Overwatch 2 akan dilepaskan pada 4 Oktober ini dan untuk pengetahuan anda ini merupakan permulaan era baru untuk game tersebut. Terdapat pelbagai kandungan baru yang ditambah dalam game secara kerap. Dengan model Free-to-Play, cross-platform dengan cross-progression, lebih ramai gamer yang dapat akses game ini! Jadi tanpa membuang masa jom kita tengok segala perkara baru dalam game ini!
Pengenalan model baru untuk season Overwatch 2
Kandungan baru game akan tersedia setiap sembilan minggu dan boleh didapatkan melalui Battle Pass (BP) dengan tema unik serta 80+ tier yang boleh dibuka. Dengan tambahan kosmetik baru, hero serta peta baru juga akan diperkenalkan pada setiap season termasuklah perubahan untuk keseimbangan hero pada permulaan season baru.

Kedai in-game dalam Overwatch 2 akan menggantikan sistem Loot Box daripada game pertama. Jadi anda boleh mendapatkan item yang diingini dengan mata wang baru, Overwatch Coin. Ia juga akan memaparkan bahagian “Just For You” yang memberikan tawaran mengikut cara bermain serta item yang digunakan dalam game. Ia juga akan termasuk dengan bundle. Anda juga boleh membuka BP premium melalui kedai ini.
Memperkenalkan Battle Pass Season 1
Terdapat beberapa jenis kosmetik baru yang diperkenalkan untuk Overwatch universe seperti name card, charm dan souvenir. Semua ini tersedia untuk semua pemain melalui trek percuma dalam BP.

Dalam Season 1, semua pemain yang bermain Overwatch original akan mendapat akses terus kepada hero baru, Junker Queen, Sojourn dan Kiriko melalui Founder’s Pack. Berikut adalah ganjaran percuma yang boleh didapatkan melalui BP Season 1:
- Hero baru, Kiriko
- 2 Skin Legendary
- 2 Weapon Charm
- 2 Souvenir
- 1 Highlight Intro
- 15 item tambahan seperti emote dan lain-lain
Setiap season juga mempunyai Premium Battle Pass untuk anda yang inginkan kandungan dan kosmetik tambahan. Ia mempamerkan 80 lebih tier untuk dibuka termasuklah Mythic-tier skin dan kosmetik premium lain. Kalau ada hero baru dalam season baru, dengan membeli pas premium, anda terus mendapat akses untuk hero tersebut.

Trek untuk Premium Season 1 memberikan Kiriko kepada pemain baru dan lebih 60 kosmetik untuk dibuka termasuklah lima legendary skin dan juga Cyber Demon Genji Mythic Skin. Untuk pengetahuan anda, Mythic skin merupakan tier terbaru skin dalam overwatch 2. Ianya boleh disesuaikan serta mempunyai pelbagai skema warna dan corak. Terdapat juga perancangan untuk meletakkan Mythic Skin dalam setiap Battle Pass. Berikut adalah ganjaran yang tersedia untuk battle pass premium:
- Kiriko
- 15% XP Battle Pass Boost
- 1 Mythic Skin
- 5 Legendary Skin
- 2 Epic Skin
- 3 Play of the Game Intro
- 4 Weapon Charm
- 3 Emote
- 3 Souvenir
- 6 Pose
- 6 Name Card
- 8 Player Icon
- 11 Voice Line
- 12 Spray

BP Premium ini akan memerlukan 1000 Overwatch Coin, yang boleh dibeli terus atau diperolehi melalui cabaran mingguan. Pemilik Watchpoint Pack akan dapat membuka Battle Pass Season 1 secara automatik.
Progress Battle Pass
Dengan hanya bermain game serta menyelesaikan cabaran mingguan, semua pemain boleh akses ganjaran percuma BP. Jika anda membuat pilihan untuk mendapatkan BP Premium, kesemua premium tier terdahulu akan dibuka.
Kepada pemain yang sudah menyelesaikan BP, mereka boleh teruskan kepada Prestige tier. Ia memerlukan lebih banyak masa untuk dibuka tetapi ganjarannya merupakan title hero unik yang boleh digunakan pada name card pemain. Anda hanya boleh memperoleh Prestige tier title tertentu sepanjang musim ia tersedia.
Hero terbaru Overwatch 2
Hero baru boleh didapatkan oleh semua pemain pada Tier 55 dalam trek precuma BP. Watak ini juga akan tersedia secara terus melalui Premium BP. Bermula dengan Kiriko, dia tidak akan tersedia dalam mode kompetitif secara terus. Ianya untuk melihat prestasi watak serta memberi masa untuk pemain BP mendapatkan hero tersebut.

Hero baru akan diperkenalkan setiap dua season kecuali Season 1 dan 2. Akan ada cara untuk mendapatkan hero lama pada musim akan datang, jadi semua orang akan berpeluang memperoleh hero lama dengan hanya bermain. Hero dari musim lalu akan diperoleh melalui cabaran mingguan, atau anda boleh memperolehnya secara langsung di kedai dengan Overwatch Coin.

Peta baru
Sebagai tambahan untuk peta Overwatch 2 — Circuit Royal, Colosseo, Midtown, New Queen Street, and Paraiso— Season 1 memperkenalkan peta Portugal, Esperanca. Semua peta ini tersedia untuk semua pemain. Terdapat juga mode game lama dan baru akan dalam Season 1, termasuklah acara Wrath of the Bride Junkenstein.

Itu sahaja yang boleh kami dedahkan buat masa ini tetapi anda boleh nantikan beberapa maklumat terbaru nanti. Bukan setakat itu, game mode baru juga sedang dibangunkan termasuklah PvE yang akan tiba 2023 nanti. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Overwatch 2 daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post