Kami kembali sekali lagi dengan preview baru untuk Magic: The Gathering, di mana kali ini kita melihat kad Combat Thresher daripada set MtG: The Brother’s War.
Menyambung daripada set Dominaria United sebelum ini, Brother’s War menyaksikan lebih banyak “Construct” menyertai peperangan, sejenis Artifact Creature yang boleh anda gunakan dalam hampir semua jenis dek.
Walaupun kad Combat Thresher ialah Artifact Creature yang cukup kuat, tetapi nilainya tidak masuk akal. Kad ini memakan kos 7-colorless dengan Double Strike nilai 3/3 – yang bermaksud kad ini dapat mengalahkan creature dengan Toughness 6 atau kurang.
Selain itu, Double Striker memberi kad percuma dari dek anda apabila kita meletakkan kad di atas dek – bonus yang bagus, terutamanya jika anda menggunakannya dalam dek commander yang penuh dengan kad seperti Shorikai, atau The Genesis Engine untuk mendapatkan lebih banyak kad daripada dek.
Malah, kad ini datang dengan spell “Prototype” yang membolehkan anda menyeru kad yang sama pada kos lebih rendah. Cuma, Combat Tresher akan muncul creature 1/1- tetapi semua abilitinyya masih sama.
Walaupun Double Strike tidak berguna pada creature 1/1, makhluk 3 kos yang memberi kad tambahan adalah kelebihan yang bagus – namun ia memerlukan “White mana” untuk digunakan, jadi pastikan anda menyusun kad ini dalam dek yang bersesuaian warna.
Sekali lagi saya ingatkan, Combat Thresher ialah Uncommon Card yang bakal datang ke MtG Brother’s War dan boleh dapatkan di pengedar tempatan mulai 18 November 2022.
Untuk membaca segala liputan kami tentang MtG termasuk preview lain dan update terkini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post