Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo Immortal bakal tambah update Forgotten Nightmares – tambah mode & dungeon baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 22, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, MMO, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Diablo Immortal bakal tambah update Forgotten Nightmares – tambah mode & dungeon baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Diablo Immortal bakal tambah “content update” besar pertamanya iaitu Forgotten Nightmare pada minggu depan sekitar tarikh 27/28 September. Dalam update ini, dungeon baru akan ditambah, ciri Warband akan dirombak semula, game mode baru, bos Helliquary baru, Battle Pass baru, dan banyak lagi.

Berikut adalah isi-isi penting:

Dungeon baru, Silent Monastery, merupakan tempat yang gelap. Jika capai level 60+, anda boleh cuba dungeon ini secara kumpulan 2-4 orang dan mencari cara untuk menerangi beberapa patung bagi melemahkan iblis yang menyorok dalam bayang-bayangan.

Teruskan usaha membunuh iblis-iblis itu dan nyalakan lebih banyak patung untuk menghilangkan kegelapan dan menuju ke bahagian paling untuk menghadapi bos “Ancient Nightmare”. Jika berjaya mengatasinya, harapkan ganjaran hebat yang setimpal dengan usaha anda.

Blizzard juga telah membuat beberapa rombakan pada ciri Warband. Castle Cyrangar, terletak di pinggir Westmarch, ialah markas baharu Warband anda dan menggantikan Warband Camp. Ia juga datang dengan dua game mode yang boleh dimainkan semula, dengan bonus pasif yang boleh ditingkatkan semasa menguatkan markas.

Berdasarkan maklum balas pemain, mereka ingin ciri ini lebih menarik dan memuaskan untuk bermain. Oleh itu, Blizzard memperkenalkan mekanik baru yang memerlukan pemain membunuh raksasa dengan Warband bagi menubuhkan kem.

Pada masa yang sama, mereka juga mengurangkan jumlah yang diperlukan untuk Warband Helliquary Raid. Dulu pemain perlu membawa 8 pemain dari Warband, sekarang kita boleh bawa sesiapa sahaja yang ada lalu sistem akan mengisi ruang kosong dengan pemain lain. Di sini, anda masih akan mendapat ganjaran Warband untuk ahli walaupun tidak bermain sebagai pasukan lapan orang.

Season 5 juga akan bermula pada 28 September di mana “Battle Pass Scions of the Storm” akan dibuka, yang mempunyai 40 peringkat cabaran dan ganjaran.

Di samping itu, pemain boleh mencabar bos Helliquary Raid baharu: Izilech the Misshapen bagi mereka yang ada combat level setinggi 6175+ itu. Jika anda boleh mengalahkan iblis kejam ini yang menyerang kita memakai busur besar dan anak panah berapi-api, anda boleh dapatkan Wrathborne Crown.

Akhir sekali, terdapat beberapa event akan datang yang berlangsung sehingga Oktober, bersama beberapa bug fix dalam update, dan tiga jenis Legendary Gem.

Di atas hanya ringkasan tentang update besar Diablo Immortal, anda boleh membaca update penuh melalui blogpost Blizzard di SINI.

Tags: diablo immortalForgotten NightmaresUpdate
Previous Post

Logitech umumkan G Cloud, mungkin tidak tersedia di Malaysia

Next Post

Barisan Filem dan Siri Terbaru Yang Akan Hadir Ke Netflix Oktober 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Barisan Filem dan Siri Terbaru Yang Akan Hadir Ke Netflix Oktober 2022!

Barisan Filem dan Siri Terbaru Yang Akan Hadir Ke Netflix Oktober 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd