Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Filem dan Siri Terbaru Yang Akan Hadir Ke Netflix Oktober 2022!

Maira by Maira
September 22, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Tempatan
0 0
0
Barisan Filem dan Siri Terbaru Yang Akan Hadir Ke Netflix Oktober 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap bulan pasti ada sahaja siri dan filem baru yang akan ditambah ke dalam platform Netflix. Kami telah menyenaraikan beberapa siri dan filem menarik untuk anda tontoni di Netflix Oktober 2022 ini! Tanpa membuang masa, jom kita lihat senarainya.

Mechamato The Animated Series S1 (1 Oktober)

Siri ini mengisahkan tentang kisah perjuangan Amato bersama dengan sahabat baik robotnya, MechaBot, yang mempunyai kemampuan untuk mekaniskan pelbagai objek. Kedua-dua mereka bersatu bersama-sama sebagai rakan sepanjang siri ini dan bekerjasama untuk melindungi Bumi dari robot-robot jahat lain.

Scooby Doo (1 Oktober)

Scoob dan geng-nya menghadapi misteri baharu apabila mereka pergi ke Pulau Spooky, di mana satu kuasa jahat sedang memukau pelajar kolej menjadi kultus gelap.

SAW Series (1 Oktober)

Alang-alang Halloween disambut Oktober ini, Netflix telah membawa lima filem pertama daripada francais SAW iaitu SAW, SAW II, SAW III, SAW IV dan SAW V.

The Midnight Club (7 Oktober)

https://www.youtube.com/watch?v=HdbQYMXjMWc

Dalam hospital yang menempatkan remaja yang sakit tenat, ahli-ahli kelab eksklusif membuat pakatan yang pelik: Orang pertama yang mati mesti memberikan penanda daripada kubur.

Exception (13 Oktober)

Berlatarkan di masa depan yang jauh, di mana manusia terpaksa meninggalkan bumi dan mencari rumah baharu di galaksi lain. Ahli daripada pasukan penjelajah telah dihantar untuk mencari planet yang sesuai untuk didiami dan dibentuk menjadi bumi. Kesemua krew ini telah dihasilkan menggunakan pencetak 3D, tetapi berlakunya masalah kepada sistem yang membuaktan salah seorang ahli krew tersebut, Lewis berubah menjadi rupa yang mengerikan.

Dengan Lewis yang mengkhianati krew-krew-nya Nina, Mack, Patty dan Oscar, countdown detik untuk menamatkan misi bermula dalam kegelapan kapal yang menakutkan.

Tiga Janda Melawan Dunia (15 Oktober)

Filem ini mengisahkan tentang tiga janda yang berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert terakhir penyanyi kegemaran mereka, Aiman Zalini.

The School for Good and Evil (19 Oktober)

Sophie dan Agatha mendapati ikatan persahabatan mereka diuji apabila mereka dibawa ke sekolah ajaib untuk wira dan penjahat dongeng masa depan.

ONI: Thunder God’s Tale (21 Oktober)

Dalam dunia yang dipenuhi dengan dewa-dewa aneh dan raksasa mitologi Jepun, salah seorang anak perempuan makhluk itu, Onari, berazam untuk mengikuti jejak langkah wira-wira perkasa dalam tradisi, tetapi kuasa uniknya masih belum didedahkan. Adakah dia mempunyai apa yang diperlukan untuk berjuang melindungi kampungnya yang aman daripada ancaman pencerobohan musuh misteri dewa, “Oni”?

Guillermo Del Toro’s Cabinet of Curiosities (25 Oktober)

Maestro seram – Guillermo Del Toro – mempersembahkan 8 kisah seram yang menngerikan. Antologi ini diceritakan oleh beberapa pencipta kisah seram yang paling diingati, termasuk pengarah The Babadook, Splice, Mandy dan ramai lagi.

Romantic Killer (27 Oktober)

Anzu yang tidak mempedulikan fesyen atau percintaan, menghabiskan harinya dengan bermain game. Selepas ahli sihir, Riri muncul, dia telah merampas tiga perkara kesukaan Anzu — game, coklat dan kucing — malah dikejar oleh jejaka kacak!

Untuk mendapatkan lebih banyak siri dan filem yang menarik akan datang, anda boleh tonton teaser daripada Netflix untuk Oktober 2022 di bawah:

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Netflix daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixNetflix Oktober 2022
Previous Post

Diablo Immortal bakal tambah update Forgotten Nightmares – tambah mode & dungeon baru!

Next Post

Gundam Evolution – Game 6v6 percuma kini dilancarkan di Steam!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Gundam Evolution – Game 6v6 percuma kini dilancarkan di Steam!

Gundam Evolution - Game 6v6 percuma kini dilancarkan di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd