The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos Chicken Edition daripada Dear Villagers ialah game terbaharu daripada pembangun Perancis, Artefact Studios dan ia berdasarkan siri komedi audio yang diinspirasikan D&D oleh John Lang. Siri ini asalnya bermula sebagai parodi genre RPG dan kisah fantasi heroik, tetapi kerana meraih populariti yang tinggi, dunia Naheulbeuk kini diadaptasikan sebagai sebuah game.
The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos Chicken Edition tersedia untuk PlayStation 5 bersama DLC terkini. Lihat ulasan The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos Chicken Edition!
Story

Tujuh watak yang dikawal oleh anda sedang merayau di dalam Dungeon of Naheulbeuk untuk mencari sebuah patung yang terkenal. Tetapi mereka telah terjumpa dengan azimat yang disumpah menyebabkan mereka terkurung di penjara bawah tanah. Untuk memusnahkan sumpahan tersebut dan mengambil patung, watak-watak tersebut membuat keputusan untuk meneroka penjara itu.
Di kalangan watak tersebut merupakan watak parodi game RPG yang terdiri oleh seorang pencuri yang penakut, Dwarf yang pelahap, Elf yang mudah ditipu, Barbarian yang bodoh, Ogre yang pelahap, Ranger yang miang dan Wizard yang lemah.

Sepanjang saya bermain game ini, saya mendengar mereka mengutuk Barbarian kerana sedikit bodoh, Dwarf yang sentiasa utamakan emas, ketua kumpulan yang berlagak berani tetapi sebenarnya penakut dan banyak lagi. Semua orang mengutuk antara satu sama lain dan selalu menghina musuh mereka yang berada di penjara ini.
Ianya membuatkan saya ketawa tanpa henti ketika bermain The Dungeon of Naheulbeuk. Penulisan dialog untuk game ini ditulis dengan amat baik dan pelakon suara untuk watak pula amat cemerlang dalam lakonannya. Kelucuan ini sahaja berjaya membuat saya bermain game ini kerana perkara seperti itu sudah pasti salah satu trademark game ini.
Malang sekali untuk jalan cerita game ini sedikit membosankan. Saya tidak perlu tergesa-gesa untuk menyelesaikan misi dan kebanyaian interaksi antara watak-watak yang membuatkan game ini seronok. Saya rasa game ini seperti tiada jalan cerita yang gempak selain daripada fokus untuk lepaskan diri dari penjara ini.
Gameplay

The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos adalah game isometric dungeon crawler dengan gameplay turn-based. Walaupun Ranger bertindak sebagai ketua kumpulan, anda mempunyai pilihan untuk menukar watak dengan menekan butang L2/R2. Tiada kelebihan untuk menguruskan kana-mana watak lain kecuali Thief, yang boleh mencari dan menuetralkan perangkap dalam penjara bawah tanah.
Pasukan musuh akan berada di seluruh arena ketika perlawanan bermula. Pasukan anda akan diberi kotak untuk bermula di mana anda akan meletakkan watak anda dan anda boleh menggerakkan pemain anda di dalam kawasan anda mengikut kesesuaian anda. Kedudukan adalah penting. Anda boleh memantau urutan giliran setiap watak di bahagian atas skrin untuk anda mengatur strategi. Game ini boleh menjadi susah jadi anda mesti merancang setiap langkah dengan teliti.

Setiap watak menerima dua action point setiap pusingan: satu untuk mobiliti/bergerak dan satu lagi untuk bahagian pertempuran. Walaupun anda tidak dipaksa untuk menggunakannya, anda harus sedar bahawa jika anda tidak menggunakan salah satu daripada action point tersebut, peluang untuk menggunakannya akan hilang untuk pusingan itu (situasi khas mungkin meminta anda untuk tunggu giliran, tetapi saya mengesyorkan sekurang-kurangnya bertahan daripada mensia-siakan tindakan anda).
Watak boleh menggunakan action point untuk menyerang dan menggunakan pelbagai skil, daripada mengayunkan pedang dan menggunakan pelbagai buff. Semua skill memang kuat dan tidak masuk akal sama seperti watak permainan itu sendiri dan ini menunjukkan lebih banyak jenis keperibadian watak dalam game.

Kita juga perlu berhati-hati dan elak daripada terbunuh kerana ahli sihir dan pemanah anda merupakan watak yang lemah, dan yang menghairankan saya, AI pihak lawan sebenarnya cukup bijak. Medan perang pula dipenuhi dengan objek yang boleh dimusnahkan dan mampu memaksa anda untuk menyedari tentang kedudukan musuh (kerana mereka boleh membuat laluan baru untuk menyerang watak anda).

Menggunakan mata yang anda perolehi daripada naik level, anda juga boleh mengubah suai kemahiran dan statistik watak anda agar sesuai dengan gaya permainan yang anda inginkan.
Keburukan: Saya menghadapi masalah dalam memahami perkara yang perlu dilakukan untuk bergerak dan cara mengakses sesuatu kerana user interface (UI) game ini tidak intuitif. Contoh – kerana tiada penunjuk yang jelas pada awal permainan, saya benar-benar tidak tahu bagaimana untuk memakai peralatan saya.
Grafik

Dari segi grafik, The Dungeon of Naheulbeuk kelihatan hebat walaupun game ini daripada studio indie. Reka bentuk game ini sangat comel, daripada NPC penuh ekspresif yang sedang berehat sehingga hantu lucu, orc dan syaitan yang berkeliaran di penjara bawah tanah. Estetika juga menambah nada lucu permainan dengan memberikan watak dan latar belakang rupa kartun yang agak kelakar.
Cuma jangan harap grafiknya seperti kualiti game AAA. Seperti yang saya katakan, mereka melakukan kerja yang bagus untuk studio indie kerana tema keseluruhannya lebih kepada aspek kartun. Baik ahli parti anda mahupun musuh dibuat dalam kualiti yang tinggi dan kebanyakan reka bentuk penjara bawah tanah kelihatan seperti permainan RPG yang anda mainkan di PS3.

Apa yang saya boleh katakan adalah grafik game ini sangat memuas dan saya suka reka bentuknya.
Apa yang terdapat di Chicken Edition?

Chicken Edition ini mempounyai DLC The Ruins of Limis, cerita tambahan kepada game utama. Kali ini wira kita mendapati diri mereka berada di tengah-tengah pertempuran antara sekumpulan ahli necromancer dan kumpulan vampire. Anda perlu pilih diantara kumpulan Necromancers atau kumpulan Vampires untuk anda sertai dan mempunyai pelbagai cara untuk selesaikan game.
Terdapat side quest tersedia seperti plot “Frankenroll”, di mana wira mesti mencari pelbagai bahagian badan troll untuk menggabungkannya menjadi raksasa yang hebat. Selain itu, terdapat 11 bos baru.

Apabila anda mencapai bab sembilan dalam game ini, anda boleh mengimport simpanan anda daripada game utama, tetapi game ini juga membenarkan anda untuk bermain DLC secara bebas dengan membuat pasukan anda sendiri.
Bahan DLC boleh dihabiskan dalam masa kira-kira 5 jam, jadi jika anda sudah selesai dengan game utama, anda masih boleh membeli lebih banyak kandungan untuk dimainkan.
Pendapat

The Dungeon of Naheulbeuk menawarkan parodi yang menarik dan gameplay SRPG tetapi saya sedikit terkilan dengan UI dan plot cerita game ini. Reka bentuk watak dan estetika sangat baik dan ia mengembalikan perasaan bermain game dalam bentuk model animasi kartun, cuma jangan berharap untuk aset 4K ray tracing.
Secara keseluruhan, game ini sangat menarik dan mempunyai banyak benda yang boleh diperbaiki.
Bagi saya, ini adalah game yang bagus untuk pencinta RPG dengan watak yang mudah digemari dan sistem pertempuran yang cukup seronok. Saya hanya benci UI yang tidak kemas, dan plot yang tidak menarik.
Jadi inilah pendapat saya tentang The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos. Jika anda berminat untuk bermain game ini, ianya tersedia untuk PS4, Nintendo Switch, Xbox Cloud Gaming dan PC melalui Steam.
Apa pendapat korang, boleh bincang dekat ruangan komen di bawah. Ikuti Gamer Santai untuk banyak lagi review game daripada kami.
@gamersantaimy
The Review
The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos Chicken Edition
PROS
- Lakonan suara bertaraf dunia
- Visual yang menarik
- Pertarungan yang sengit dan menarik
CONS
- Naratif yang tidak menarik
- UI yang berterabur
Discussion about this post