Setiap tahun, Steam akan mengadakan banyak sale yang dengan menampilkan pelbagai barisan game hebat-hebat dengan harga yang murah. Melalui sale ini, ramai gamer yang sanggup menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan game yang digemari.

Baru-baru ini, Steam telah mengeluarkan satu kenyataan di mana mereka telah mengumumkan tarikh-tarikh untuk sale yang akan datang. Bersama-sama dengan kenyataan itu juga, mereka telah menukar “Lunar New Year Sale” kepada “Spring Sale”.
Perubahan ini telah dilakukan untuk memberikan ruang diantara 4 sale bermusim utama. Perkara ini juga dapat menyediakan lebih banyak peluang untuk developer untuk mengembangkan dan melaksanakan kalender bagi menjalankan diskaun.

Berikut adalah sale bermusim yang akan datang:
- Autumn Sale – 22 November – 29 November 2022
- Winter Sale – 22 Disember – 5 Januari 2022
- Spring Sale – 16 Mac – 23 Mac 2023
Kalau kita lihat pada Summer Sale yang lepas, banyak game baru yang dikeluarkan telah diberikan diskaun sehingga 50%. Ini juga termasuk kepada game PlayStation yang dibawa ke PC iaitu God of War yang telah mendapat diskaun sebanyak 20% dan boleh dapatkan game ini pada harga RM 167.20. Memang untung betul siapa beli waktu sale.

Adakah anda sudah siap sedia untuk menghadapi sale-sale yang akan datang tidak lama lagi? Jika tidak, sempat lagi nak kumpul duit untuk membeli game kegemaran semasa sale nanti. Harapnya, sale yang akan datang oleh Steam bawa lebih banyak diskaun kepada para gamer.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post