Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gundam Evolution – Game 6v6 percuma kini dilancarkan di Steam!

safwan by safwan
September 22, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Gunpla, Multiplayer, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Gundam Evolution – Game 6v6 percuma kini dilancarkan di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumumkan pada awal bulan lalu, Bandai Namco Online secara rasmi telah melancarkan Gundam Evolution di PC melalui Steam. Game ini adalah game FPS percuma dalam pertarungan 6v6 yang menampilkan pelbagai mobile suit dari siri anime kegemaran dan juga pelbagai mode yang boleh dimainkan.

Dalam game ini, pemain akan memilih Mobile Suit dan mengawalnya dalam pertarungan 6v6 berdasarkan objektif. Menampilkan tindakan pantas dan kawalan yang mendalam, pemain boleh bertukar antara banyak Mobile Suit yang berbeza untuk disesuaikan dengan keadaan pertempuran yang sentiasa berubah. Anda boleh gunakannya skill mereka dan bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk menang.

Berikut adalah senarai Mobile Suit yang tersedia dalam game ini.

  • Pale Rider
  • Gundam RX-78-2
  • Zaku II [Ranged]
  • Gundam Barbatos
  • Sazabi
  • Methuss
  • GM Sniper II
  • Asshimar
  • DOM Trooper
  • Turn A Gundam
  • Guntank
  • GM
  • Gundam Exia
  • Marasai [UC]
  • Mahiroo
  • Zaku II [Melee]
  • Unicorn Gundam

Untuk mode pula, ia hanya tersedia 3 sahaja buat masa sekarang.

  • Point Capture – Pertarungan antara Attacker dan Defender untuk mendapatkan objektif
  • Domination – Pertarungan untuk dapatkan 3 objektif yang dibuka secara rawak dalam map
  • Destruction – Bertujuan untuk memusnahkan atau melindungi objektif dalam pertarungan antara Attacker dan Defender.

Dalam game ini, mereka menyediakan banyak map yang boleh dimainkan iaitu Anti-Aircraft Gun Fortress, Lunar Communication Base, Mining Area, Wilderness Mining Field, Harbor City, Guiana Highlands dan Security Terminal. Setiap map akan berdasarkan mengikut mode yang tersedia. Jadi, tidak semua map boleh dimainkan dalam pelbagai mode.

Bagi memberikan kepuasan kepada pemain, mereka menyediakan Season Pass yang boleh didapatkan secara percuma dan dibeli. Macam biasalah, untuk mendapatkan semua ganjaran yang disediakan pada Season Pass, anda mesti membelinya manakala yang percuma hanya tersedia beberapa ganjaran sahaja.

Dalam Season Pass, mereka akan memberikan banyak gambaran kepada pemain seperti “EVO Coin, Unit Skin, Rare Pod Ticket, Weapon Skin, Weapon Ornament” dan banyak lagi.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Gundam Evolution sudah boleh dimainkan di PC melalui Steam. Manakala platform lain seperti Xbox dan PS akan tersedia pada 1 Disember 2022. Tunggu apa lagi, cepat download dan mula bermain sekarang!

Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Gundam, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gundam Evolutionsteam
Previous Post

Barisan Filem dan Siri Terbaru Yang Akan Hadir Ke Netflix Oktober 2022!

Next Post

Taliban haramkan game PUBG di Afghanistan kerana “menggalakkan keganasan”

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Unboxing DOOM: The Dark Ages Collector’s Bundle – DOOM Slayer Pun Ada Di Dalam!
Unboxing

Unboxing DOOM: The Dark Ages Collector’s Bundle – DOOM Slayer Pun Ada Di Dalam!

July 10, 2025
Pelé Membuat Debut Dalam eFootball Sempena Ulang Tahun ke-30 Francais!
Berita

Pelé Membuat Debut Dalam eFootball Sempena Ulang Tahun ke-30 Francais!

July 10, 2025
Pra-Pendaftaran Chaos Zero Nightmare Kini Dibuka — RPG Roguelite Fantasi Dari Pencipta Epic Seven
Mobile

Pra-Pendaftaran Chaos Zero Nightmare Kini Dibuka — RPG Roguelite Fantasi Dari Pencipta Epic Seven

July 10, 2025
Next Post
Taliban haramkan game PUBG di Afghanistan kerana “menggalakkan keganasan”

Taliban haramkan game PUBG di Afghanistan kerana "menggalakkan keganasan"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd