Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

gamescom asia 2022 — Industri game Asia berkembang pesat, acara kembali lagi pada 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 27, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Industri, Kejohanan esports, Livestream, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
gamescom asia 2022 — Industri game Asia berkembang pesat, acara kembali lagi pada 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas minggu yang sibuk, gamescom asia 2022 akhirnya tamat dengan berjaya di Singapura. Diadakan dari 20-22 Oktober di Suntec Singapore Convention dan Exhibition Centre dengan segmen online tersedia untuk semua orang pada 19 dan 23 Oktober, acara ini menyaksikan kehadiran yang tinggi antara pengunjung dan penonton.

Semua tertumpu pada industri game Asia

Mathias Kuepper, Pengarah Urusan Koelnmesse Singapore dan penganjur gamescom asia, berkata:

“Kejayaan edisi tahun ini telah menunjukkan potensi apa yang ditawarkan oleh industri game, khususnya di Asia, kepada dunia. Kami amat berbesar hati dengan sambutan terutamanya dalam tahun yang sukar seperti 2022. Interaksi secara berdepan, tenaga dan hubungan yang terjalin di lokasi memang tidak dapat diganti.”

“Ia amat menggalakkan kerana beberapa rakan kongsi kami telah pun komited untuk 2023. Ini menunjukkan gamescom asia adalah tempat untuk industri game di salah satu wilayah yang paling pesat berkembang dan 2022 hanyalah permulaan perjalanan kami.”

Alvin Tan, Menteri Negara, Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia & Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, berkata:

“Kepulangan kukuh untuk acara antarabangsa marquee, seperti gamescom asia, menunjukkan pemulihan kukuh Singapura. Industri gaming dan sukan telah menjadi salah satu percikan cerah di tengah-tengah kesuraman ekonomi akibat pandemik COVID-19.”

“Saya yakin industri gaming akan terus berkembang maju apabila pemain tempatan kami membangunkan kandungan game original, inovatif dan bertaraf dunia.”

Singapura menjadi tuan rumah gamescom asia untuk 3 edisi seterusnya

Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani pada 20 Oktober antara Lembaga Pelancongan Singapura dan Koelnmesse Pte Ltd, selaku penganjur gamescom asia. Disaksikan oleh Alvin Tan, MoU itu meminta Singapura untuk terus menjadi negara tuan rumah bagi gamescom asia untuk 3 tahun akan datang.

Perkongsian itu akan membantu mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab gaming serantau, menyatukan pemain industri untuk berkomunikasi, bekerjasama dan memberi idea dalam sektor game dan e-sukan B2B dan B2C.

Kandungan padat dan pempamer hebat menunjukkan keunikan acara

Para hadirin telah memperoleh maklumat penting tentang trend dan topik terkini daripada 70 penceramah terkenal melalui 25+ pembentangan dan ekspo daripada pemaju/penerbit game global, studio game indie, syarikat pemberi solusi dan platform rangkaian sosial di Trade Zone tahun ini.

Barisan pakar yang mewakili syarikat besar termasuk Blizzard Entertainment, Wizards of the Coast, MOONTON, Sloclap, Ubisoft, ESL Pro League, 9GAG, Women in Games Asia dan lain-lain. Topik terdiri daripada trend industri paling hangat kepada asas reka bentuk dan pembangunan game, serta perniagaan dan strategi pemasaran.

Trade Exhibition juga sangat meriah apabila pelawat berjaya bertemu secara bersemuka dengan 80+ syarikat dan jenama. Sorotan utama termasuk pavilion Singapura, Jerman dan Sweden, yang menyokong 25 penerbit game dan wakil industri dari tiga negara. Indie Village pula mempamerkan pencapaian dan potensi syarikat game indie.

Pelawat juga dapat menyertai bengkel oleh SideFX, sesi networking serta acara Developer-Publisher-Investor Speed yang ditaja oleh Xsolla.

Pelancaran game baru dan preview beramai-ramai di Entertainment Zone

Entertainment Zone memulakan gamescom asia dengan acara PRIMETIME, pada petang 19 Oktober, tersedia kepada orang ramai dan distrim di YouTube, Facebook dan Twitch.

Acara satu jam itu penuh dengan pandangan pertama, pengumuman dan update penting daripada penerbit game termasuk Against the Storm oleh Hooded Horse, Cuisineer oleh Battlebrew Productions, Goi dari YGG Games, Rift of the NecroDancer oleh Brace Yourself Games, Sonic Frontiers dan Like a Dragon: Ishin! oleh SEGA, Villains and Stumble Guys oleh Scopely, Warhammer 40,000: Darktide oleh Fatshark, dan banyak lagi.

Pada 23 Oktober, rancangan online STUDIO menamatkan gamescom asia dengan pameran, sorotan dan temu bual intim tentang game baru.

Khalayak dari seluruh dunia dapat menyaksikan kompilasi daripada 17 studio game Asia Tenggara dan melihat karya mereka melalui pameran PRIMETIME Scopely, diikuti dengan kompilasi Awesome Indies bagi game indie yang memenangi anugerah dari seluruh dunia.

Siaran World Warrior – Capcom Cup IX Qualifiers, yang dihoskan oleh selebriti esport Razer Xian, Zhi dan Mike Ross, menamatkan acara keseluruhan.


Acara gamescom asia seterusnya akan kembali pada 19 – 22 Oktober 2023 di Pusat Konvensyen & Pameran Suntec Singapura. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang acara, sila layari laman web rasmi mereka. Untuk membaca segala liputan kami tentang gamescom asia 2022, sila tekan SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: asiaexpogamescom asia 2022pameransingapura
Previous Post

Star Ocean: The Divine Force kini tersedia untuk konsol & PC, JRPG tema sci-fi!

Next Post

Unboxing PS5 cover & DuelSense “Grey Camouflage” – corak garang untuk tambah ke koleksi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Unboxing PS5 cover & DuelSense “Grey Camouflage” – corak garang untuk tambah ke koleksi!

Unboxing PS5 cover & DuelSense "Grey Camouflage" - corak garang untuk tambah ke koleksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd