Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta One Piece, Eiichiro Oda kahwin dengan Nami sebenar!?

Alan Fikri by Alan Fikri
October 31, 2022
in Artikel, Berita, Cosplay
0 0
0
Pencipta One Piece, Eiichiro Oda kahwin dengan Nami sebenar!?
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak banyak benda yang kita tahu mengenai Eiichiro Oda selain daripada dia merupakan pencipta manga terkenal di seluruh dunia iaitu One Piece. Seperti kebanyakan mangaka (pelukis manga), Oda banyak merahsiakan kehidupan peribadinya dan jarang mengulas apa-apa yang tidak berkaitan dengan kerjayanya. Walaubagaimanapun, peminat dapat tahu sedikit sebanyak tentang kehidupan keluarga mangaka. Tidak sangka, isteri Eiichiro Oda adalah versi sebenar Nami, salah satu watak yang terkenal dalam One Piece.

Dalam One Piece, Nami ialah seorang pelayar untuk krew Straw Hat. Apabila dia bertemu dengan Luffy pada awal siri ini, Nami telah menjadi ahli ketiga dalam krew tersebut tetapi hanya untuk sementara. Pada mulanya, dia kelihatan seperti seorang yang kedekut dan manipulatif tetapi mempunyai matlamat yang baik iaitu ingin membebaskan kawan dan keluarganya daripada menjadi hamba kumpulan lanun Arlong.

Akhirnya setelah selesai masalah diantara Nami dan Arlong, dia menyertai krew Straw Hat dengan betul. Nami telah menunjukkan prestasi yang baik secara konsisten dalam tinjauan populariti watak dan merupakan watak heroin One Piece paling ikonik. Nami juga berjaya memberi inspirasi kepada peminat seni, meme dan banyak lagi. Walaupun dia seorang yang licik, dia sebenarnya seorang yang setia dan pelayar yang hebat.

Eiichiro Oda pertama kali berjumpa dengan isterinya di Jump Festa. Isterinya yang bernama Chiaki Inaba adalah seorang bekas cosplayer, model dan ratu perlumbaan. Ketika di Jump Festa 2002, Inaba sedang bercosplay sebagai Nami untuk pertunjukan pentas One Piece. Mereka bercinta untuk beberapa tahun dan berkahwin pada 2004. Mereka masih bersama sehingga hari ini walaupun tidak tinggal serumah kerana jadual Oda yang sangat ketat, mereka tetap membahagi masa untuk berjumpa.

Apabila kisah mereka tersebar, para peminat dengan cepat mengatakan bahawa mangaka tersebut telah berkahwin dengan seorang yang serupa dengan wataknya. Ya, Nami memang seorang watak yang popular tetapi Inaba mempunyai keunikannya yang tersendiri. Rupa Inaba dan Nami amat seiras, terutama sekali ketika versi pre-time skip Nami, sebelum rambutnya memanjang.

Dengan betapa sulit kehidupan seorang mangaka, berita tentang kehidupan peribadi mereka tidak kerap didengari. Kalau ada, mesti bukan berita yang baik. Contohnya seperti pencipta Oh My Goddess!, Kousuke Fujishima yang juga berkahwin dengan cosplayer, Nekomu Otogi berumur 20 tahun pada 2016. Memandangkan terdapat perbezaan umur 30 tahun lebih antara Fujishima dan Otogi, ini menjadi masalah utama dengan dakwaan bahawa hubungan mereka mempunyai banyak masalah.

Berbeza dengan Oda dan Inaba, pasangan ini tidak pernah ada kontroversi. Mereka kekalkan privasi kehidupan mereka secara tertutup dan sekarang sudah mempunyai dua orang anak perempuan. Semoga hubungan mereka kekal bahagia untuk selama-lamanya.


Siapa sangka, daripada seorang pelukis manga dapat berkahwin dengan wanita yang serupa dengan watak dalam manga dia sendiri. Ini merupakan impian setiap para lelaki yang meminati anime!

Jika anda ingin membaca liputan menarik tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Tags: Chiaki InabaEiichiro OdaNamione piece
Previous Post

[Review] The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos Chicken Edition

Next Post

Seram, Penuh Aksi — Ini Senarai Anime Seram Yang Korang Boleh Layan Halloween Ini!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Seram, Penuh Aksi — Ini Senarai Anime Seram Yang Korang Boleh Layan Halloween Ini!

Seram, Penuh Aksi -- Ini Senarai Anime Seram Yang Korang Boleh Layan Halloween Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd