Waaahhh~ Ini benda baru ni, aku baru dapat tahu. Okay, so, kali ini ada satu gajet untuk korang pengguna dan pemain PlayStation 4. Benda ni, kalau korang ada, korang boleh bawak PlayStation 4 korang ke mana mana je, dan boleh main dimana mana sahaja. Haaa, gajet yang aku nak bagitahu korang ni adalah MP-CD1 Mobile Projector. Nak tahu lebih lanjut, jom , follow aku.
Antara ciri yang aku suka pasal gajet ni, dia mobile, bentuk dia kecik macam Smart Phone. Sesuai untuk orang-orang business, gamers dan jugak penggemar movie. Berat dia cuma 280 gram je weh, ringan gila. Nak pasang dengan setup dia pon senang je, korang cuma perlu sambungkan cable HDMI korang, tekan butang power, dan dalam masa 5 saat je, device ni akan hidup dan tunjukkan paparan korang. Senang kan?
Selain daripada itu, gajet ni dibekalkan dengan bateri 5 000 mAh, dan boleh bertahan sehingga 2 jam lamanya. Dan, ia juga boleh dijadikan sebagai power bank. Gajet ini juga dibekalkan dengan dengan satu black case, HDMI cable, USB-C cable, dan micro USB to USB-C Adapter. Harga gajet mencecah MYR 1, 599.00. Apak mahal, tapi berbaloi ke?
Untuk info lanjut tentang gajet ni, korang boleh singgah ke website ni. Kat bawah ni aku sertakan video, tapi dalam bahasa Jepun. Korang tengok jelah, lagi senang faham tengok kot.
@gamersantaimy
Discussion about this post