakil terakhir China di TI 11!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 29, 2022 - Updated on October 31, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, PC, Steam, Temuramah
0 0
0
Interview bersama Team Aster – Wakil terakhir China di TI 11!
Share on FacebookShare on Twitter

Hujung minggu terakhir The International 11 sudah tiba di mana kami berjaya dapat peluang temu bual bersama Team Aster , yang berjaya mara ke separuh akhir di Singapura. Apakah yang berada dalam fikiran mereka? Jom kita mengetahui lebih lanjut melalui temu bual di bawah.

Dari kiri ke kanan: Xxs, BoBoKa, Monet, 皮球, Ori

Team Aster adalah pasukan Cina terbaik dalam TI kali ini, adakah kamu menjangkakan perkara ini sebelum datang? Adakah anda tertekan sebagai harapan terakhir China?

Mad: Buat masa ini, kami tidak merasakan tekanan. Saya perlu kata bahawa keputusan agak tidak dijangka. Dalam erti kata, kami menjangkakan PSG.LGD akan berada di Top 3. Cuma, kami tidak menjangkakan kami satu-satunya pasukan China yang tinggal sekarang dalam Top 4.

Untuk Xxs dan BoBoKa, anda berdua sudah lama berads dalam pasukan yang sama. Bagaimanakah chemistry antara kamu berdua? Apa yang chemistry ini boleh beri kepada pasukan?

BoBoKa: Saya rasa ia normal. Ia bukanlah seperti kita berpasangan dengan orang baru dalam pasukan, kami hanya bermain bersama seperti normal.

Xxs: Ia sama untuk saya juga. Mungkin posisi 3 (Offlaner) akan membantu Posisi 4 (Support), dan…mungkin kita dapat bertambah baik dan bekerja keras bersama-sama.

Bagaimanakah anda menyesuaikan diri kepada jadual TI yang panjang ini?

BoBoKa: Kami tidak pernah mencapai Top 4. Kami tidak pernah mencapai sejauh ini dalam TI. Jadi bagi saya, ia tidak berbeza, tiada yang istimewa kerana ini kali pertama saya sampai sejauh ini.

Monet: Dalam TI sebelum ini, kita tidak mempunyai rehat 5 hari, kita bermain tanpa henti hingga ke hari terakhir. Sekarang, sekurang-kurangnya kita boleh memikirkan siapa yang menang dan siapa yang kalah lebih cepat.

Dengan rehat 5 hari ini, ia memberi rasa saspens, dan membuatkan saya berasa agak tertekan. Saya suka berterus-terang dari awal hingga akhir.

Ini adalah TI pertama untuk 皮球. Bolehkah anda berkongsi nasihat yang ahli pasukan lain berikan kepada anda?

皮球 (disebut sebagai Pi Qiu): Mereka semua memberitahu saya bahawa TI adalah peringkat terbesar yang pernah ada, dan memberitahu saya untuk tidak panik, bermain sebagai diri sendiri, jangan risau tentang menang atau kalah. Anda hanya perlu bermain pada level sendiri, jangan fikirkan tentang akibatnya, hanya bermain sebagai diri sendiri.

Sesetengah orang berpendapat bahawa DOTA China sedang merosot, dan tiada siapa dapat menggantikan pemain lama yang telah/akan bersara. Apa pendapat Team Aster?

Mad: Saya rasa ia benar, kerana anak-anak muda sekarang bermain game mobile, dan jumlah pemain di China jelas lebih rendah daripada, sebagai contoh, di Amerika Selatan atau Rusia. Tetapi orang yang ingin berada dalam pro scene akan kekal dalam game.

Bagaimanakah Team Aster memanfaatkan rehat 5 hari ini? Adakah anda hanya berehat atau bermain banyak perlawanan?

Xxs: Sama seperti kejohanan dan latihan sebelum, kami scrim atau bermain Rank hingga malam, kemudian berehat, dan tidur.

Dalam game 2 lawan PSG.LGD, Enigma mereka menangkap Gyrocopter (dimain oleh Monet) di dalam jungle Dire, dan kemudian Ori mendapat Ultra Kill. Bolehkah anda berkongsi perasaan dan komunikasi pasukan ketika itu?

Monet: Komunikasinya agak straightforward. Setelah Enigma menggunakan BKB dan Black Hole, lebih mudah bagi kami untuk mengubah arus pertarungan. Selepas itu, kami masih tidak berasa selesa, kerana perlu melakukan perkara lain seperti membunuh Roshan, untuk menang.

Selepas menonton RNG lawan Entity, adakah anda merasa “backdoor protection” terlalu besar, adakah ia patut kena nerf?

Monet: Tidak, saya rasa buff untuk backdoor protection sudah baik. Jika anda tidak kisah tentang lane untuk ambil Ancient, ia tidak masuk akal.

