Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball: The Breakers tambah Majin Buu, ujian open beta akan datang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 16, 2022
in Artikel, Asymmetrical, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Dragon Ball: The Breakers tambah Majin Buu, ujian open beta akan datang!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan hari ini di Tokyo Game Show 2022, Dragon Ball: The Breakers telah mengeluarkan trailer baharu yang memperkenalkan dua watak: Majin Buu dan Farmer serta dan peta baharu!

Sebagai Raider terbaru dalam Dragon Ball: The Breakers, Majin Buu aka Kid Buu boleh transformasi kepada bentuk yang lebih hebat dengan mengubah Survivors menjadi gula-gula lalu memakan mereka.

Sebaik sahaja dia berubah ke bentuk terakhir (Kid Buu), seluruh pasukan Survivors yang tinggal akan diserap ke dalam badannya, lalu mengubah peta permainan. Di sini, mereka perlu bergelut untuk melarikan diri setelah ditelan.

Pilihan Survivor juga akan meningkat: mereka yang hilang dalam Temporal Seam tidak akan bersendirian kerana Farmer akan menyertai mereka! Farmer mempunyai keupayaan untuk menggali tanah dan jika anda cukup bernasib baik, anda boleh mendapatkan item. Jadi jangan teragak-agak dan cari peluang yang ada!

Open Beta Test akan diadakan pada semua platform dari 22 September hingga 25 September. Pemain boleh mendaftar untuk menyertai acara baharu ini tanpa memerlukan pra-pemilihan. Peserta OBT yang membeli game pada platform yang sama dan akaun yang sama akan mendapat item eksklusif in-game untuk watak mereka pakai: rantai kunci Oolong.

Selain itu, Dragon Ball: The Breakers akan mempunyai ciri “link: dengan Dragon Ball Xenoverse 2, di mana ganjaran akan diberikan dalam Xenoverse 2 berdasarkan pencapaian tertentu dalam The Breakers.

Sebuah update akan dilaksanakan selepas pelancaran DB: The Breakers, di mana pemain juga boleh memperoleh ganjaran dalam permainan berdasarkan pencapaian mereka dalam DB: Xenoverse 2.

Dragon Ball: The Breakers akan tersedia pada 14 Oktober 2022, di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Anda juga boleh baca interview lengkap kami bersama producer permainan di SINI di mana kita membincangkan tentang proses di sebalik tabir.

Dragon Ball: The Breakers
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Dimps
Release Date: 2022-10-13
Nintendo Switch, PlayStation 4, Steam, Xbox One
Dragon Ball: The Breakers ialah game aksi asimetri, di mana pemain dibahagikan kepada dua pasukan – satu ialah Raider, musuh utama daripada siri Dragon Ball; dan pasukan Survivor, di mana tujuh pemain perlu mengelak daripada Raider yang kuat dan melarikan diri ke tempat yang selamat. Objektif Raider adalah untuk mengalahkan semua Survivor sebelum mereka berjaya melarikan diri. Pemain boleh memilih untuk bermain di kedua-dua belah pihak dan mesti menggunakan Skill dan item untuk memperoleh kemenangan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DRAGON BALL: The BreakersFarmerMajin Buu
Previous Post

[Interview] Wo Long: Fallen Dynasty bersama Masaaki Ymagiwa & Fumihiko Yasuda

Next Post

Dragon Ball Z: Kakarot akan hadir ke PS5 & Xbox Series bersama DLC Bardock!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dragon Ball Z: Kakarot akan hadir ke PS5 & Xbox Series bersama DLC Bardock!

Dragon Ball Z: Kakarot akan hadir ke PS5 & Xbox Series bersama DLC Bardock!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd