Perang antara Tencent dengan MOONTON ingatkan sudah habis, rupa-rupanya tidak. Baru-baru ini mahkamah Shanghai telah membuatkan keputusan yang memihak kepada pembangun Mobile Legends, MOONTON Games dalam mahkamah berdepan dengan syarikat besar, Tencent berikutan “fitnah korporat” terhadap pihak tersebut.

Menurut laman Jiemian, mahkamah membuat keputusan memihak kepada MOONTON serta mengekalkan keputusan sebelum ini bahawa tindakan Tencent adalah fitnah korporat, dalam usaha untuk memburukkan pembangun game dan melemahkan kedudukan mereka di Indonesia.
Dalam laporan mereka juga, dikatakan bahawa Tencent telah mengupah peguam untuk mendekati rakan kongsi MOONTON di Indonesia iaitu RevivalTV, menjelang kejohanan esports Mobile Legends Professional League (MPL).

Menurut laporan Yicai, Tencent mendakwa yang mereka telah memenangi kes mahkamah mengenai plagiat yang sedang berlangsung antara Mobile Legends dan League of Legends, walaupun tiada keputusan rasmi sedemikian berlaku.
Perkara ini berlaku disebabkan pembentukan syarikat Moonton itu sendiri di mana CEO syarikat tersebut iaitu Xu Zhenhua telah melanggar perjanjian untuk tidak bersaing selepas dia ditamatkan perkhidmatan daripada syarikat Tencent.

Walau bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa dengan berhubung dengan rakan kongsi serta memberitahu mereka bahawa syarikat itu telah memenangi tuntutan mahkamah adalah tidak sesuai. Inilah yang menyebabkan mereka kalah dalam kes tersebut.
Hasilnya, Tencent telah diarahkan untuk membayar sejumlah wang 220,000 Yuan (lebih RM143,000) kepada MOONTON sebagai ganti rugi atas kejadian itu.

Perlu diingatkan bahawa mahkamah terdahulu telah pun memutuskan untuk memihak kepada MOONTON dan keputusan pada hari ini adalah hasil daripada Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan tersebut terhadap Tencent.
Buat masa ini, kedua-dua syarikat tersebut tidak memberikan sebarang komen mengenai tuntutan mahkamah tersebut.
Apa pula pendapat korang tentang keputusan terbaru yang dibuat keatas MOONTON dan Tencent ini? Boleh kongsikan di ruang komen! Untuk segala liputan mengenai Mobile Legends, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post