Kami telah menonton perlawanan RNG lawan Entity, saya rasa creep di lane sana hampir sampai. Saya rasa RNG tidak sabar. Jika mereka menunggu creep datang untuk menghapuskan backdoor protection, saya rasa mereka boleh menang. Cuma mereka tidak sabar.

Apakah hero kegemaran anda? Satu hero untuk role anda, dan satu tidak kira role anda.

Mad: Saya Support, dan saya sangat suka Treant Protector. Jika saya tidak kisah tentang role, saya akan pilih Phantom Assassin walaupun dia sampah dalam patch ini.

Xxs: Bagi saya ia semestinya Pangolier, anda boleh farm dengan sangat pantas, dan seronok bermain dia. Jika saya tidak kisah tentang role, saya suka bermain Morphling, kerana saya rasa wira ini sangat seronok. Anda boleh mati tiba-tiba pada bila-bila masa.

Ori: Saya suka Storm Spirit, jika saya tidak kisah tentang role, saya pilih Riki kerana saya boleh buat masalah di mana-mana sahaja.

BoBoKa: Bagi saya Mirana, dia seronok untuk bermain kerana anda perlu meramal pergerakan lawan apabila menembak Sacred Arrow. Seronok apabila dapat kenakan stun 5 saat Sacred Arrow. Untuk hero lain, saya suka Storm Spirit, ia adalah hero yang saya paling berprestasi baik.

Monet: Kegemaran saya ialah Void, ult-nya boleh membunuh Carry pihak lawan dengan mudah, ia sangat OP. Untuk role lain, saya sangat suka bermain Mars, fasa laningnya terlalu bagus, jaraknya lebih panjang daripada setiap hero melee lain. Rasa seronok apabila anda boleh poke pihak lawan di luar jarak melee mereka.

皮球: Bagi saya, saya suka Rubick, kerana dia boleh mencipta keajaiban. Untuk role lain, saya suka bermain Invoker.

Untuk Xxs dan BoBoKa yang bersama Team Aster sejak awal, apakah yang membuatkan roster semasa berbeza daripada yang lama, dan begitu berjaya?

Xxs: Rasanya pasukan semakin kuat. Saya rasa prestasi saya sebelum ini hampir sama, tetapi saya tidak boleh memenangi apa-apa. Tetapi sekarang rakan sepasukan saya semakin kuat, jadi rasanya saya boleh menang dengan mudah.

BoBoKa: Sebelum ini, apabila kami kalah, ia salah rakan sepasukan. Sekarang, jika kita kalah, itu salah saya.

Bolehkah anda beritahu kami kesan LaNm dan Mad terhadap semangat pasukan? Bagaimanakah mereka bekerjasama antara satu sama lain untuk memberikan sokongan kepada pasukan?

Mad: Saya rasa saya tidak banyak menyumbang kepada semangat pasukan kerana saya seorang penganalisis. Tetapi LaNm sentiasa dapat mencari jalan yang jelas untuk apa-apa masalah, dan mencari puncanya.

Mengenai kerjasama, memandangkan kami sedang melakukan beberapa persiapan pra-kejohanan, kami menyediakan maklumat yang diperlukan, dan membincangkannya bersama-sama, dan secara kasar memutuskan susunan hero dan hala tuju draft kami.

Adakah anda semua terkejut dengan kehandalan Thunder Awaken?

Xxs: Selepas menamatkan group stage, kami dapat merasakan bahawa mereka sebenarnya agak bagus sebagai satu pasukan, dan semakin baik di peringkat playoff. Mereka berjaya menduduki Top 6, yang sememangnya sangat mengagumkan.

Adakah anda berpendapat bahawa meta TI11 sudah ditetapkan atau adakah ada ruang untuk melihat strategi lain yang tidak didedahkan semasa Finals?

Xxs: Saya rasa semua orang telah mendedahkan strategi terkuat mereka. Mungkin terdapat beberapa perubahan kemudian, tetapi bukan perubahan besar.


Maka, tamatlah temu ramah kami bersama Team Aster! Untuk segala maklumat kami tentang Dota 2, sila tekan pautan ini.

Tags: Dota 2EsportsTeam Astertemu ramahThe InternationalTI 11
Previous Post

Senarai game seram, membawa mimpi ngeri – ada Outlast, Resident Evil dan banyak lagi!

Next Post

Interview Bersama Team Liquid — Cabaran Semasa The International 11 Serta Tekanan Yang Dihadapi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Interview Bersama Team Liquid — Cabaran Semasa The International 11 Serta Tekanan Yang Dihadapi!

Interview Bersama Team Liquid -- Cabaran Semasa The International 11 Serta Tekanan Yang Dihadapi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd