Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Deku Mengamuk! Pertarungan Hebat Antara Deku Dan AFO Bermula! [SPOILER]

Maira by Maira
September 26, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Komik, Manga
0 0
0
My Hero Academia: Deku Mengamuk! Pertarungan Hebat Antara Deku Dan AFO Bermula! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Lama menunggu, akhirnya hero yang dinanti-nantikan tiba juga dalam bab terbaru manga My Hero Academia. Lama juga untuk Deku sampai, hampir 20 bab pembaca menunggu ketibaannya. Dengan pelbagai perkara yang berlaku sepanjang perjalanannya ke sana, Deku masih belum mengetahui nasib rakan-rakan heronya yang lain. Rasanya ramai peminat sudah tahu bagaimana reaksi protagonis kita ini setelah melihat kawan-kawannya nanti.

AMARAN! Ada spoiler manga My Hero Academia bab 367 di bawah!

AMARAN! TEKAN DI SINI UNTUK BACA SPOILER MHA 367!

Bayangkan, elok Deku bertanya tentang keadaan hero-hero lain, dia nampak hampir semua hero telah tumbang termasuklah dengan badan Bakugo yang tidak bergerak dengan kad All Might di sebelahnya. Best Jeanist, Nejire, Suneater dan Miruko masing-masing cedera parah. Melihat keadaan mereka semua, dia akhirnya hilang kawalan. Lebih-lebih lagi setelah Shigaraki mula “mengejek”nya.

Sumber: MangaPlus

Deku terus mengamuk dan ingin menyerang Shigaraki tetapi telah dihalang oleh Lemillion yang masih lagi berdiri. Dia berusaha untuk tenangkan Deku dengan mengatakan bahawa kawan-kawan mereka semua baik-baik sahaja. Bakugo pula sedang diselamatkan oleh Edgeshot. Teringat kepada kata-kata All Might, dia mula tenang dan meminta maaf kepada Lemillion.

Seperti siri-siri shonen yang lain, Deku mula berdepan dengan Shigaraki dan All For One. Cuma berbezanya, semua pengguna One For All masing-masing bersamanya untuk melawan All For One.

Sumber: MangaPlus

Bab minggu depan sudah pasti merupakan bab yang menarik, lebih-lebih lagi pertarungan yang lama kita nantikan. Ada kemungkinan juga kita akan mengetahui quirk daripada pengguna kedua OFA dalam bab yang akan datang. Bakugo mungkin bergabung tenaga bersama Deku untuk menjatuhkan All For One.

Anda yang ingin membaca bab terbaru My Hero Academia ini, anda boleh lawati laman web Manga Plus atau aplikasinya. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai siri ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: All For OneDekuMy Hero AcademiaMy Hero Academia 367
Previous Post

Alice in Borderland season 2 bakal tiba pada bulan Disember 2022 di Netflix!

Next Post

Anime Sukan Blue Lock Akan Ditayangkan Pada 8 Oktober 2022! – Bola Sepak Battle Royale

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Akaun PlayStation Yang 3 Tahun Tidak Aktif Boleh Dipadam Bersama Semua Game Digital
Berita

Akaun PlayStation Yang 3 Tahun Tidak Aktif Boleh Dipadam Bersama Semua Game Digital

July 7, 2026
BanG Dream! Our Notes Cecah 500k Pendaftaran, Ujian Beta Akan Bermula Ogos 2026
Mobile

BanG Dream! Our Notes Cecah 500k Pendaftaran, Ujian Beta Akan Bermula Ogos 2026

July 7, 2026
“Reset” Terbesar Dalam Sejarah Xbox – 3,200 Staf Dihentikan Kerja, 4 Studio Dilepaskan
Industri

“Reset” Terbesar Dalam Sejarah Xbox – 3,200 Staf Dihentikan Kerja, 4 Studio Dilepaskan

July 7, 2026
Next Post
Anime Sukan Blue Lock Akan Ditayangkan Pada 8 Oktober 2022! – Bola Sepak Battle Royale

Anime Sukan Blue Lock Akan Ditayangkan Pada 8 Oktober 2022! - Bola Sepak Battle Royale

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd