Kalau dahulu untuk tonton filem dan drama memang susah. Tetapi sekarang di mana-mana kita boleh menontonnya tidak kiralah di TV mahupun peranti mobile. Terima kasih kepada platform penstriman dan penggunaan Internet yang meluas di seluruh dunia. Kami telah senaraikan beberapa platform penstriman rasmi yang banyak digunakan untuk menonton filem dan drama. Tanpa membuang masa, jom kita lihat platform rasmi yang tersedia!
Netflix

Netflix, ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1997, adalah salah satu platform streaming video yang paling terkenal dan popular di dunia. Ia menawarkan perkhidmatan streaming dalam talian di sekitar 200 negara dan terdapat pelbagai pilihan anime. Anda boleh melanggan Netflix dengan harga serendah RM 17 sebulan. Anime baru juga kini diedarkan secara eksklusif oleh Netflix.
AppleTV+

Apple TV+ ialah perkhidmatan penstriman yang menampilkan Apple Originals — siri pemenang anugerah, drama yang menarik, dokumentari, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi — dengan kandungan Apple Originals baharu ditambah setiap bulan. Terdapat tiga pilihan yang boleh dipilih untuk menggunakan platform ini. Berikut adalah cara-caranya:
- Jika anda membeli peranti Apple, Apple TV+ disertakan secara percuma selama tiga bulan
- Langganan bulanan hanya RM 19.90 sebulan selepas percubaan tujuh hari percuma
- Apple TV+ disertakan dalam Apple One, yang menggabungkan sehingga empat perkhidmatan Apple lain ke dalam satu langganan bulanan. Pelan Apple One bermula dari RM 19.90 sebulan
- Pelan Pelajar Apple Music disertakan dengan langganan percuma Apple TV+
HBO GO

HBO GO ialah perkhidmatan penstriman on-demand yang membolehkan pelanggan HBO TV/HBO GO menikmati beribu-ribu kandungan menarik melalui pelbagai peranti, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Daripada siri, filem dan dokumentari asal HBO dan HBO Asia yang eksklusif, kepada filem blockbuster Hollywood, drama dan filem Asia, dan juga pilihan kandungan mesra kanak-kanak yang luas, ada sesuatu untuk semua orang! Langganan bermula RM 25 untuk pelanggan Astro atau RM 34.90 untuk pelanggan baru.
Disney+ Hotstar

Disney+ Hotstar merupakan layar penstriman khusus untuk rancangan-rancangan popular dari Malaysia dan serata dunia. Ia menghimpunkan filem-filem “blockbuster” dari Hollywood dan juga kandungan menang anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan sebagainya. Pelan langganan untuk Disney+ Hotstar Malaysia ialah RM54.90 untuk 3 bulan.
Amazon Prime Video

Amazon Prime Video adalah perkhidmatan penstriman video yang tersedia untuk ahli Amazon Prime. Semua ahli Amazon Prime yang berdaftar mempunyai akses ke kandungan, yang merangkumi filem dan rancangan TV dari pelbagai genre. Untuk melihat kandungan Video Prime, anda perlu melanggannya dengan harga RM 25 sebulan.
iQIYI

iQIYI merupakan platform penstriman terbaik dan terbesar Asia dengan senarai tontonan ekslusif drama dan filem dari China, Korea, tempatan dan juga anime hebat! Anda boleh strim secara percuma atau membuat langgan VIP untuk tontonan tanpa iklan serendah RM11.90 sebulan.
Viu

Viu merupakan platform yang terkenal dengan rancangan drama dari Korea, Jepun, Taiwan dan banyak lagi secara percuma. Barisan anime pada platform ini juga hebat-hebat semuanya. Anda juga boleh melanggan Viu dengan harga berpatutan iaitu RM 10 sebulan.
MUBI

MUBI ialah platform penstriman filem terpilih global, syarikat produksi dan pengedar filem. MUBI menghasilkan dan mengedarkan filem secara teater oleh pembuat filem baru muncul dan mapan, yang tersedia secara eksklusif pada platformnya. Untuk mengakses kandungan pada platform ini, langganannya bermula RM 30 sebulan.
WeTV

WeTV, ialah versi antarabangsa Tencent Video; bertujuan untuk menyediakan pelbagai genre siri Cina sari kata Inggeris, pelbagai rancangan, acara khas dan anime. Terdapat dua versi langganan iaitu standard dan VIP iaitu:
- Standard: RM11.90 sebulan
- VIP: RM16.90 sebulan
Youku

Youku terkenal dengan gabungan pelbagai rancangan TV asal dan kandungan yang dihasilkan pengguna dalam bentuk panjang. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Alibaba, iklan Youku beroperasi pada algoritma yang dimaklumkan oleh ekosistem Alibaba dan oleh itu digemari oleh banyak jenama e-dagang sebagai platform iklan China pilihan mereka. Ianya percuma untuk ditonton kecuali kandungan VIP. Untuk mengakses kandungan tersebut anda perlu melanggan pakej khas. Harga langganan bermula RM 11.90.
Viki

Rakuten Viki ialah web penstriman video Amerika. Ia menstrim video yang serupa dengan perkhidmatan lain, tetapi juga membenarkan pengguna untuk kandungan sari kata tersedia dalam 200 bahasa. Ia mempunyai servis langganan yang dipanggil Viki Pass untuk kandungan eksklusif, tanpa iklan dan kualiti HD. Harga langganan bermula RM 20.65 sebulan.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Dengan menggunakan platform rasmi ini, anda akan membantu industri perfileman malah dapat bersantai dengan filem dan drama terbaru. Platform strim mana yang anda gunakan sekarang? Boleh kongsikan kepada kami di ruangan komen! Kami juga ada senaraikan platform untuk menonton anime dan membaca manga!
@gamersantaimy
Discussion about this post