Bakal dilancarkan pada bulan depan, nampaknya kita mendapat maklumat tentang “berapa banyak masa yang diperlukan untuk tamatkan God Of War Ragnarok.” Walaupun jalan cerita mengambil masa kira-kira 20 jam dari awal hingga akhir, masa kita akan berganda jika pemain memilih untuk menyelesaikan semua misi sampingan dan kandungan tambahan.

Menurut Insider Gaming, God of War Ragnarok akan memakan masa lebih kurang 40 jam secara keseluruhan. Tempoh ini dikatakan berdasarkan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan setiap misi dalam permainan, termasuk misi sampingan dan kandungan lain. Jalan cerita utama dikatakan hampir 20 jam, di mana kira-kira 4.5 jam akan terdiri daripada cutscene dan sinematik.
Ini bermakna segala kandungan sampingan Ragnarok pun akan mengambil masa kira-kira 20 jam untuk diselesaikan, sama seperti jalan cerita utama.

Namun, nombor ini hanyalah anggaran sahaja. Para pemaju meletakkan 40 jam untuk “gamer biasa”, tetapi bergantung kepada cara anda bermain, ia akan memainkan peranan penting dalam menamatkan game.
Jika anda suka melangkau cutscene dan tidak perlu berhenti untuk menikmati visual permainan, anda boleh menamatkan semua misi sekitar 30 jam. Jika anda jenis yang suka berhenti untuk melihat pemandangan/main photo mode, terang-terang ia pemain akan mengambil banyak lagi masa untuk menamatkan Ragnarok.
Akhirnya, ia terpulang kepada pemain itu sendiri.
God of War Ragnarok akan dilancarkan pada 9 November 2022 di kedua-dua PlayStation 5 dan PlayStation 4. Bukan itu sahaja, PlayStation juga bakal mengeluarkan DualSense edisi terhad GoW Ragnarok. Untuk info tentang DualSense tersebut, korang boleh baca di SINI.

Untuk membaca segala liputan kami tentang God of War Ragnarok, sila tekan pautan ini.



![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post