Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Vinland Saga Musim 2 Akan Ditayangkan Pada 9 Januari 2023 di Netflix!

Maira by Maira
October 25, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Vinland Saga Musim 2 Akan Ditayangkan Pada 9 Januari 2023 di Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Agak lama juga tidak mendapat berita tentang musim terbaru Vinland Saga. Berita baiknya, kita telah mendapatkan tarikh tayangannya. Diumumkan secara rasmi oleh TWIN ENGINE, Vinland Saga musim 2 akan ditayangkan pada 9 Januari 2023. Ia juga akan tersedia di Netflix. Bersama-sama pengumuman tersebut, trailer rasmi juga telah didedahkan.

MAPPA akan menggantikan Wit Studio untuk mengendalikan animasi untuk siri tersebut bersama-sama staf dahulu seperti berikut:

  • Shuhei Yabuta sebagai pengarah
  • Hiroshi Seko sebagai komposer siri
  • Abiru Takahiro sebagai pereka watak dan pengarah animasi
  • Yusuke Takeda sebagai pengarah seni
  • Yuki Kawashita sebagai pengarah fotografi
  • Satoshi Hashimoto sebagai pereka warna
  • Yutaka Yamada sebagai komposer muzik
vinland saga 2

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Vinland Saga 2:

Alaf baru bermula di bahagian selatan semenanjung Jutland di Denmark. Selepas kematian musuh lamanya, Askeladd, Thorfinn hilang arah tuju hidupnya. Dia telah dibeli oleh pemilik tanah Ketil sebagai “hamba” dan terlibat dalam kerja-kerja tebus tanah di ladangnya.

Thorfinn bertemu dengan seorang pemuda di sana, Einar, yang juga seorang hamba sepertinya. Pertemuan dengan Einar membawa Thorfinn menghadapi dosa yang telah dilakukan dan mula mencari makna dalam hidup.

Sebaliknya, Canute, yang menjadi Raja England, cuba meluaskan wilayahnya untuk penubuhan “the promised land“.

Untuk pengetahuan anda, Vinland Saga merupakan sebuah siri manga yang dihasilkan oleh Makoto Yukimura dan kini diterbitkan melalui majalah Monthly Afternoon oleh Kodansha. Ia juga tersedia dalam bahasa Inggeris oleh Kodansha USA. Buat masa ini hanya 26 jilid sahaja yang diterbitkan.

vinland saga 2

Dengan pengumuman baru ini, anime Winter nampaknya akan mempunyai barisan-barisan siri yang hebat juga. Kami pasti anda juga tidak sabar untuk meneruskan pengembaraan baru bersama Thorfinn. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai siri Vinland Saga daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: netflixVinland SagaVinland Saga S2
Previous Post

Filem terbaru Ant-Man dedah Kang the Conqueror, penjahat terkuat selepas Thanos!

Next Post

“Dulu remaja gila, sekarang suami bagus” – Manga Uchiha Sasuke trending di seluruh dunia

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
“Dulu remaja gila, sekarang suami bagus” – Manga Uchiha Sasuke trending di seluruh dunia

"Dulu remaja gila, sekarang suami bagus" - Manga Uchiha Sasuke trending di seluruh dunia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd