Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Tokyo Ghoul – Sui Ishida bantu dalam projek God of War Ragnarok!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 13, 2022
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS4, PS5
0 0
0
Pencipta Tokyo Ghoul – Sui Ishida bantu dalam projek God of War Ragnarok!
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation telah mengumumkan projek God of War Ragnarok baru di mana mereka akan menggambarkan watak-watak dan peristiwa penting dari francais dalam cara yang unik dengan bantuan beberapa artis hebat termasuk Sui Ishida, artis manga yang terkenal dengan siri Tokyo Ghoul!

Relationships are at the heart of God of War Ragnarök 💙

Santa Monica Studio is partnering with five unique artists to bring the Family Portrait Series to life: https://t.co/eNXWvUIkzN pic.twitter.com/A6Uoq8Z4PU

— PlayStation (@PlayStation) September 10, 2022

Ishida dan artis lain akan cuba melukiskan “hubungan paling menonjol” dalam God of War (2018) dan God of War Ragnarok di mana karya seni daripada kolaborasi ini akan didedahkan secara beransur-ansur dalam tempoh masa lima minggu menjelang tarikh keluaran God of War Ragnarok.

Kiri ke kanan: Drew Merritt, Emma Ríos, Romina Tempest, Jae Lee, Sui Ishida

Artis kontemporari Drew Merritt akan memulakan kolaborasi ini dengan karya yang memfokuskan pada Kratos dan Atreus. Selepas Merrit adalah karya yang berkaitan dengan adik-beradik orang kerdil, Brok dan Sindri, oleh artis buku komik Emma Ríos.

Kemudian, ilustrator Romina Tempest akan cuba menggambarkan sahabat dan rakan-rakan yang membantu Kratos dan Atreus dalam perjalanan mereka, diikuti oleh karya keempat oleh artis buku komik Jae Lee yang memaparkan hubungan antara Freya dan anaknya, Baldur.

Akhir sekali adalah karya ciptaan Ishida yang berkisarkan Aesir, keluarga Norse yang diketuai oleh Dewa Odin.

Dalam petikan yang dikongsi di halaman PlayStation Blog, Sui Ishida mengulas tentang daya tarikan God of War dan mitologi Norse:

“Ia adalah siri yang telah lama berjalan, dan latar belakangnya telah banyak berubah daripada ansuran terakhir, jadi saya rasa sebahagian daripada daya tarikan God of War adalah bagaimana pemain boleh memulakan game terbaharu dan juga menyelami masa lalu siri ini dan meneroka dunia siri ini.”

“Selain itu, saya telah lama meminati mitologi dan banyak membaca mengenainya, jadi bagi saya, melihat bagaimana pelbagai dewa ditampilkan sebagai watak dalam game adalah sesuatu yang menyeronokkan yang ditawarkan oleh God of War.”

kata Sui Ishida.

God of War Ragnarok akan keluar pada 9 November di PlayStation dan PlayStation 5.

Tags: God Of WarGod of War RagnarokTokyo Ghoul
Previous Post

Sah! Siri Live Action One Piece Netflix Tidak Sama Seperti Anime!

Next Post

JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R Review – Game JoJo yang Dinantikan Selama ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R Review – Game JoJo yang Dinantikan Selama ini!

JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R Review - Game JoJo yang Dinantikan Selama ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd